SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Tuesday, November 3, 2009

taklimat kemasukan Tingkatan 1 tahun 2010



Guru kaunseling sekolah En Zaidi dan PK HEM Tn Hj Samsudin pagi ini berkunjung ke SK Lereh untuk memberi taklimat kepada kumpulan murid tahun 6 yang akan memasuki ke SMK KG Gelam pada tahun 2010. Siri taklimat mereka dibantu dibuat secara online menggunakan pautan internet ke blog sekolah dan meliputi sejarah, kemudahan
pengajaran dan pembelajaran .

Tahniah untuk Pn Mazura guru data sekolah kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi tadi diHospital Melaka .Ini adalah cahayamata sulong beliau , semoga seisi keluarga beliau diberkati Allah atas semua urusan.

Monday, November 2, 2009

Peperiksaan akhir tahun



Bermula hari ini 2 Nov 2009selama seminggu semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 menduduki peperiksaan akhir tahun.Peperiksaan diadakan serentak di dewan sekolah .Peperiksaan ini akan menentukan agihan kelas untuk tahun 2010 dan sebagai TOV tahun hadapan .

Penempatan GST dan PK kokurikulum

Penempatan guru siswazah terlatih (GST) yang telah tamat mengikuti sarjana muda pendidikan bil 8/2009 mendaftar ke sekolah kita pada 26 okt 2009 .Mereka adalah


1. Pn Siti Norashikin Binti Moin
Sarjana Muda Pendidikan Teknologi (UTM)
pengkhuhusan Kemahiran Hidup
berasal dari Pahang

2. Cik Norhafizah Binti Hassan
Sarjana Muda Pendidikan Sains (UPSI)
pengkhuhusan Kimia
berasal dari Pahang

Sekolah juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En Ramlan Bin Hassan GKMP kemanusiaan dari SMK Bukit Baru Melaka atas kenaikan pangkat sebagai GPK kokurikulum SMK Kg Gelam bermula 16 Okt 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan bil 6/2009

Pada hari Sabtu 24 sept semua guru menghadiri latihan dalam perkhidmatan di bilik mesyuarat utama sekolah bermula jam 8 pagi
Pengisian LDK adalah
0800 - pendaftaran guru
0800-1000 - perkongsian ilmu Pn Habibah dan Cik Hairunnisa
1000-1030 - kudapan
1030-1230 - ceramah PK pentadbiran laporan prestasi tahunan LPNT
pengurusan PCG matapelajaran

1 tengah hari - jamuan makan tengahhari

Pondok rehat pelajar


Semua empat pondok rehat di persekitaran sekolah telah dilengkapkan dengan kemudahan bangku dan meja untuk kemudahan pelajar. Perlengkapan ini siap dipasang pada hari jumat 30 Okt 2009 .Kemudahan ini akan memudahkan interaksi dan aktiviti juga program pelajar dan guru pada sebilangan masa diperlukan .


Surau sekolah telah lengkap dipasang permaidani untuk kmudahan beribadah bagi warga sekolah.