SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Monday, December 30, 2013

Buku Pengurusan SMeK-G ,2014

buku pengurusan takwim 2014

Sunday, December 1, 2013

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Kepada semua Guru-guru SMK Kampung Gelam yang berdedikasi, ^_*

Sistem Pengurusan Sekolah atau dengan nama ringkasnya SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid(SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku & Disiplin Murid (SSSM) dan Integrated Student Information System (ISIS) serta yang terbaru Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam(DDSA). SPS yang akan dilaksanakan kelak mengandungi 22 modul pengurusan. Sehingga penghujuang tahun ini 6 modul perlu dilengkapkan oleh semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan dijadikan sebagai KPI Pengarah Pelajaran Negeri.

Sehubungan dengan itu Tuan-tuan & Puan-puan diminta untuk melengkapkan butiran peribadi masing-masing melalui USER ID & KATALALUAN yang telah disediakan.

Berikut adalah laman web yang perlu diakses :https://sps.1bestarinet.net/

User ID : ic_penuh.MEA2101
Katalaluan : ic penuh

Contoh;
Id : 123456781234.MEA2101
Katalaluan : 123456781234

*Sila muat turun Manual penggunaan pada laman berikut : http://skpkperlis.edu.my/wp-content/uploads/2013/11/manual-pengguna-sps-modul-pengurusan-staf-v2.0.0.pdf

Friday, November 15, 2013

TAWARAN LATIHAN INTENSIF ICT & MULTIMEDIA DIBAWAH PROGRAM 12FLAGSHIP E-MELAKA ANJURAN BAHAGIAN K-EKONOMI JABATAN KETUA MENTERI BAGI BULAN NOVEMBER & DISEMBER 2013

Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka agar pelajar sekolah diberi pendedahan awal berkaitan ICT & Multimedia, Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka mengambil inisiatif menganjurkan dua belas (12) latihan secara PERCUMA sepanjang cuti persekolahan. Program2 yg ditawarkan pada lampiran berikut.

Kepada pelajar & ibubapa yang berminat untuk menghantar anak2 mereka boleh berhubung dengan En Mohairi atau En Mubarak ditalian 06-333 3333 atau email borang yang disertakan kepada mohairi@melaka.gov.my
Tempat adalah terhad kepada 20 terawal bagi setiap sesi latihan.

Monday, November 11, 2013

PERTANDINGAN DRAMA PIALA PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang telah mendapat tempat ke-3 DRAMA PIALA PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA (PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL) yang telah dipertandingkan pada hari ini 11/11/2013 di Dewan Utama ILP Bukit Katil.

Untuk makluman mereka juga menerima:
1. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
2. Anugerah Set Terbaik








Wednesday, October 30, 2013

PECUTAN AKHIR & MOTIVASI SPM 2013

Satu Program Pecutan Akhir & Motivasi SPM telah diadakan pada 29 Oktober 2013 bermula jam 9.00pagi hingga 10.30 malam. Diharapkan program yang telah disusun dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran ini akan dapat meningkatkan keberhasilan dalam peningkatan pencapaian dan sasaran sekolah dalam peperiksaan SPM nanti. Melalui Slot Motivasi yang telah diberikan diharapkan semoga pelajar-pelajar sekolah ini akan terus berusaha dan mencapai kecemerlangan diri.



Thursday, October 24, 2013

Program Khidmat Komuniti Gotong royong F1 2013

Dikawasan sekolah melibatkan semua tingkatan sartu pada jam 2-5 ptg Hari Rabu 23 Okt 2013.
Terima kasih kepada penyertaan guru dan semua pelajar yang menyumbangkan bahan, idea dan tenaga untuk menjayakan program ini. 

