SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, June 6, 2009

kedudukan sekolah


Coordinates: 2°14'2"N 102°9'34"E



click untuk lihat sekolah di peta dunia



Kedudukan sekolah di coordinate
Coordinates: 2°14'2"N 102°9'34"E




Gelanggang bola keranjang terletak di hadapan blok akademik 3, tersedia dengan PA sistem .Blok akademik 3 menempatkan bengkel eletrik, bengkel sains pertanian, bengkel logam dan kayu, dan bengkel kerja paip ditingkat bawah. terletak di tingkat 1 adalah 3 buah makmal komputer , sementara di tingkat dua terdapat bilik ICT, bilik pengurusan kediaman, bilik masakan dan bilik jahitan

blok pentadbiran


Dibahagian bawah blok pentadbiran ditempatkan perpustakaan media,bilik rakaman dan tayangan, bilik mesyuarat, pusat sumber perpustakaan bahan cetak , bilik rawatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan, tandas awam L/P , sick bay untuk murid lelaki dan perempuan .
Di tingkat 1 pula terdapat bilik guru yang lengkap dengan bilik ABM, bilik GKMP, ruang perbincangan dan pantri. Ditingkat ini juga terdapat bilik untuk koperasi sekolah, bilik pengawas, bilik setiausaha peperiksaan dan bilik bahan dan tujuan menaip untuk guru.tandas guru juga terdapat di tingkat ini .
Dibahagian depan blok pentadbiran ditempatkan bilik pengetua, dan 4 penolong kanan, juga bilik cetak dan stor alat tulis , ruang pejabat am, bilik mesyuarat kecil dan bilik pantri. Disini juga diletakkan PA sistem yang dikawal mengikut zon blok di seluruh kawasan sekolah. Bilik kebal terletak di sebelah bangunan ini .

blok makmal sains tulen


Blok akademik ini menempatkan 2 makmal fizik ditingkat bawah, 2 makmal biologi ditingkat 1 dan 2 makmal kimia di tingkat 2. Setiap tingkat juga mempunyai kemudahan bilik persediaan , stor dan bilik utiliti

blok akademik 1




Blok akademik 1 menempatkan sejumlah 18 buah bilik darjah dan terdapat bilik khas untuk sejarah dan geografi.Blok akademik 2 juga mempunyai 18 bilik darjah dan bilik khas matematik dan ekonomi,Kedua-dua blog mempunyai tandas guru dan murid pada setiap 4 tingkatnya.


dewan dan kantin sekolah


Dewan serbaguna ini mempunyai kemudahan tiga gelanggang badminton , kemudahan pentas yang lengkap , dinding yang tersedia sound proof, tandas lelaki dan perempuan .Dibahagian belakang pentas disediakan kemudahan bilik persalinan lelaki dan peremuan, juga bilik utility yang menempatkan PA sistem



Kantin sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan dapur basah , dapur kering, bilik makan guru, stor basah dan kering, bilik pekerja, ruang hidangan , tandas dan dewan makan murid juga tempat membasuh tangan. Perlengkapan meja dan kerusi kantin akan hanya dibekalkan pada minggu hadapan sebelum sekolah ini beroperasi


spesifikasi blok








TAKWIM SEKOLAH