Blog Archive

Profil SMK Kampung Gelam

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI DAN MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN SEKOLAH
 

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

                        
Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


LENCANA SEKOLAH

                        
Motto: Tanggungjawab, Kualiti, Produktif

Reka bentuk asas ini merupakan sebuah globe bercirikan unsur-unsur sains dan teknologi yang ditatang dengan tangan dan dilingkupi pintu gerbang yang terbentuk daripada konsep mata pena yang membawa pengertian tangan-tangan guru yang dedikasi menjadikan nilai-nilai keilmuan tonggak kepada organisasi ini.

Mata Pena     : Melambangkan pelajar-pelajar yang sentiasa progresif dan dahaga ilmu      
                       menjadikan mata pena sebagai alat untuk melahirkan pelajar yang     
                       bertanggungjawab, rajin dan berilmu pengetahuan.

Gerbang         : Melambangkan  SMK Kampung Gelam terus bergerak menuju puncak
                        kejayaan cemerlang.

Tangan           : Melambangkan tangan-tangan pendidik SMK Kampung Gelam   
                        menggunakan kebolehan dan kepakaran dengan bersungguh-
                        sungguh dengan ikhlas mendidik dan membentuk pelajar-pelajar yang  
                        bertaraf dunia.

2009              :  Melambangkan tahun SMK Kampung Gelam mula beroperasi dan            
                        menjadikan titik tolak ke arah halatuju institusi yang cemerlang.

Globe dengan :  Melambangkan tekad untuk melahirkan pelajar-pelajar  berkualiti yang
atom, nukleus    dijana berasaskan pengetahuan sains dan teknologi mampu bersaing        
dan gear            di peringkat  antarabangsa.       
                     

Warna Biru     :  Membawa pengertian kesetiaan dan kepatuhan, melahirkan insan  
                          yang lembut jiwanya, terasuh mindanya, bertoleransi dan sifat mesra.
          
Warna Merah :  Keberanian menghadapi segala dugaan dan cabaran ke arah
                          kecemerlangan, berdisiplin dan berkeyakinan serta mampu membuat
                          keputusan yang rasional dan bijak.

Warna Kuning : Taat setia kepada pemerintah, patuh kepada undang-undang dan
                        peraturan dan dapat memberi sumbangan bakti pada agama, bangsa
                        dan negara.
 
Lencana ini adalah ciptaan mantan GPK Pentadbiran En. Abdull Aziz bin Nahar (2009-2011)


SMK Kampung Gelam Sepintas Lalu 


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam terletak di atas Lot 220 dan sebahagian daripada Lot 2025 di Mukim Tanjong Kling, daerah Melaka Tengah. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan sawah padi yang ditambak.


Bangunan SMK Kampung Gelam mula dibina pada tahun 2007. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 8.40 hektar (20.8 ekar). Sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, 5 buah blok akademik, sebuah dewan, sebuah kantin dan sebuah blok untuk kegiatan kokurikulum. Selain itu, kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah 4 buah Bilik Tutorial, 9 Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Padang dan Gelanggang Permainan.


SMK Kampung Gelam telah menerima pelajar seramai 225 orang dan 15 orang guru pada hari pertama pembukaan sekolah ini, iaitu pada 15 Jun 2009. Pelajar-pelajar asal sekolah ini dipindahkan sebahagian besarnya dari SMK Seri Tanjung, SMK Klebang Besar dan SMK Bukit Rambai. Ramai pelajar sekolah ini tinggal berdekatan dengan sekolah, iaitu seperti di Kampung Gelam, Kg Bukit Darat, Kg Pengkalan Lanjut Lereh, PekanTanjong Kling dan persekitaran Pantai Puteri. Majoriti pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu dan beragam Islam.


Pada tahun 2009 , hanya terdapat 8 kelas yang dibuka iaitu, 4 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan sebuah kelas tingkatan 4. Nama-nama kelas di sekolah ini dinamakan mengikut nama cendiakawan Islam iaitu Al-Biruni, Al-Ghazali, Al-Khawarizmi, Ar-Razzi, Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina. Pada tahun 2010 kelas yang dibuka telah bertambah menjadi 18 buah kelas. Bilangan kelas yang dibuka terus bertambah, iaitu 20 buah kelas pada tahun 2011 dan 21 kelas pada tahun 2012.


Sehingga November tahun 2012, SMK Kampung Gelam telah mempunyai seramai 586 orang pelajar dan 48 orang guru . Bilangan pelajar ini dijangka akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Sekolah ini juga mempunyai laman blog sendiri iaitu http://smkgelam.blogspot.com dan facebook https://www.facebook.com/smekg sebagai sebahagian kaedah untuk mendekatkan sekolah dengan komunitinya. Pelajar dan guru sekolah ini juga telah memperkenalkan nama SMeK-G sebagai nama singkatan sekolah pada tahun 2009.