Suasana semasa pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang bermula minggu ini,Semoga mereka semua membuat persediaan yang rapi dan menjawab dalam keadaan tenang dan lulus semua subjek.
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
Pada hari ini, telah diadakan port luck untuk kesekian kalinya. Selain mengeratkan silaturahim antara guru-guru,port luck ini antara lain adalah untuk meraikan perpisahan guru praktikal PERTAMA di SMK. Kg. Gelam.Pelbagai makanan telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Selain mengajar, terbukti guru-guru SMK Kg. Gelam berkemahiran tinggi dalam masak-memasak..Majlis meraikan tamatnya latihan amali guru pelatih Mazleen bt Mohd Derus (UITM) dan Abdul Hadi b. Rasimin (UUM) Dpli UPSI yang ditempatkan di sekolah ini dari 1 Mac -26 Mei 2010 berlangsung di kantin dengan jamuan makan tengah hari oleh kelab guru.Terima kasih dan selamat maju jaya utk mereka berdua.En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen memotong kek bersama guru pembimbing Puan Ramlah dan Pn Rohimah |
Sempena sambutan Hari Guru 2010, SMK. Kg. Gelam telah mengadakan pertandingan badminton dan bola jaring. Pertandingan tersebut diadakan lebih awal daripada majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bagi pertandingan badminton, peserta-peserta terdiri daripada kalangan guru-guru. Pertandingan yang diadakan hanyalah beregu campuran dan diadakan pada 12 dan 14 Mei 2010 berikut adalah pasangan beregu: 1. Cikgu Abdull Aziz b. Nahar + Cik Mastura 2. En. Ramlan b. Hassan + Pn. Siti Norashikin 3. En. Mohd Qayyum Rahman + Cik Norhafizah Hassan 4.En. Abdul Hadi + Cik Mazleen 5. Ustaz Sabri + Puan Zalizah 6. Cikgu Mat Saat + Pn. Nik Zaleha 7.En. Mohd Qayyum + Pn. Rossamizana Pemenang bagi pertandingan ini diungguli oleh pasangan En.Ramlan dan Pn. Siti Norashikin diikuti oleh En. Abdull Aziz dan Cik mastura seterusnya En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen serta En. Mohd Qayyum dan Cik Norhafizah Hassan. Bagi pertandingan bola jaring pula, pesertanya terdiri daripada kumpulan guru menentang kumpulan pelajar. Kenangan manis buat kumpulan guru kerana telah menjaringkan bola sebanyak 7 berbalas 1. Seterusnya melayakkan kumpulan guru menjadi johan. Pertandingan ini telah diadakan pada 14 Mei 2010. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memeriahkan arena sukan di SMK Kg. Gelam dan tidak lupa juga kepada pemenang-pemenang. Harus diingat, johan-johan supaya tidak mudah leka..Cabaran menanti anda di masa akan datang.Kejuaraan perlu dikekalkan, saingan pula mungkin bertambah sengit. Kita nantikan pertandingan akan datang. |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :