SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Thursday, December 31, 2009

Penempatan Baru Guru 2010

Seramai sembilan orang guru baru ditempatkan atas keperluan perkhidmatan di SMK Kg Gelam bila bermula sesi baru persekolahan 2010 .Mereka adalah

1 Pn Lan Bao Ying
Sains rumahtangga

2. En Nicholas Roy Shanker Balraj
Biology/Matematik

3. Pn Zalizah Abdul Jalil
Perakaunan

4. Pn Norshida Mohamat
Kemahiran Hidup/ ERT

5. En Mohd Hairullah Abdul Talip
Pengurusan Perniagaan/Ekonomi

6.En Goh Mun Hock
Sains/Math

7. Pn Rosnah Husin
perakaunan/Perdagangan

8. Pn Noraini Mat Nor
Kimia/Fizik

9. Cik Norsiah Bachik
Bahasa Inggeris

10. Pn Nik Zaleha Bt Ismail
Biologi/Kimia

Selamat datang dan selamat bertugas di SMK Kg Gelam semoga tuan/puan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang demi pendidikan dan masa depan anak didik Malaysia.

Wednesday, December 30, 2009

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 sessi 2010


Semua warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1 yang mendaftar di sekolah kita pada hari Khamis 31 Dis bersama ibubapa masing-masing di dewan sekolah .Semua pelajar ini akan menjalani minggu suaikenal bermula minggu hadapan.

Foto sekitar hari pendaftaran Tingkatan 1

Mesyuarat Guru persediaan 2010


Hari ini 31 Dis semua guru menghadiri mesyuarat untuk persediaan sesi persekolahan yang akan bermula pada 5 jan 2010 bermula jam 9 pagi di bilik mesyuarat utama. Mesyuarat dimulai dengan bersama menghayati perutusan Pengarah Pelajaran Melaka diteruskan dengan pembentangan tugasan pentadbiran , kurikulum, HEM dan kokurikulum oleh pengetua dan penolong kanan .Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 petang dengan jamuan makan tengah hari.

Saturday, December 19, 2009

Maal Hijrah

Thursday, December 17, 2009

AJK Penaja PIBG



Pada hari Selasa 15 Disember jawatankuasa Penaja PIBG sekolah mengadakan mesyuarat penubuhan kali pertama di bilik mesyuarat utama .
Ajk Penaja yang dipilih adalah

Pengerusi penaja : Tn Hj Mohammad Ali Bin Hj Mohamad
Naib pengerusi penaja: Tn Hj Ismail Bin Hashim
Setiusaha : Pn Rosamizana Bt Ismail
Bendahari : Pn Samimi Bt Abdul Rahman

AJK Guru
En Abdull Aziz Bin Nahar
Tn Hj Samsudin Bin Abdullah
En Ramlan Bin Hassan
Pn Ramlah Bt Baba
En Mat Saat b. Abd Rahman

AJk Ibubapa
Tn Hj Abdul Aziz B. Dolmat
Tn Hj abdul Kahar b. Abas
Pn Norpah Bt Salihin
En Mohamad b. Osman

Mesyuarat juga bersepakat untuk mengadakan mesyuarat agung penubuhan PIBG SMK Kg Gelam pada hari Sabtu 9 Jan 2010 jam 9 pagi di dewan utama sekolah.

Tuesday, December 1, 2009

Penempatan Guru sesi 2010

Pada 1 Dis 2009 sekolah menerima pendaftaran guru yang bertukar dari sekolah lain untuk pengisian jawatan 2010 di sekolah ini.
Mereka adalah

1. Pn Rohimah Binti Manap@Manah
dari SMK Notre Dame , Melaka
Opsyen : Bahasa Melayu

2. Pn Samimi Abdul Rahman
dari SMK Bukit Katil , Melaka
Opsyen :Perakaunan, Matematik


3. En Mohd Nor Hisham B. Tahir@Mohd Tahir
dari SMK Taman Connaught ,Kuala Lumpur
opsyen: Muzik


5. Pn Azlin binti Zaini
dari SMK Klebang Besar
Opsyen: pendidikan Khas

Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru .

Sunday, November 22, 2009


Friday, November 20, 2009

Hari akhir Persekolahan sessi 2009



Semua guru dan pelajar berkumpul pada jam 720 pagi dan menyertai pembacaan yassin, tahlil dan berdoa dipimpin oleh ustaz Halim Maidin. Selepas itu semua pelajar bersama guru menjalankan gotong royong membersihkan blok akademik .Pelajar perempuan telah berkumpul di surau untuk mendengar nasihat dan bimbingan agama dari guru wanita , dan pelajar lelaki menjalani tapisan disiplin oleh unit disiplin sekolah.

