SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Tuesday, November 4, 2014

Penyampaian Hadiah Kelas Terbaik 2014

Majlis penyampaian hadiah kelas terbaik keseluruhan kedatangan dan kelas terbaik keseluruhan keceriaan dan kebersihan serta anugerah sijil kehadiran seratus peratus telah diadakan pagi tadi. Tahniah kepada para penerima sijil dan cenderahati.

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Datang Tuan Pengetua

Majlis menyambut kedatangan Pengetua baru telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada 27 Oktober 2014. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh merupakan Pengetua Ke3 yang berkhidmat di sini. Ditugaskan bagi menggantikan mantan Pengetua sebelum ini iaitu Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad yang telah bertukar tempat bertugas. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh sebelum ditugaskan di sekolah ini adalah merupakan GPK 1 SMK Seri Pengkalan, Melaka. Semua warga SMeK-G mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua.

Wednesday, October 8, 2014

Jemputan Ke Majlis Munajat Perdana Calon SPM 2014

Kepada semua ibu bapa pelajar SMK Kampung Gelam

Tuan/Puan,
Jemputan Ke Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 09 Oktober 2014
Tempat : Dewan Utama SMK Kampung Gelam
Masa : 6.30petang hingga 9.30malam

Sokongan tuan/puan untuk menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Aktiviti Sembelihan Lembu Korban 2014

Aktiviti sembelihan korban pada hari ini sempena Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014 yang akan diadakan pada hari esok 09 Oktober 2014. Sembelihan korban dilakukan didalam kawasan Sekolah dan lembu korban disumbangkan oleh Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (Timbalan MOSTI & Ahli Parlimen Tangga Batu). Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Monday, September 29, 2014

Majlis Perpisahan En. Goh Mun Hock (GKMP Sains & Matematik)

Majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Utama SMK Kampung Gelam pada 29hb September 2014 bermula pada jam 2.00 petang - 2.40 petang. En. Goh Mun Hock merupakan Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik akan berpindah ke SMJK Pulau Sebang sebagai GPK Kokurikulum yang baru disana. Seluruh warga SMeK-G mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada En. Goh Mun Hock di atas kenaikan pangkat tersebut.

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung



Sunday, September 28, 2014

Pecutan Akhir SPM 2014 Balai Cerap Al-Khawarizmi

Seramai 30 orang pelajar SMeK-G Tingkatan 5 menghadiri kursus Pecutan Akhir SPM dari 26hb - 28hb September 2014 bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan semasa menduduki peperiksaan SPM nanti.





Friday, September 12, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 peringkat SMK Kampung Gelam telah diakhiri pada hari ini dengan semua Warga SMeK-G berkumpul di Dewan Utama. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" kemudian dibacakan perutusan Perdana Menteri oleh En. Azizan Jaafar. Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Pengetua Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad dengan disusuli gimik pelancaran oleh barisan Kadet Koreksional dengan menyerahkan Jalur Gemilang. Majlis diakhiri dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan.

Pelancaran Bulan Kecergasan 2014

Pagi ini berlangsung aktiviti Senaman Aerobik melibatkan semua pelajar dan guru bermula pada jam 9.40 am ~ 10.30 am sempena dengan Pelancaran Bulan Kecergasan 2014 peringkat SMK Kampung Gelam.

Wednesday, September 3, 2014

Hari Kokurikulum 2014

Hari Kokurikulum 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb Ogos 2014. Pelbagai aktiviti antaranya:- 

1. Persembahan Kawad Formasi Unit Beruniform / Sentap
2. Penyampaian Sijil dan Cenderamata
3. Pertandingan Permainan 1M1S ( Bola Jaring-Perempuan & Futsal-Lelaki )
4. Gerai Jualan

Karnival Kokurikulum merupakan satu program tahunan yang diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan dan memberi peluang kepada ibu bapa melihat sendiri kegiatan kokurikulum anak-anak di sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Benjamin Basir bin Yahasa Basir Timbalan Komandan Institut Koreksional Malaysia.

 

Friday, August 22, 2014

Percubaan SPM 2014

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting 5 yang menduduki Percubaan SPM bermula hari ini.

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Jadual Waktu Percubaan SPM 2014

Berikut adalah jadual waktu percubaan SPM bagi rujukan semua warga SMeK-G. Selamat Maju Jaya~

Tuesday, August 19, 2014

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pelancaran diadakan pada pagi ini dengan nyanyian lagu-lagu patriotisme dan kibaran jalur gemilang oleh semua pelajar & guru.

Monday, August 18, 2014

Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting3 SMeK-G bagi Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3.

Jadual waktu Percubaan PT3 2014

Berikut adalah jadual Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi rujukan Pelajar dan Ibubapa.

Monday, August 4, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Program Majlis Khatam Al- Quran dan Sumbangan Hari Raya untuk anak-anak yatim tahun 1435 H

Tetamu kehormat : Dato' Hj Mohamad Ali Bin Hj Mohamad YDP PIBG SMeK-G
Tarikh : 25hb Julai 2014
Hari    : Jumaat 
Tempat : Dewan Utama sekolah
Anjuran : Badan Kerohanian Sekolah & Unit Biasiswa & Kebajikan Pelajar
Aturcara 
  • Ketibaan pentadbir dan guru
  • Ketibaan Tetamu kehormat
  • Bacaan Doa
  • Majlis Khatam Al-Quran 
  • Penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta khatam Al Quran
  • Penyampaian cenderamata kepada anak-anak yatim
  • penyampaian cenderamata untuk tetamu kehormat
  • Sesi bermaafan antara pelajar dan guru
  • Bersurai

SUKAN TAHUNAN KALI KE 5 2014

Pada 26hb Jun 2014 telah berlangsung dengan jayanya Acara Sukan Tahunan Kali Ke 5 SMK Kampung Gelam. Sukan tahunan kali ini membuktikan kekuatan Rumah Satria yang masih mengekalkan Kejohanan.








Monday, June 23, 2014

Program Jari Waris - PPT 2014

Program telah diadakan pada hari Sabtu 21hb Jun 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari melibatkan penyerahan rekod kemajuan murid kepada Ibubapa pelajar Ting 1 - 4 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2014.

Tuesday, May 20, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Sambutan Hari Guru peringkat SMK Kampung Gelam telah diadakan pada 16hb Mei 2014 dianjurkan oleh Kelab Staff dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah.


RIMUP SPM 2014 di SMK Kem Terendak

RIMUP SPM 2014 telah berlangsung di SMK Kem Terendak pada 10hb Mei 2014 melibatkan pelajar tingkatan 5 Al-Biruni.



Kem Motivasi SPM 2014

Kem Motivasi SPM anjuran Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (PPMSB) telah berlangsung pada 10 Mei 2014 bertempat di Holiday Inn, Melaka. Kem ini disertai oleh pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Ghazali. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPMSB atas penganjuran kem motivasi tersebut.


Monday, May 5, 2014

Modul Perekodan Perkembangan Murid

Sukacita dimaklumkan kepada semua Guru SMK Kampung Gelam, Modul Perekodan Perkembangan Murid Ting 1-3 boleh dimuat turun melalui SCHOOL DOCUMENT di dalam Laman Frog VLE Sekolah.

Klik di sini untuk akses ke Laman VLE : http://mea2101.1bestarinet.net/