Saringan dan soal selidik Kesihatan guru CLUSTer

Di bilik guru pagi ini diadakan saringan kesihatan untuk guru -guru oleh Universiti Malaya untuk tujuan pengelompokan mengenai faktor risiko gaya hidup dan memahami kaitannya dengan tekanan ke atas kesihatan dan kesejahteraan guru-guru sekolah di Malaysia .

lawatan dan konsultansi program I Think

Lawatan dan sesi bimbingan Program olih 3 pegawai PPD Johor , Negeri Sembilan dan Melaka bersama pensyarah IAB Zon Selatan untuk melihat perjalanan progran I Think di sekolah hari ini.
      Agenda 
  • taklimat sekolah oleh pengetua
  • sessi sumbang saran dengan AJK Pemandu I Think sekolah
  • pemantauan PDP
  • temu bual guru dan pelajar 
  • rumusan lawatan 

Wednesday, October 16, 2013

Kem Kepimpinan Pengawas 2013

Seramai 84 orang Pengawas Sekolah telah terlibat dalam Kem Kepimpinan yang bertempat di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan (PLRWS) Sg. Udang, Melaka. Program bermula pada 11hb Oktober hingga 13hb Oktober 2013 selama 3 hari 2 malam diharapkan akan dapat membentuk dan melahirkan barisan kepimpinan pengawas yang berkualiti di sekolah ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan di atas khidmat yang telah disumbangkan kepada anak-anak didik di sekolah ini. Terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas 2013 pada kali ini.


Monday, September 30, 2013

Tahniah liga Remaja Kreatif Kebangsaan

Tahniah kepada 2 penyertaan pasukan sekolah yang memenangi hadiah saguhati RM 1000 kerana penyertaan dalam liga remaja kreatif KPM .Usaha berpasukan yang baik dan berani mencuba pengalaman baru membuahkan hasil..

Seminar Integriti Keguruan PPDMT

Tarikh : 28 Sept 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi - 2 ptg
Tempat : Dewan SMeK-G
Penyertaan:
SMK Kg Gelam, SMk Paya Rumput, SJKC Ek Te, SJKC ST Mary, SJKC Pay Hua,SJKC Bertam Hulu,
SJKC Sungai Udang

Program Munajat Perdana 2013


Tempat : Masjid As Solihin  Kg Gelam Melaka 
Tarikh : 26 Sept 2013
Masa : 6 30 - 9 30 Malam 

Tuesday, September 17, 2013

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Program bermula jam 2.00ptg bertempat di Dewan Utama SMeK-G telah disusun pelbagai aktiviti bagi menjayakan sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Kampung Gelam. Dengan matlamat mewujudkan & meningkatkan kesedaran, jati diri dan semangat patriotisme dalam jiwa warga SMeK-G. Pelbagai persembahan pelajar telah disusun bagi memeriahkan lagi acara:
1. Persembahan Multimedia "Gagasan Penubuhan Malaysia"
2. Deklamasi Sajak
3. Koir
4. Unplug Pelajar 5ARR
5. Seloka
6. Pentomin Kadet Koreksional

Saturday, September 14, 2013

PROGRAM RIMUP PMR SIRI 3/2013

Program RIMUP PMR SIRI 3/2013 bagi subjek Sains dan Bahasa Melayu bertempat di Dewan SMK Seri Tanjong. Seramai 27 orang calon CEMERLANG SMeK-G yang menyertainya.

Friday, September 13, 2013

PENTADBIRAN 2013

Tuesday, September 10, 2013

Program Pecutan Akhir PMR 2013

Bertempat di Balai Cerap Kompleks Al-Khawarizmi, Kuala Sungai Baru, Melaka telah diadakan slot motivasi kepada pelajar Tingkatan 3 dari kelas 3ArRazi dan 3Ibn Khaldun. Motivasi disampaikan oleh penceramah jemputan En. Sabri Minhat dari SMK Rahmat. Diharapkan program ini dapat menjadi perangsang dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha dan menempa kejayaan dalam PMR nanti.

Percubaan SPM 2013

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM SMeK~G 2013

Wednesday, September 4, 2013

Malam 30 Ogos 2013

Mesyuarat Agung Persatuan IbuBapa dan Guru kali ke 3 dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 30 Ogos 2013 bertempat di Dewan Besar SMK Kampung Gelam dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu.

Slide Share sekolah



Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56 Tahun