SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Tuesday, October 19, 2010

Aktiviti Minggu ini

Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 yang selesai menduduki PMR berpeluang mengikuti lawatan 
ke Kula Lumpur pada Khamis  28 Okt bersama En Zaidi, Pn Habibah dan Pn Rosamizana.
Mereka melawat Petrosains dan Syarikat Karangkraf juga pusat Sains Negara.
Semua pelajar tingkatan empat sedang menduduki peperiksaan akhir tahun selaras Negeri Melaka bermula Isnin minggu ini.
Pelajar tingkatan 1 dan 2 sedang mewakili sekolah untuk Program Rebung Emas dalam acara bolasepak, badminton, sepak takraw, memanah , olahraga dan hoki.
Pelajar Tingkatan 3 sedang mengikuti pelbagai program selepas tamat menduduki PMR
Pelajar lain sedang sibuk membuat ulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan akhir tahun bermula minggu hadapan.
Karnival sukan untuk rumah sukan sedang berlangsung setiap petang di persekitaran sekolah.

Monday, October 18, 2010

Lawatan 2 hari 1 malam di Cameron Highlands,Pahang

Pada 15hb Oktober 2010, SMeK-G telah mengadakan rombongan sambil belajar ke Cameron Highlands.Rombongan ini disertai seramai 38 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Perjalanan bermula seawal jam 2pagi. Para peserta lawatan berkumpul di sekolah pada jam 1.30pagi dan kami memulakan perjalanan tepat jam 2pagi. Wajah-wajah keriangan tergambar pada wajah anak-anak pelajar. Kami berhenti solat subuh dan sarapan pagi di hentian rehat RnR Tapah pada pukul 6 pagi. Perjalanan kami semakin hampir ke destinasi. Tepat jam 9.15 pagi, kami tiba di Cameron Highlands. Antara tempat-tempat yang menarik kami lawati adalah seperti berikut:
1. Bee Farm
2. Smoke House
3. Mardi
4. Pasar Malam Brinchang
5. Kea Farm
6. Ladang Teh

Kami meninggalkan Cameron dengan kenangan manis pada pukul 11.00 pagi ahad dan meneruskan perjalan ke Pusat Kraf di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kuala Lumpur agak mencabar fizikal para peserta. Jalan yang bengkang bengkok membuatkan peserta tidak bermaya menyebabkan kami berhenti rehat di pinggir jalan beberapa kali bagi mengambil udara segar dan hilangkan rasa mual.

Kami tiba di Pusat Kraf Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang. Disini para peserta mengunjungi pameran yang disediakan. Peserta juga mengambil peluang melukis batik, mengecop batik.

Kami bergerak pulang ke Melaka dengan senyuman kepuasan menikmati pemandangan ciptaan Allah dan kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kami tiba di Melaka pada jam 6.52 petang.

Larian Melaka Maju 2010

Seramai 100 orang pelajar bersama guru menyertai larian Melaka Maju 2010 di kawasan ADUN pantai Kundur bersama pemimpin masyarakat pada Ahad 17 Oktober 2010 .


Pasukan Rebung Emas sekolah