SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Thursday, June 25, 2009

perhimpunan pagi





utiliti

Bekalan air untuk sekolah dapat dibekalkan sepenuhnya hari ini selepas meter di pasang oleh syarikat Air Melaka.Sebelum ini bekalan air dibekalkan oleh kontraktor .Meter air berasingan untuk kantin juga siap di pasang hari ini.


Talian telefon tetap masih gagal dibekalkan oleh Telekom disebabkan masalah taknikal berkaitan penyambungan talian dari luar ke dalam premis sekolah. Walaupun begitu sebagai gantian minggu hadapan sekolah akan dibekalkan untuk sementara talian telepon menggunakan kaedah tanpa wayar bersama kemudahan faxnya sekali .
Diharapkan dengan kemudahan air dan telefon ini akan memudahkan urusan sekolah dan warganya dalam rutin harian.

riadah dan jasmani




Kemudahan sekolah untuk aktiviti riadah dan sukan mula digunakan oleh guru dan pelajar semasa pengajaran PJK dan riadah dengan menjadikan gelanggang perhimpunan dan jalanraya untuk road relay.

Wednesday, June 24, 2009

Kegiatan Kokurikulum



Hari ini bermulalah kegiatan kokurikulum bagi kelab dan persatuan. selepas makan tengahhari dan solat bermula jam 2 30 petang semua pelajar berkumpul di dewan sekolah untuk pembahagian kumpulan mengikut kelab dan persatuan yang mereka ingin mendaftar. Selepas itu setiap ahli kelab dan persatuan beredar ke lokasi ditentukan untuk membuat pendaftaran pasukan bersama guru penasihat masing-masing.

Semua ahli memilih jawatankuasa bagi kelab dan persatuan masing-masing juga merangka aktiviti minggu ini sehingga jam 330 petang .Penyelaras persatuan adalah Puan Hazlizawati dibantu guru-guru penasihat yang lain.

Tuesday, June 23, 2009

pemilihan logo dan lagu sekolah

Semua guru bersetuju untuk membuat sedikit pindaan kepada konsep logo sekolah yang dicadangkan. Guru juga diberikan lirik lagu sekolah untuk mereka membuat pindaan jika perlu dan mencadangkan lirik yang bersuaian.

Sementara itu suatu sistem nombor siri untuk pendaftaran pelajar dan sistem fail sekolah diperkenalkan untuk dirujuk semasa mengambil tindakan perkara berkaitan.

Jumlah pelajar yang mendaftar setakat hari ini dalah 232 orang terdiri dari 119 orang T1, 77 orang T2 dan 36 orang T4

lantikan ketua panitia

Mesyuarat guru hari ini juga memutusakan lantikan ketua panitia dan guru penasihat kelab dan persatuan . kegiatan kokurikulum akan dimulakan pada petang hari rabu ini dengan pendaftaran dan mesyuarat penubuhan kelab dan persatuan .
Panitia BM : Pn Siti Habibah
Panitia BI : cik Ungku Hairulnisa
Panitia Math : Pn Norfaezah Khalid
Panitia PJK : Pn Mazura
Panitia KH : En Nur Najmie
Panitia Sce : Pn Rosamizana
Panitia Sej : Ustaz Halim
Panitia PI : Ustaz Basir
Panitia PSk : Ustazah Norsyafinas
Panitia Geo : Pn Ramlah

Kelab dan persatuan yang ditubuhkan adalah persatuan BM, BI,Math dan Sains, pendidikan ISlam, sejarah & geografi,Seni dan Budaya, dan kelab Rukunegara.

Mesyuarat guru kali ke 3

Semua guru dan pentadbir menghadiri mesyuarat bermula jam 230 petang di bilik mesyuarat utama untuk menentukan pengurusan unit-unit kurikulum, hem dan kokurikulum. Pembahagian tugas untuk tanggungjawab pentadbiran adalah seperti berikut
1. En Nur Najmie - pengurusan aset
2. En Mat Saat - disiplin dan pengawas
3. En Abdul Halim - koperasi
4. En Zaidi - pendaftaran dan profil pelajar
5. Pn Halizawati - kokurikulum
6. Pn Mazura - data dan sukan
7. Pn Siti Habibah -pengurusan kantin
8. En Sabri - surau
9. Pn Ramlah - Disiplin
10.Pn Norsyafinas -Biasiswa dan kebajikan
11.Pn Norfaezah Khalid-SPBT
12.Cik Ungku Hairul Nisa - Pusat sumber sekolah
13.Pn Rosamizana - S/u PIBG

Ujian Bomba

Pasukan bomba pagi ini membuat penilaian keselamatan dan pengujian sistem mengawal keselamatan kebakaran yang dipasang dibangunan sekolah sebelum sijil keselamatan dikeluarkan. Pasukan terdiri dari tiga pegawai ini memeriksa sistem pemadam api, pili bomba, pengesan asap, rumah pam dan sistem amaran awal loceng.Bersama pasukan bomba adalah pasukan arkitek bangunan, kontraktor, juru runding bangunan dan wakil pehak berkuasa tempatan. Semua ujian ini telah berjaya dilakukan dan mesyuarat untuk mengesahkan penilaian itu dibuat di pusat sumber sekolah .

Pemadam api yang dipasang di dinding bangunan sekolah berfungsi dengan baik dan pili bomba juga mempunyai tekanan mencukupi untuk semburan air.Apa yang diharapkan pelajar sekolah bersama menjaga semua peralatan ini supaya ianya dapat berfungsi sepanjang masa.

Monday, June 22, 2009

cadangan pilihan logo sekolah




Antara cadangan pemilihan logo sekolah SMK KG Gelam yang dipertimbangkan untuk warga sekolah membuat pemilihan

Perhimpunan rasmi sekolah kali pertama




Pagi ini bermula 0740 pagi di dewan ,sekolah mengadakan perhimpunan rasmi kali pertama sejak pembukaannya minggu lepas .Acara dimulai dengan nyanyian negaraku, Melaka Maju Jaya, ucapan guru bertugas Pn Norfaiezah Khalid , En Mat Saat, dan diikuti ucapan En Roszelan. Majlis diakhiri dengan ikrar pelajar dan ikrar Rukunnegara.