Blog Archive

Thursday, November 18, 2010

gambar kenangan guru-guru+ Upacara sembelih ayam


Acara menarik telah dilaksanakan di sekolah pada hari ini.
Guru-guru SMeK-G bergaya di hadapan kamera untuk gambar kenangan bagi sesi 2010.
Selepas itu, upacara menyembelih ayam pula menyusul. Sebanyak 15 ekor ayam telah disembelih di SMeK-G.

Yang lebih menarik lagi, para pelajar berpeluang mencuba menyembelih ayam-ayam tersebut dengan panduan daripada Ustaz Halim. Pelajar-pelajar tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk menonton acara ini. Meskipun kelihatan takut-takut, para pelajar mencuba juga. Tidak kurang hebatnya pelajar perempuan turut beraksi berani dengan menunjukkan skil menyembelih masing-masing.

Alhamdulillah, semua ayam-ayam itu berjaya disembelih dengan cara yang betul. Para pelajar juga membantu guru untuk memasak pula ayam yang telah disembelih menjadikan suasana sekolah pada hari ini seperti gotong royong. Suasana yang sudah jarang untuk berlaku dewasa ini. Sesungguhnya aktiviti pada hari ini banyak memberi pengalaman berguna kepada anak-anak pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMeK-G.

0 comments: