SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat Guru sesi 2011



Semua guru hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada pagi ini bermula jam 0830 pagi. Pengisian mesyurat hari ini adalah untuk menjelaskan peranan dan pembahagian tugas setiap bidang pengurusan sekolah, kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada cikgu Basri Bin Jamaluddin yang dikurnikan anak lelaki pada jam 3 pagi hari Khamis 30 Dis..Begitu juga tahniah kepada Pn Roslinda pembantu pengurusan murid yang juga dikurniakan anak lelaki pada 28 Dis .
Semasa baru memulakan mesyuarat guru pagi ini , satu lagi khabar gembira diterima iaitu Pn Samimi  juga selamat melahirkan anak lelaki pada jam 8 pagi ini. Tahniah dan semoga Pn Samimi cepat sembuh kerana anugerah cahayamata kedua keluarganya .

Thursday, December 23, 2010

kEPUTUSAN PMR 2010


Keputusan PMR 2010 yang diumumkan hari ini merupakan kumpulan pelajar pertama sejak sekolah dibuka yang menduduki PMR .
Secara keseluruhan pencapaian 77 orang pelajar dan  pencapaian subjek didapati melebihi jangkaan sekolah Peratusan lulus semua subjek dengan minimum gred D adalah  61%  dengan GPS 3.08.Pelajar terbaik ialah Muhamad Na'im bin Mohd Yusof Jamal  yang mendapat 6A2B.
Syabas dan tahniah untuk guru dan pelajar yang telah cuba sedaya upaya memberikan hasil terbaik setelah belajar di sekolah bermula di tingkatan 2 pada tahun 2009. Adalah diharapkan kumpulan kedua PMR sekolah ini pada tahun 2011 akan mengatasi keputusan ini untuk membuktikan pelajar SMeK-G setanding dan mampu membuat yang terbaik.

Tuesday, December 21, 2010

Keputusan PMR pada 23 Dis 2010

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
* Makluman kepada para pelajar SMeK-G, anda diminta berpakaian lengkap seragam sekolah semasa mengambil keputusan nanti. Harap maklum...

Penerimaan Alatan ICT Bagi 2 Makmal Komputer

  








Diharapkan dengan kewujudan 2 buah makmal ICT ini akan menjadi salah satu pemangkin ke arah melahirkan warga SMeK-G yang celik IT.

Monday, December 20, 2010

Pertukaran guru ke sekolah


En Basri Bin Jamaluddin dari SMK Simanggang , Sri Aman Sarawak melapor diri ke sekolah kita hari ini. Beliau  berkelulusan Ijazah Sarjana Muda   bagi opsyen ekonomi dan Pendidikan Jasmani . Selamat datang dan diharapkan cikgu akan terus menyumbang bakti untuk mendidik anak-anak di SMeK-G pula.

Tuesday, December 14, 2010

Makluman Pendaftaran F1 tahun 2011


Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H


Sunday, December 5, 2010

Perkahwinan cikgu Mastura dan cikgu Mazleen


Tahniah kepada Puan Mastura Ibrahim dan  dan suami  Mohd Zairul yang selamat melangsungkan perkahwinan di Pantai Kundor 4 Dis 2010. Majlis juga diraikan rakan guru dan anak murid yang turut hadir memeriahkan majlis.
Bekas guru pelatih sekolah kita Cikgu Hadi dan Cikgu Mazleen telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 Dis yang lalu. Selamat Pengantin baru untuk mereka berdua.

Monday, November 29, 2010

Selamat Pengantin Baru

Warga sekolah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Ungku Khairunnisa Bt Ungku Mohd Nordin yang telah berlangsung di Orna Golf Resort Melaka pada Ahad 28 November 2010. Tahniah dan semoga berbahgia menempuh alam perkahwinan .

Wednesday, November 24, 2010

Tahniah

puan_juliah



Warga SMK Kampung Gelam Melaka  mengucapkan setinggi-tinggi 
tahniah kepada Puan Hajah Juliah binti Haji Leman, 
Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah 
dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka.






pengarah-mantan



Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
Yang Berbahagia Datuk Haji Isa bin Haji Abu, 
Pengarah Pelajaran Melaka 
yang telah dilantik sebagai
 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, 
Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH, KPM).

Monday, November 22, 2010

Pendaftaran Guru baru


Sekolah menerima pendaftaran seorang guru baru  hari ini 22 Nov 2010 iaitu Cik Nur Fazlina Binti Alwi .
Berasal dari Besut Terengganu  berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik UPSI dalam bidang  subjek Matematik/Kimia
Tahniah kerana berjaya menjadi  kakitangan kerajaan dan juga selamat datang ke Melaka.Selamat Bertugas .

