Saturday, June 6, 2009
Gelanggang bola keranjang terletak di hadapan blok akademik 3, tersedia dengan PA sistem .Blok akademik 3 menempatkan bengkel eletrik, bengkel sains pertanian, bengkel logam dan kayu, dan bengkel kerja paip ditingkat bawah. terletak di tingkat 1 adalah 3 buah makmal komputer , sementara di tingkat dua terdapat bilik ICT, bilik pengurusan kediaman, bilik masakan dan bilik jahitan
blok pentadbiran
Di tingkat 1 pula terdapat bilik guru yang lengkap dengan bilik ABM, bilik GKMP, ruang perbincangan dan pantri. Ditingkat ini juga terdapat bilik untuk koperasi sekolah, bilik pengawas, bilik setiausaha peperiksaan dan bilik bahan dan tujuan menaip untuk guru.tandas guru juga terdapat di tingkat ini .
Dibahagian depan blok pentadbiran ditempatkan bilik pengetua, dan 4 penolong kanan, juga bilik cetak dan stor alat tulis , ruang pejabat am, bilik mesyuarat kecil dan bilik pantri. Disini juga diletakkan PA sistem yang dikawal mengikut zon blok di seluruh kawasan sekolah. Bilik kebal terletak di sebelah bangunan ini .
blok makmal sains tulen
dewan dan kantin sekolah
Kantin sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan dapur basah , dapur kering, bilik makan guru, stor basah dan kering, bilik pekerja, ruang hidangan , tandas dan dewan makan murid juga tempat membasuh tangan. Perlengkapan meja dan kerusi kantin akan hanya dibekalkan pada minggu hadapan sebelum sekolah ini beroperasi
Subscribe to:
Posts (Atom)