SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, April 15, 2011

Penyampaian Cek Takaful Malaysia

Di Pejabat sekolah Pengetua menyampaikan cek kepada dua keluarga pelajar kita yang meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalanraya bagi pihak Syarikat Takaful Malaysia.



Tuesday, April 12, 2011

Sayembara Puisi dan Lagu

Peserta SMeK-G sedang membuat persembahan

Bertempat di Dewan Utama sekolah kita petang ini di adakan pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah . Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk dipilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri pada bulan Mei nanti.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG KG Gelam Tn Hj Hashim Kalil yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Keputusan pertandingan adalah

  1. SMK Tun Mutahir
  2. SMK Malim
  3. SMK Munsyi Abdullah

Tema pertandingan tahun ini adalah Satu Malaysia .Tahniah dan syabas kepada sekolah yang berjaya dan terima kasih untuk semua jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada warga SMeK-G.

Monday, April 11, 2011

Kursus Pemantapan Jati Diri Ting.5 dan Kursus Proses Teknik Buku

Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan kursus pemantapan jati diri untuk pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh pelajar kolej universiti islam Melaka. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menghadirkan diri untuk program berkenaan. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa hujung minggu bagi memastikan program ini berjalan lancar. 
Unit PSS turut mengadakan kursus proses teknik buku bagi memantapkan pengurusan perpustakaan sekolah. Terima kasih kepada pengawas perpustakaan yang menghadiri kursus. Semoga kursus ini banyak memberi manfaat dan info tambahan kepada pelajar.