Friday, November 19, 2010

SELAMAT BERCUTI


Selamat bercuti kepada semua warga SMeK-G..
Berakhirnya persekolahan bagi tahun 2010 diakhiri dengan majlis izin restu pelajar calon sulung SPM pada sebelah pagi dan perhimpunan di dewan utama SMeK-G pada tengahari..Sempena itu juga diadakan penutupan Prolep dan majlis penyampaian hadiah diikuti salam salaman antara guru dan pelajar.

Kepada guru-guru yang bakal berpindah, hari ini merupakan hari terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Diharapkan Puan Nurul Nadiah, Mr.Nicholas Roy, Puan Lan dan En.Mohd Nur Najmie meneruskan kecemerlangan di tempat baru..Namun jangan dilupakan kami disini..apa yang baik jadikan  kenangan indah...apa yang buruk jangan disimpan di hati..

Selamat Pengantin Baru juga untuk bakal pengantin pada masa cuti sekolah ini iaitu Cikgu Ungku Khairunnisa dan cikgu Mastura ....
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Guru GSTT, En.Mohd Qayyum, Cik Mastura dan Puan Normala..InsyaAllah ada umur kita bertemu lagi..

Kepada pelajar tingkatan 5, selamat berjaya dalam peperiksaan SPM..semoga kecemerlangan bakal diperolehi..ALL THE BEST!!!!

Thursday, November 18, 2010

gambar kenangan guru-guru+ Upacara sembelih ayam


Acara menarik telah dilaksanakan di sekolah pada hari ini.
Guru-guru SMeK-G bergaya di hadapan kamera untuk gambar kenangan bagi sesi 2010.
Selepas itu, upacara menyembelih ayam pula menyusul. Sebanyak 15 ekor ayam telah disembelih di SMeK-G.

Yang lebih menarik lagi, para pelajar berpeluang mencuba menyembelih ayam-ayam tersebut dengan panduan daripada Ustaz Halim. Pelajar-pelajar tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk menonton acara ini. Meskipun kelihatan takut-takut, para pelajar mencuba juga. Tidak kurang hebatnya pelajar perempuan turut beraksi berani dengan menunjukkan skil menyembelih masing-masing.

Alhamdulillah, semua ayam-ayam itu berjaya disembelih dengan cara yang betul. Para pelajar juga membantu guru untuk memasak pula ayam yang telah disembelih menjadikan suasana sekolah pada hari ini seperti gotong royong. Suasana yang sudah jarang untuk berlaku dewasa ini. Sesungguhnya aktiviti pada hari ini banyak memberi pengalaman berguna kepada anak-anak pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMeK-G.

Tuesday, November 16, 2010

Peristiwa akhir penggal

Isnin
Mesyuarat Agung koperasi 
Penyampaian hadiah koku 
Penyampaian hadiah karnival sukan
Kursus komputer ALK koperasi
Selasa:
Jamuan pengawas
Jamuan kelas 
Rabu: Hari Raya Aidil Adha 
Khamis:
Sesi bergambar guru 
Mesyuarat guru akhir tahun
Penyembeihan ayam T3
Jumaat;
Bacaan Yassin
Gotong royong
Majlis Restu Ilmu F5
Penutup program F3
Perhimpunan akhir

Saturday, November 13, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010


Seramai 40 pelajar bersama Cikgu Norhafizah menghadiri majlis perasmian karnival tersebut yang diadakan   pada Sabtu 13 Nov bertempat di MITC Melaka .perasmian oleh Ketua Menteri Melaka .Pameran agensi Mosti dan beberapa aktiviti yang berfaedah juga di adakan selama dua hari itu ,Antaranya ceramah interaktif , pamerah , pertandingan ,muzikal kreatif, larian , program cabaran angkasawan 1 Malaysia dan bengkel inovatif yang terbuka untuk orang awam .Tema pameran adalah Meraikan Inovasi .

Makan Malam tahunan


Pada 12 Nov 2010 Kelab kebajikan dan Reakreasi staff sekolah mengadakan jamuan akhir tahun di Klebang Beach Resort Tanjung Kling .Turut hadir adalah ahli keluarga staff, YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya .Majlis dimeriahkan denagan cabutan bertuah dan pertukaran hadiah antara guru selain ucapan Pengetua dan Pengerusi staff. Tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian karoake guru dan keluarga.Majlis yang bermula jam 8 malam berakhir pada jam 10 30 malam .