Selepas rehat semua guru dan pelajar berkumpul untuk menghadiri perhimpunan akhir sekolah di dewan . Acara dimulakan dengan rumusan aktiviti sepanjang tahun, taklimat GPK Kokurikulum dan penyampaian hadiah untuk pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun juga yang berjaya hadir 100% ke sekolah.Pemberian anugerah berupa sijil dan cenderamata.


Terbaik Tingkatan 1

Muhammad Syahiran mohd Shaufi (1ALK)
Muhammad Akmal b. Muhamad syafiq Tan(1ARR)
Nurain Bt Ibrahim (1ARR)
NurulHafizah Bt bakar(1ALK)
Muhammad Harry Bin Raya (1ALB)

Terbaik tingkatan 2
Muhammad Syafiq b zulkifli (2ALB)
Nurshafika Bt Ismail (2ALG)
Fatin Atiqah Bt Ishak (2ALG)
Muhammad asyraf Bin Ismail (2ALK)
Nurul nabilah Bt Abdullah (2ALG)

Terbaik tingkatan 4
Nurul Izzati Bt Abd Aziz
Siti Aishah Bt Mohd Said
Nor Azeera Bt Nor Azmi

Kehadiran 100%
Nursyuhadah Yusof (2ALB)
Nurul Asyikin Razip (1ALK)
Aizafarina Nasha Aizuddin(1ALG)
Muhammad Solihin Ishak (1ALG)

Selamat bercuti dan menyambut Hari Raya aidiladha untuk semua guru dan pelajar .Berjumpa lagi pada 4 Jan 2010.

Foto dari FC disini

Thursday, November 19, 2009

Jamuan AkhirTahun



Kelab kebajikan dan Reakreasi sekolah mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Hotel De 'Coasta banda Hilir Melaka.majlisdihadiri semua guru dan sytaffsokongan dalam suasana mesra dan ceria .Antara acara diadakan adalah ucapan guru,pertukaran hadiah antara guru dan cabutan bertuah .
Ahli Jawatankuasa Guru 2009/2010

Koleksi gambar lain dari Face Book SMK Gelam

Wednesday, November 18, 2009

Penghasilan kerja pelajar



Pelajar bersama guru pendidikan seni visual En Rashid bekerjasama menghasilkan hiasan dinding dari batik sebagai aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun .Hasil kerja pelajar dipamerkan dipejabat sekolah dan bilik mesyuarat utama sekolah .

Friday, November 13, 2009

kursus kecemerlangan pemimpin pelajar



Bertempat di Pusat Kecemerlangan koreksional Penjara Malaysia ,Tanjung Kling seramai 50 orang pemimpin pelajar sekolah menyertai kursus dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih pusat tersebut.
Kursus berlangsung dari petang jumaat 13 Nov sehingga ahad 15 nov.
Kandungan kursus .

15 Nov
petang : pendaftaran
malam :LDK

16 Nov
pagi : solat subuh, jasmani, kawad, aktiviti membuat keputusan dan kepimpinan
petang:aktiviti komunikasi, sukaneka
malam : ceramah

17 Nov
pagi : solat subuh, jasmani, kawad, explore race
petang: kesimpulan , majlis penutupan.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh ADUNKawasan Pantai Kundur datuk Hj Ab rahman bin Haji Ab Karim disertai juga komandan kem Puan Rohana binti Abdullah

Penutup Bulan Bahasa 1 Malaysia



Selepas majlis pembacaan Yasin di surau sekolah, majlis penutupan Kem Membaca 1 Malysia di adakan di dewan sekolah.Pengisian majlis adalah persembahan nazam, public speaking, nasyid dan pidato pelajar. Selepas ucapan pengetua penyampaian hadiah untuk pemenang bagi pertandingan sempena kem ini dijalankan . Sepanjang 2 minggu kem ini di adakan beberapa pertandingan di adakan antaranya adalah puisi, membaca bersama , persembahan pentas, nyanyian bersama, lukisan , kempen bahan terbuang dan penghasilan inovasi pelajar. Terima kasih untuk semua guru dan pelajar yang bersama menjayakan program ini.
Minggu ini juga satu demontrasi tae kwando dipersembahkan untuk semua pelajar di kompleks kokurikulum .

