SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, March 5, 2010

Le Tour de-Langkawi


Sabtu 6 Mac 2010 Jam 1030 pagi ini pelumba basikal yang menyertai Le Tour langkawi lalu depan sekolah kita .Sebahagian pelajar dan kakitangan sekolah yang berada disekolah berpeluang menyaksikan perlumbaan peringkat antarabangsa ini yang dalam perjalanan ke Port Dickson
Mesyuarat AJK PIBG bil1/2010 berlangsung di bilik mesyuarat utama pada jam 830 - 1130 pagi dengan kehadiran YDP dan pengetua serta ahli yang lain.
40 pelajar T1,2 dan 3 mengunjungi Karnival Pendidikan Melaka di MITC dengan diiringi oleh kaunselor sekolah En Zaidi pagi ini .

Wednesday, March 3, 2010

Buletin -Mega PPD Melaka Tengah



Rencana mengenai SMK KG Gelam dalam Buletin-Mega terbitan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah jilid 6. Bil 1/09/10

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Pertama





Foto Sukan Tahunan dari FaceBook
sekolah mengadakan sukan tahunan kali pertama untuk tahun 2010 sejak penubuhan sekolah .Sukan tahunan ini bermula pada hari Rabu 3 Mac dan kemuncaknya pada hari Khamis 4Mac .Antara acara yang dipertandingkan adalah tarik tali, lempar cakra , lontar peluru , lompat tinggi, Road Relay antara rumah sukan, petandingan hiasan khemah dan juga acara selingan untuk guru . Perbarisan lalu kontigen rumah sukan , unit beruniform dan pengawas sekolah juga di adakan . Tetamu kehurmat adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali bin Hj Mohamad .Piala Pusingan Johan Keseluruhan rumah Sukan sumbangan YDP PIBG di menangi oleh Rumah Satria

Semua guru dan pelajar mulai sibuk membuat persiapan raptai dan penyediaan tempat pertandingan bermula pada hari Rabu lagi.

Kutipan Mata Acara Sukan Tara
Rumah SATRIA(Merah Jambu)....828 mata
Rumah WIRA (Oren).... 779 mata
Rumah WAJA (Hijau)....678 mata
Rumah PERDANA (Unggu)....677 mata

Monday, March 1, 2010

Majlis Pelantikan Pengawas



Koleksi gambar majlis pelantikan
Majlis Pelantikan pengawas sekolah di adakan di dewan sekolah pada pagi Isnin 1 Mac 2010. Tetamu yang hadir adalah Inspektor Ahmad Fahmi b Abdul Aziz Pegawai Perhubungan Polis , YDP PIBG sekolah Tn Hj Mohamad Ali b. Hj Mohamad , guru-guru dan semua pelajar .
Majlis bermula dengan nyanyian lagu , ucapan , penyampaian watikah , penyampaian cenderahati dan sesi bergambar .

Ikrar Pengawas
Maka Kami , Pengawas SMK Kg Gelam 2010 berikrar dan berjanji akan :

1. Taat dan patuh kepada setiap tugas yang diberikan
2. Membenteras salahlaku pelajar tanpa mengira masa
3. Membentuk sahsiah pelajar yang terpuji
4. Menjadi contoh pelajar berwatak bagi pelajar lain
5. Berani ,benteras dan tegas sebagai slogan bertindak

Kami BERANI, Kami BENTERAS , Kami TEGAS.