SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, June 20, 2009

Wajah Tingkatan 1 SMK Gelam




Kelengkapan sains



Makmal sains fizik dan biologi juga makmal sains menengah rendah mula dilengkapkan dengan peralatan berupa radas dan bahan mentah untuk ujikaji oleh pembekal pada hari jumaat.

Semua kelas juga dibekalkan kelengkapan perabot besi pada pagi sabtu.

Sebuah public phone ditempatkan di bawah blok pentadbiran untuk kegunaan warga sekolah.Phone ini tanpa wayar dan dipasang oleh kontraktor pada pagi jumaat.

Wednesday, June 17, 2009

Minggu Pertama SMK Kg Gelam


Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti dirancang sejak hari pertama sekolah dibuka. Walaupun masih kekurangan pelengkapan dan peralatan guru dan murid begitu bersemangat dan komited dengan tanggung jawab masing-masing.

Terima kasih kepada sekolah berhampiran dan komuniti setempat kerana membantu peroses pembukaan sekolah ini. Ucapan terima kasih juga kepada warga SMS Muzaffar Syah kerana menghantar kertas dan sumbangan ikhlas mereka kepada sekolah ini.

Sekolah juga mula menerima perlengkapan dan peralatan untuk kegunaan pejabat am sekolah dan bilik-bilik darjah dari JPNMelaka .Semua penghantaran perlatan ini amat membantu proses melicinkan pengurusan sekolah.

Walaupun begitu beberapa siri pengujian mekanikal ,eletrikal, saliran dan bangunan masih dilakukan oleh perunding dan kontraktor bertanggung jawab.

Seorang pembantu am pejabat En Edde dari SMK Seri Tanjung melaporkan diri dan mula menjalankan tugas pada hari Selasa .
Beberapa lawatan dan pemantauan pegawai dari JPNM dan PPD Melaka tengah dari unit HEM,pembangunan, kewangan,kurikulum beserta tuan PPD dan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka turut membantu urusan sekolah.

Putera Puteri sulung SMK Gelam




Kehadiran ibubapa di dewan sekolah



Hari Bersejarah




Hari ini 15 Jun 2009 adalah hari amat bersejarah bagi sekolah ini kerana pelajar dan ibubapa mula hadir mendaftarkan diri di dewan sekolah seawal jam 720 pagi. Majlis pelancaran di dewan sekolah diserikan engan kehadiran YB Adun pantai Kundur Datuk bdul Rahman yang sudi menyampaikan ucapan dan memberi sumbangan RM 2000. Kehadiran PPD Melaka Tengah En Abd Mutalib b. Osman beserta pegawai juga membantu melancarkan pendaftaran pelajar baru. Majlis dipenuhi dengan nyanyian negaraku, bacaan doa, ucapan , taklimat pengetua dan laungan azan sebagai gimik pelancara.

Seramai 197 pelajar mendaftarkan diri dan dibahagikan kepada 8 kelas oleh penyelaras tingkatan.Selepas rehat semua pelajar dibawa melawat persekitaran sekolah dan diperkenalkan dengan gru tingkatan dan mula memasuki kelas masing-masing.

Nama Guru Tingkatan

1 AL-BIRUNI (1ALB) :PN RAMLAH BABA
1 AL-GHAZALI (1ALG): PN HAZLIZAWATI ABD HAMID
1 AL-KHAWARIZMI (1ALK) :EN MOHD NUR NAZMI BIN AWANG
1 AR-RAZI (1ARR): EN MAT SAAT B. ABD RAHMAN

2 AL-BIRUNI (2ALB): USTAZAH NURSYAFINAS YUSOF
2 AL-GHAZALI (2ALG):
PN SITI HABIBAH BT BAHAROM
2 AL-KHAWARIZMI (2ALK): EN ABDUL HALIM BIN MAIDIN

4 AL-BIRUNI (4ALB): PN ROSAMIZANA BT ISMAIL

persiapan hari bersejarah



Persiapan untuk menerima kemasukan pelajar ke sekolah berjalan dengan rancaknya. sebagai permulaan blok akademik 1 telah dilengkapkan dengan kerusi meja murid dan guru . Kelengkapan kemudahan kantin sekolah juga telah siap .Penguasaha kantin Pn Maimunah Baba dengan bantuan pekerjanya mula membawa masuk bekalan makanan untuk operasi hari pertama kantin.