Friday, November 12, 2010

Tahniah

Tahniah kepada unit kaunseling sekolah yang menghantar wakil menyertai pertandingan drama pendek PPDa di SMK Yok Bin pada 9 Nov 2010. Penyertaan sulung  pasukan sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 telah berjaya memenangi Naib Johan Negeri Melaka , Anugerah pelakon pembantu terbaik dan Anugerah sinografi terbaik. Tajuk Persembahan mereka adalah IMAGINASI .Pasukan ini dibimbing oleh kaunselor sekolah En Zaidi Abu Hasan .
Pasukan ini diberi peluang untuk membuat persembahan kepada warga sekolah dalam majlis Anugerah Budi dan Jasa 2010.Tahniah dan syabas SMeK-G

Wednesday, November 10, 2010

Hari Anugerah Budi dan Jasa 2010


Pada 11 November 2010, jam 930- 1200 th satu majlis telah dirancang untuk meraikan kejayaan serta mengenang sumbangan warga SMeK-G..
Majlis ini memberi penghargaan kepada para pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum serta berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam bidang akademik..tidak lupa juga kepada para guru yang menggerakkan segala usaha padu untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah..
Perasmi majlis ini adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali Bin Mohamad . Majlis dimulai dengan ucapan doa, persembahan multimedia koleksi program sekolah tahun ini, ucapan pengetua, ucapan perasmian oleh YDP PIBG.
Persembahan drama pendek oleh pelajar yang memenangi pertandingan drama Naib Johan Negeri Melaka selasa  lepas  mengisi slot persembahan pelajar.
Seterusnya penyampaian anugerah Pengetua, Anugerah Delima (Kurikulum) Anugerah Zamrud (Hal Ehwal Murid dan Anugerah Intan (kokurikulum ) disampaikan kepada pemenang tahun ini. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk semua guru dan pelajar di dewan serbaguna.

Wednesday, November 3, 2010

Majlis penutupan bulan bahasa

Majlis penutupan bulan bahasa berlangsung dengan lancar pada pagi ini walaupun diadakan ditempat baru iaitu dewan serbaguna ekoran dewan utama digunakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka..
Majlis dimulakan dengan,
1. Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju
2. bacaan doa oleh Ustaz sabri
3. Ucapan ketua panitia Bahasa Melayu
4.ucapan perasmian penutupan bulan bahasa oleh tuan Pengetua, Encik Roszelan b. Majid
5.Penyampaian hadiah kepada pemenang
6.Bacaan Ikrar pelajar
7.Nyanyian lagu sekolah
8.bersurai..

tahniah kepada pihak panitia BM dan BI serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak..
semoga lebih banyak lagi program dan aktiviti sekolah dapat dilaksanakan demi mencapai kecemerlangan akademik, sasiah, rohani dan jasmani pelajar.

Saturday, October 30, 2010

LDP Excell dan DIY untuk guru


Thursday, October 28, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010



26 Okt 2010 ( Selasa)
Bahasa Melayu 1
Geografi
Bahasa Melayu 2

27 Okt 2010 ( Rabu)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Sejarah
Pen Seni Visual  1

28 Okt 2010 ( Khamis)
Sains 1
Sains 2
Kemahiran Hidup

29 Okt 2010 ( Jumaat)
Matematik 1
Matematik 2

1 Nov 2010 ( Isnin)
OPendidikan Islam
PSK
PJK

2 Nov 2010 ( Selasa)
Pend Seni Visual 2

Wednesday, October 27, 2010

Penghargaan Koperasi sekolah

Tahniah kepada koperasi SMK Kg Gelam Berhad yang telah dianugerahkan koperasi terbaik Negeri Melaka tahun 2010 sempena Hari Koperasi peringkat sekolah tahun ini yang diadakan diperingkat kebangsaan semalam.

Hadiah telah disampaikan dalam satu majlis di Hotel Bluewave Shah Alam Selangor pada 26 Oktober dan diterima oleh wakil guru koperasi Pn Azlin bersama 4 orang AJK pelajar. Pelajar dan guru yang turut serta juga berpeluang menghadiri dan mengikuti semua aktiviti anjuran Angkasa selama 3 hari berada di sana.

Tuesday, October 19, 2010

Aktiviti Minggu ini

Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 yang selesai menduduki PMR berpeluang mengikuti lawatan 
ke Kula Lumpur pada Khamis  28 Okt bersama En Zaidi, Pn Habibah dan Pn Rosamizana.
Mereka melawat Petrosains dan Syarikat Karangkraf juga pusat Sains Negara.
Semua pelajar tingkatan empat sedang menduduki peperiksaan akhir tahun selaras Negeri Melaka bermula Isnin minggu ini.
Pelajar tingkatan 1 dan 2 sedang mewakili sekolah untuk Program Rebung Emas dalam acara bolasepak, badminton, sepak takraw, memanah , olahraga dan hoki.
Pelajar Tingkatan 3 sedang mengikuti pelbagai program selepas tamat menduduki PMR
Pelajar lain sedang sibuk membuat ulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan akhir tahun bermula minggu hadapan.
Karnival sukan untuk rumah sukan sedang berlangsung setiap petang di persekitaran sekolah.

