SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, April 2, 2010

Berita akhbar Kem kriket


Kursus Kepimpinan Pelajar


Bermula 2 April hingga 4 April unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG dan sumbangan dari YB datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu sekolah mengadakan kursus kepimpinan untuk 101 orang pemimpin pelajar


Pada pagi Sabtu 3 April pelajar , guru dan pekerja menjalankan program gotong royong peringkat sekolah .Tumpuan kawasan adalah persekitaran blok akademik, keceriaan bilik darjah, surau dewan, longkang dan penandaan padang bolasepak. semua peserta juga memanaskan badan dengan aktiviti senamrobik sebelum acara gotong royong bermula.Sebelum bersurai semua murid disediakan minum pagi bersama guru-guru yang lain.

Tuesday, March 30, 2010

lawatan Ketua Sektor JPM


Sekolah dikunjungi oleh Hj Rahman Bin Hj Abd Majid , Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPM bersama En Abdullah Bin Hj Kamis Penolong Pengarah sektor Jaminan Kualiti pada jam 12 th ini 29 Mac 2010. Tuan ketua sektor berkesempatan melawat persekitaran sekolah bersama pentadbir sekolah.

Ujian SEGAK


Semua pelajar menjalani ujian kecergasan SEGAK bagi memenuhi keperluan rekod kesihatan dan pendidikan jasmani di blok kokurikulum pada minggu ini .Pelaksanaan ujian ini dilakukan oleh guru-guru PJK sekolah sewaktu pagi.

Monday, March 29, 2010

LDP dan kursus Motivasi T3 dan T5

Semua guru menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan siri 1/2010 yang diadakan pada Sabtu 27 Mac. Pengisian program adalah ceramah Etika keguruan oleh En Zaini nazir JPM dan diikuti dengan ceramah Qnet oleh KPP Sains Math JPM En Tahir.

Sementara itu seramai 90 pelajar T3 dan T5 menghadiri Motivasi kecemerlangan diri di dewan sekolah dengan kerjasam persatuan kaunselor negeri Melaka pada Sabtu 27 Mac 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Pemeriksaan Kesihatan




Semua pelajar tingkatan 3 menjalani pemeriksaan kesihatan melibatkan pengukuran tinggi , berat badan, penglihatan dan diberi suntikan oleh pegawai kesihatan hari ini .Pemeriksaan dilakukan di bilik rawatan kesihatan sekolah.Ceramah kesihatan juga diberikan untuk semua penuntut di pusat sumber.