SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Thursday, June 23, 2011

Warna Warni sukan Tahunan..Satria Menang lagi..tahniah!

Petang ini, 23 Jun 2011 telah berlangsung sukan tahunan SMK Kampung Gelam dengan meriahnya..

Sukan tahunan kali kedua ini bertambah meriah dengan adanya acara balapan yang menyaksikan julung-julung kali padang sekolah digunakan..

Sukan tahunan kali ini membuktikan kekuatan rumah satria yang telah muncul juara untuk kali kedua berturut-turut..cabaran hebat untuk mengekalkan kedudukan ini untuk tahun hadapan..

manakala waja pula memenangi pertandingan gerbang bagi pertandingan rumah sukan..Wira juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi acara pembarisan..

Acara yang memukau warga sekolah adalah acara tarik tali yang menyaksikan final antara satria dan wira.. namun satria terpaksa mengalah kepada kekuatan ahli-ahli rumah wira...





akhir kalam...Majulah sukan Untuk SMEK-G....Tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi..

Sunday, June 19, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar

Bertempat di Hutan Rekreasi Sungai Udang, bermula pada 17 hingga 19 Jun 2011 telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK Kampung Gelam 2011. Program selama 3 hari yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Lembaga Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, SPBT, Koperasi dan PRS ini bermatlamat bagi mewujudkan barisan pemimpin pelajar yang dapat mengenal potensi diri dan tanggungjawab serta peranan masing-masing dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmonis demi mewujudkan budaya cemerlang dalam semua aspek. Peserta yang dihadiri seramai 80 orang pelajar ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas ICT, Pengawas BOSS, Koperasi dan PRS. Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan serta gambaran yang lebih jelas kepada para pemimpin pelajar tentang misi dan visi SMK Kampung Gelam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Nur Insani Konsultansi selaku fasilitator dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

"KEPIMPINAN MEMBENTUK SAHSIAH UNGGUL"