Didewan sekolah persiapan untuk taklimat dan pendaftaran telah disediakan dengan guru dan pekerja telah menyusun kerusi dan meja untuk pendaftaran. Cikgu juga mula mempelajari kaedah penggunaan PA sistem yang terdapat di dewan skolah .

Pengetua SMS Muzaffar Syah Tn Hj Baharuddin Burhan berkesempatan hadir dan memberi perangsang dan nasihat kepada guru sekolah semasa sudi melawat sekolah ini petang tadi.
Kontraktor sedang membuat persiapan akhir untuk penyerahan bangunan kepada JPM dengan melakukan kerja-kerja akhir pembersihan peralatan pembinaan dan pengujian mekanikal dan eletrikal .

bacaan yassin dan tahlil

Pada malam Jumaat 12 Jun 2009 bertempat di surau sekolah , program baacaan yassin dan tahlil serta solat hajat di adakan bersama kariah masjid KG Gelam dan warga sekolah. Sambutan penduduk kampung amat menggalakkan , seramai hampir 70 orang hadir bersama keluarga masing-masing. Selepas solat isyak hadirin dijamu dengan jamuan ringan oleh penguasaha kantin dan orang kampung. Semoga dengan iringan doa semua sekolah ini akan dirahmati Allah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab besar mendidik anak bangsa.Insyaallah....

Mesyuarat guru kali 1


Bertempat di bilik mesyuarat utama sekolah mengadakan mesyuarat guru pertama dengan dihadiri 9 guru dan pentadbir pada khamis 11 Jun. Selepas saling berkenalan lawatan keseluruhan sekolah diiringi pentadbir sekolah.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan MISI, VISI, Logo, Bendera dan moto sekolah. Guru-guru juga memberi cadangan untuk memberi nama kelas-kelas .Semua guru juga dberi tugasan tertentu untuk dilaksanakan sebelum dan semasa sesi persekolahan bermula.

Mesyuarat akan diteruskan untuk hari kedua esok pada waktu yang sama.

Mesyuarat pra pelancaran


10 Jun 2009
Mesyuarat pra-penyerahan bangunan sekolah di adakan di bilik mesyuarat utama yang dihadiri oleh pegawai KPM dan JPNMelaka pada jam 9 pagi hingga jam 1200 th.

Semua pegawai kemudian melakukan lawatan keseluruhan kawasan sekolah meninjau kemajuan projek dan juga memantau sesi ujian spesifikasi bangunan.

Lawatan dan pemantauan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di hotel Riviera

Penempatan guru

Pejabat sekolah hari ini 9 Jun menerima kod sekolah kita iaitu MEA 2101 SMK Kg Gelam dari Kementerian Pelajaran Malaysia .

Senarai nama tambahan pertukaran guru ke sekolah ini diterima dari JPNMelaka pagi ini. 4 orang dari SMK Sri Tanjung, seorang dari SMK Telok Mas, seorang dari SMK Klebang dan kaunselor dari SMK Rahmat.

Bekalan mesin fotostat untuk pejabat dihantar pada ptang ini untuk kemudahan sekolah.

Sementara itu kontarktor sedang sibuk membekalkan dan mernyiapkan bekalan perabot di makmal sains dan makmal sains tulen .

Kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan oleh kontraktor hari ini.

lawatan PPD dan Timbalan Pengarah JPM


Pada jam 830 pagi Isnin 8 Jun Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Hjh Juliah Binti Hj Leman melawat persekitaran sekolah diiringi En Roszelan.

Pada jam 11 pagi pula PPD Melaka Tengah En Mutalib melawat sekolah beserta pegawai pembangunan dan pengetua SMK Bukit Rambai memantau persediaan sekolah

pembekalan perabot besi

Hari Jumaat 5 Jun penghantaran meja, kerusi dan perlengkapan pejabat pentadbiran dilakukan beserta penghantaran perabot keselamatan dan gerobok besi untuk pusat sumber sekolah .