Monday, October 18, 2010

Lawatan 2 hari 1 malam di Cameron Highlands,Pahang

Pada 15hb Oktober 2010, SMeK-G telah mengadakan rombongan sambil belajar ke Cameron Highlands.Rombongan ini disertai seramai 38 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Perjalanan bermula seawal jam 2pagi. Para peserta lawatan berkumpul di sekolah pada jam 1.30pagi dan kami memulakan perjalanan tepat jam 2pagi. Wajah-wajah keriangan tergambar pada wajah anak-anak pelajar. Kami berhenti solat subuh dan sarapan pagi di hentian rehat RnR Tapah pada pukul 6 pagi. Perjalanan kami semakin hampir ke destinasi. Tepat jam 9.15 pagi, kami tiba di Cameron Highlands. Antara tempat-tempat yang menarik kami lawati adalah seperti berikut:
1. Bee Farm
2. Smoke House
3. Mardi
4. Pasar Malam Brinchang
5. Kea Farm
6. Ladang Teh

Kami meninggalkan Cameron dengan kenangan manis pada pukul 11.00 pagi ahad dan meneruskan perjalan ke Pusat Kraf di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kuala Lumpur agak mencabar fizikal para peserta. Jalan yang bengkang bengkok membuatkan peserta tidak bermaya menyebabkan kami berhenti rehat di pinggir jalan beberapa kali bagi mengambil udara segar dan hilangkan rasa mual.

Kami tiba di Pusat Kraf Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang. Disini para peserta mengunjungi pameran yang disediakan. Peserta juga mengambil peluang melukis batik, mengecop batik.

Kami bergerak pulang ke Melaka dengan senyuman kepuasan menikmati pemandangan ciptaan Allah dan kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kami tiba di Melaka pada jam 6.52 petang.

Larian Melaka Maju 2010

Seramai 100 orang pelajar bersama guru menyertai larian Melaka Maju 2010 di kawasan ADUN pantai Kundur bersama pemimpin masyarakat pada Ahad 17 Oktober 2010 .


Pasukan Rebung Emas sekolah



Wednesday, October 13, 2010

Ceramah kemasukan T1 Tahun 2011

Unit bimbingan dan kaunseling sekolah diketuai oleh kaunselor En Zaidi Abu Hasan telah memberi penerangan dan maklumat kemasukan ke sekolah ini untuk tahun 2011 pada beberapa sekolah kebangsaan te5libat. Antara sekolah rendah yang dilawati adalah SK Kg Gelam , SRK Lereh dan SRK Ek Te


Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat sekolah 2010


Friday, October 8, 2010

SMeK-G di akhbar harian


Jadual Peperiksaan Akhir Tahun T4 2010

12 Okt 2010 ( Selasa)
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2

13 Okt 2010 ( Rabu)
Matematik 1
Sejarah 1
Pendidikan Islam 2

14 Okt 2010 ( Khamis)
Matematik 2
Fizik 1
Sains 1

15 Okt 2010 ( Jumaat)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2

18 Okt 2010 ( Isnin)
Sejarah 2
Pend Seni visual 1

19 Okt 2010 ( Selasa)
Fizik 2
Sains 2
Fizik 3

20 Okt 2010 ( Rabu)
Math Tambahan 2
Math Tambahan 1

21 Okt 2010 ( Khamis )
Prinsip Akaun 2
PSK
Prinsip Akaun 1

22 Okt 2010 ( Jumaat)
Pendidikan Islam 1
Geografi 1
Kimia 1

25 Okt 2010 ( Isnin)
Kimia 2
Geografi 2
Kimia 3

26 Okt 2010 ( Selasa)
Biologi 2
Ekonomi Asas 2
Ekonomi Asas 1
Biologi 3

27 Okt 2010 ( Rabu)
Biologi 1
Perdagangan 1
Perdagangan 2

28 Okt 2010 ( Khamis)
ERT 2
ERT 1

1 Nov 2010 ( Isnin)
PSK
PJK

2 Nov 2010 ( Selasa)
Pend Seni Visual 2

Monday, October 4, 2010

Selamat Menduduki Penilaian Menengah Rendah 2010


Seramai 80 orang calon sulong sekolah ini akan mula menduduki PMR bermula esok 5 Oktober 2010. Pagi ini unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan program Izin Restu bersama semua calon dan guru subjek dan barisan pentadbir. Selain diberi nasihat dan pedoman terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan semua calon juga diberi sumbangan pensil dan pemadam. Semoga semua calon ini akan peroleh kejayaan yang cemerlang untuk kebaikan  masa depan mereka dan keluarga juga