SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Datang Tuan Pengetua

Majlis menyambut kedatangan Pengetua baru telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada 27 Oktober 2014. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh merupakan Pengetua Ke3 yang berkhidmat di sini. Ditugaskan bagi menggantikan mantan Pengetua sebelum ini iaitu Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad yang telah bertukar tempat bertugas. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh sebelum ditugaskan di sekolah ini adalah merupakan GPK 1 SMK Seri Pengkalan, Melaka. Semua warga SMeK-G mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua.

Sunday, September 28, 2014

Pecutan Akhir SPM 2014 Balai Cerap Al-Khawarizmi

Seramai 30 orang pelajar SMeK-G Tingkatan 5 menghadiri kursus Pecutan Akhir SPM dari 26hb - 28hb September 2014 bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan semasa menduduki peperiksaan SPM nanti.





Friday, August 22, 2014

Percubaan SPM 2014

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting 5 yang menduduki Percubaan SPM bermula hari ini.

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Jadual Waktu Percubaan SPM 2014

Berikut adalah jadual waktu percubaan SPM bagi rujukan semua warga SMeK-G. Selamat Maju Jaya~

Monday, August 18, 2014

Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting3 SMeK-G bagi Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3.

Jadual waktu Percubaan PT3 2014

Berikut adalah jadual Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi rujukan Pelajar dan Ibubapa.

Tuesday, April 29, 2014

Majlis Penutup Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik telah berlangsung bermula 21hb April - 25hb April 2014 dengan pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya Pertandingan Sodoku, I-think, Kuiz, Doktor muda dan pelbagai lagi. Dengan tema "Menjana Minda Kreatif dan Inovatif" dikalangan pelajar. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh En. Ramlan bin Hassan GPK HEM SMK Kampung Gelam.

Monday, March 31, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, ICT dan Pusat Sumber diadakan pada pagi tadi semasa perhimpunan rasmi sekolah.


Monday, March 17, 2014

Merentas Desa 2014

Acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung pada 11 Mac 2014. Acara dimulakan pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 9.00 pagi. Acara pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Rumah Satria sekali lagi menjadi Johan bagi Acara Merentas Desa 2014 pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.







Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1

Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1 2014 telah diadakan pada 28 Februari - 1 Mac 2014 bertempat di SMK Kampung Gelam. Seramai 107 orang murid yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah disusun Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sebagai wadah pengisian program antaranya Program I-Think, Solat Jumaat, Kawad Kaki, LDK, Penghayatan Malam, Senamrobik, Merentas Desa dan Ujian Psikometrik. Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyertai program ini, fasilitator(dikalangan pelajar sekolah ini) dan guru-guru yang membantu menjayakan perkhemahan tersebut.

Saturday, February 8, 2014

Kejayaan Merentas Desa Peringkat Negeri

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhd Fitri Rahman dan Muhammad Helmi Zulkifli atas kejayaan Acara Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pagi tadi di SMK Ade Putra. Fitri Rahman mendapat tempat ke7 dan layak mewakili Melaka ke Sabah nanti. Helmi Zulkifli tempat ke20 dan akan menerima hadiah negeri Melaka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dan guru-guru olahraga.