Meja dan kerusi di kantin sekolah mula dihantar dan di pasang di sekolah.

Pemasangan langsir untuk blok pentadbiran, pusat sumber dan unit kaunseling di lakukan oleh kontraktor terlibat pada hujung minggu ini .

pelancaran blog sekolah

Hari ini 5 Jun 2009 sekolah mula mempunyai blogspot sendiri untuk memudahkan penyampaian informasi dan hebahan berita untuk warga dan komunitinya. Blog ini boleh dicapai melalui pautan http://smkgelam.blogspot.com yang mengandungi foto, dan spesifikasi bangunan juga kemudahan sekolah.

Ujian PA sistem diadakan di blok pentadbiran, surau , tapak perhimpunan dan dewan sekolah.

pembekalan perabot

4 Jun 2009
Sekolah mula menerima bekalan perabot untuk kerusi bilik mesyuarat, bilik guru, kerusi dewan dan kerusi pusat sumber sekolah. bekalan perabot bilik darjah untuk kerusi dan meja pelajar juga mendapat penghantaran hari ini.

Meja dan kerusi pelajar disusun di blok akademik 1 yang akan menjadi blok pengajaran dan pembelajaran apabila sekolah mula beroperasi.

Mesyuarat pembukaan sekolah baru JPM

3 Jun 2009
Jam 830 pagi mesyuarat pembukaan sekolah baru dipengurusikan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka di adakan di bilik kesidang dihadiri ketua-ketua unit ,pengetua Seri Tanjung, Klebang Besar dan Bukit Rambai bersama pentadbir sekolah.

Mesyuarat memutuskan untuk sekolah dibuka pada hari isnin 15 Jun 2009. Mesyuarat juga dimaklumkan tentang prosedur pembukaan sekolah oleh care tacker ,juga peruntukan perjawatan guru dan kakitangan sokongan.

Mesyuarat memutuskan penguasaha kantin dipilih secra Anugerah sehingga dis 2009.Tuan Pegawai Pelajaran daerah Melaka Tengah berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi care tacker di SMK Ayer Keroh.

Ujian sistem sokongan sekolah

2 Jun 2009
Pemasangan sistem PA untuk semua zon dalam sekolah dibuat ujian oleh kontraktor .Terdapat kebocoran pada paip besar di luar pintu pagar sekolah dan kontraktor telah dimaklumkan untuk pembaikan segera.
Kantin belum mendapat bekalan eletrik .

Sekolah dimaklumkan akan membuka sebanyak 8 kelas terdiri daripada 4 T1, 3T2 dan 1 kelas T4. Seramai 205 pelajar dari SMK Seri Tanjung, 8 orang dari SMK Klebang dan 2 orang dari SMK Bukit Rambai.
Mesyuarat bersama pembekal perkhidmatan kawalan keselamatan di adakan antara pentadbir sekolah dan pengurus .

Diwaktu malam sekolah terang benderang kerana ujian lampu untuk seluruh bangunan di adakan.
Sementara itu keseluruhan jalan di kawasan sekolah juga telah dibuatkan garisan meletak kenderaan dan arah laluan trafik .

sekolah mula beroperasi

1 Jun 2009
Kontraktor pembersihan kawasan mula melakukan kerja-kerja pembersihan dengan menyapu sampah , mengelap cermin dan lantai juga membersihkan bilik-bilik air.
Perkhidmatan kawalan keselamatan mula beroperasi secara rasmi tepat jam 1200 malam dengan 2 pengawal bertugas di waktu malam dan seorang di waktu siang .Tempoh bertugas dari jam 730 pagi hingga 730 malam dan 730 malam hingga jam 730 pagi.

Dua orang guru melaporkan diri beliau adalah Pn Ramlah Baba guru geografi dari SMK Sungai Udang dan Pn Mazura Mashur guru pjk dan ICT bertukar dari Segamat, Johor