Sebelum warga sekolah bercuti seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan , sekolah mengadakan beberapa acara sambutan diperingkat sekolah hari ini.
- pembacaan yassin dan Tahlil sempena Bulan Kemerdekaan
- Penyampaian insentif Raya untuk ALP Koperasi sekolah
- Penyerahan slip peperiksaan percubaan PMR oleh Pengetua
- Gotong royong semua kelas
- Program Khatam Al-Quran di dewan sekolah
- Penyampaian sumbangan Hari Raya oleh YDP Pibg kepada pelajar anak yatim
- sesi bermaafan dan mengucapkan selamat hari raya dikalangan guru dan pelajar
Semoga semua program yang dijalankan ini akan terus meningkatkan rasa sayang menyayangi antara warga SMeK-G dan seterusnya bersama menjayakan matlamat pendidikan .