FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
VISI DAN MISI KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA DAN SEKOLAH
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
LENCANA SEKOLAH
Motto:
Tanggungjawab, Kualiti, Produktif
Reka bentuk asas ini merupakan sebuah
globe bercirikan unsur-unsur sains dan teknologi yang ditatang dengan tangan
dan dilingkupi pintu gerbang yang terbentuk daripada konsep mata pena yang
membawa pengertian tangan-tangan guru yang dedikasi menjadikan nilai-nilai
keilmuan tonggak kepada organisasi ini.
Gerbang :
Melambangkan SMK Kampung Gelam terus
bergerak menuju puncak
kejayaan cemerlang.
Tangan : Melambangkan tangan-tangan pendidik SMK Kampung Gelam
menggunakan
kebolehan dan kepakaran dengan bersungguh-
sungguh dengan ikhlas
mendidik dan membentuk pelajar-pelajar yang
bertaraf dunia.
2009 : Melambangkan tahun SMK Kampung Gelam mula
beroperasi dan
menjadikan titik tolak
ke arah halatuju institusi yang cemerlang.
Globe dengan :
Melambangkan tekad untuk melahirkan pelajar-pelajar berkualiti yang
atom, nukleus
dijana berasaskan pengetahuan sains dan teknologi mampu bersaing
dan gear di peringkat antarabangsa.
Warna Biru
:
Membawa pengertian kesetiaan dan kepatuhan, melahirkan insan
yang lembut jiwanya,
terasuh mindanya, bertoleransi dan sifat mesra.
Warna Merah :
Keberanian menghadapi segala dugaan dan cabaran ke arah
kecemerlangan, berdisiplin
dan berkeyakinan serta mampu membuat
keputusan yang
rasional dan bijak.
Warna Kuning : Taat setia kepada pemerintah, patuh
kepada undang-undang dan
peraturan dan dapat
memberi sumbangan bakti pada agama, bangsa
dan negara.
Lencana ini adalah ciptaan mantan GPK Pentadbiran En.
Abdull Aziz bin Nahar (2009-2011)
SMK Kampung Gelam Sepintas Lalu
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam terletak di atas Lot 220 dan sebahagian daripada Lot 2025 di Mukim Tanjong Kling, daerah Melaka Tengah. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan sawah padi yang ditambak.
Bangunan SMK Kampung Gelam mula dibina pada tahun 2007. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 8.40 hektar (20.8 ekar). Sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, 5 buah blok akademik, sebuah dewan, sebuah kantin dan sebuah blok untuk kegiatan kokurikulum. Selain itu, kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah 4 buah Bilik Tutorial, 9 Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Padang dan Gelanggang Permainan.
SMK Kampung Gelam telah menerima pelajar seramai 225 orang dan 15 orang guru pada hari pertama pembukaan sekolah ini, iaitu pada 15 Jun 2009. Pelajar-pelajar asal sekolah ini dipindahkan sebahagian besarnya dari SMK Seri Tanjung, SMK Klebang Besar dan SMK Bukit Rambai. Ramai pelajar sekolah ini tinggal berdekatan dengan sekolah, iaitu seperti di Kampung Gelam, Kg Bukit Darat, Kg Pengkalan Lanjut Lereh, PekanTanjong Kling dan persekitaran Pantai Puteri. Majoriti pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu dan beragam Islam.
Pada tahun 2009 , hanya terdapat 8 kelas yang dibuka iaitu, 4 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan sebuah kelas tingkatan 4. Nama-nama kelas di sekolah ini dinamakan mengikut nama cendiakawan Islam iaitu Al-Biruni, Al-Ghazali, Al-Khawarizmi, Ar-Razzi, Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina. Pada tahun 2010 kelas yang dibuka telah bertambah menjadi 18 buah kelas. Bilangan kelas yang dibuka terus bertambah, iaitu 20 buah kelas pada tahun 2011 dan 21 kelas pada tahun 2012.
Sehingga November tahun 2012, SMK Kampung Gelam telah mempunyai seramai 586 orang pelajar dan 48 orang guru . Bilangan pelajar ini dijangka akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Sekolah ini juga mempunyai laman blog sendiri iaitu http://smkgelam.blogspot.com dan facebook https://www.facebook.com/smekg sebagai sebahagian kaedah untuk mendekatkan sekolah dengan komunitinya. Pelajar dan guru sekolah ini juga telah memperkenalkan nama SMeK-G sebagai nama singkatan sekolah pada tahun 2009.