Gambar boleh didapati dari pautan Facebook sekolah.u ini juga

Thursday, November 12, 2009

kem bakat Kriket


Gambar lain click sini

Selepas tamat peperiksaan akhir tahun cikgu Rashid telah mengelolakan kem pencaraian bakat di kalangan pelajar sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 turut serta berpeluang untuk mengikuti kem ini di waktu pagi di persekitaran sekolah.

Sempena program bulan bahasa , semua pelajar juga mengikuti program yang dirancang oleh guru sepanjang dua minggu dengan pelbagai aktiviti membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar dan guru .

Pelajar 2 ALG bersama guru Pn Rosamizana ,En Nazmie dan Cik Norhafiaza melawat Kuala Lumpur dan berkunjung ke Pusat Sains Negara .


Click untuk gambar lain disini

Tuesday, November 3, 2009

taklimat kemasukan Tingkatan 1 tahun 2010



Guru kaunseling sekolah En Zaidi dan PK HEM Tn Hj Samsudin pagi ini berkunjung ke SK Lereh untuk memberi taklimat kepada kumpulan murid tahun 6 yang akan memasuki ke SMK KG Gelam pada tahun 2010. Siri taklimat mereka dibantu dibuat secara online menggunakan pautan internet ke blog sekolah dan meliputi sejarah, kemudahan
pengajaran dan pembelajaran .

Tahniah untuk Pn Mazura guru data sekolah kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi tadi diHospital Melaka .Ini adalah cahayamata sulong beliau , semoga seisi keluarga beliau diberkati Allah atas semua urusan.

Monday, November 2, 2009

Peperiksaan akhir tahun



Bermula hari ini 2 Nov 2009selama seminggu semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 menduduki peperiksaan akhir tahun.Peperiksaan diadakan serentak di dewan sekolah .Peperiksaan ini akan menentukan agihan kelas untuk tahun 2010 dan sebagai TOV tahun hadapan .

Penempatan GST dan PK kokurikulum

Penempatan guru siswazah terlatih (GST) yang telah tamat mengikuti sarjana muda pendidikan bil 8/2009 mendaftar ke sekolah kita pada 26 okt 2009 .Mereka adalah


1. Pn Siti Norashikin Binti Moin
Sarjana Muda Pendidikan Teknologi (UTM)
pengkhuhusan Kemahiran Hidup
berasal dari Pahang

2. Cik Norhafizah Binti Hassan
Sarjana Muda Pendidikan Sains (UPSI)
pengkhuhusan Kimia
berasal dari Pahang

Sekolah juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En Ramlan Bin Hassan GKMP kemanusiaan dari SMK Bukit Baru Melaka atas kenaikan pangkat sebagai GPK kokurikulum SMK Kg Gelam bermula 16 Okt 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan bil 6/2009

Pada hari Sabtu 24 sept semua guru menghadiri latihan dalam perkhidmatan di bilik mesyuarat utama sekolah bermula jam 8 pagi
Pengisian LDK adalah
0800 - pendaftaran guru
0800-1000 - perkongsian ilmu Pn Habibah dan Cik Hairunnisa
1000-1030 - kudapan
1030-1230 - ceramah PK pentadbiran laporan prestasi tahunan LPNT
pengurusan PCG matapelajaran

1 tengah hari - jamuan makan tengahhari

Pondok rehat pelajar


Semua empat pondok rehat di persekitaran sekolah telah dilengkapkan dengan kemudahan bangku dan meja untuk kemudahan pelajar. Perlengkapan ini siap dipasang pada hari jumat 30 Okt 2009 .Kemudahan ini akan memudahkan interaksi dan aktiviti juga program pelajar dan guru pada sebilangan masa diperlukan .


Surau sekolah telah lengkap dipasang permaidani untuk kmudahan beribadah bagi warga sekolah.

Friday, October 16, 2009

Kem Motivasi sahsiah Diri




Unit Hem dan kaunseling sekolah dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah telah bekerjasama untuk menganjurkan Kem Motivasi Sahsiah diri bertempat di kawasan sekolah .Kem ini bermatlamat untuk membentuk sahsiah diri dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji sebagai seorang penuntut yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan agama.Bilangan peserta adalah 74 orang lelaki dan perempuan.

Pengisisn kem adalah ceramah kerohanian , kerja kumpulan , solat taubat, qiamulalail dan bermalam di dalam khemah .Kem bermula pada petang 16 oktbober dan berakhir hari sabtu 17 oktober jam 1 th .terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama menjayakan program sedemikian.Perasmian penutupan program disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Datuk Abu bin Pit yang juga menyampaikan sijil kepada pesrta program.
(Foto lain dalam facebook)