SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, April 2, 2011

Pertukaran dan Kenaikan PAngkat


Pada hari Jumaat di adakan majlis perpisahan untuk PK Pentadbiran En Abdull Aziz bin Nahar yang bertukar ke Jabatan Pelajaran Melaka sebagai Ketua Unit Sekolah Menengah .Majlis bermula dengan bacaan yassin, ucapan ketua pelajar, pengerusi kelab staff , ucapan pengetua dan ucapan En Aziz. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kenangan dari kumpulan pelajar dan mengiringi En Aziz ke pintu pagar sekolah .

Bertempat di Klebang Beach Resort pada jam 3 petang kelab staff meraikan En Aziz dengan jamuan High Tea.Dimajlis yang sama Tn Pengetua mengumumkan kenaikan pangkat Tn Hj Samsudin Abdullah PK HEM sebagai PK Pentadbiran yang baru, juga PK Koku En Ramlan Hasan sebagai PK Hem yang baru bermula 1 April 2011 selepas mereka berdua menerima surat rasmi dari Pegarah Jabatan Pelajaran Melaka .
Tahniah dan syabas untuk semua  yang menjayakan kedua majlis pada hari ini.Semoga SMeK-G terus cemerlang .

Wednesday, March 30, 2011

Olahraga Kawasan Tanjung 2011



Wakil sekolah yang memenangi pingat Perak dan Gangsa dalam kejohanan olahraga kawasan Tanjung yag berlagsung dari 29 hingga 31 Mac 2011 di Stadium Hang Jebat.

Monday, March 28, 2011

Tahniah Kepada 2 Al-Biruni

Majlis pelancaran blog dan majalah keluaran khas daripada pelajar 2 Al-Biruni 2011 telah berlangsung dengan jayanya..

Blog dan majalah ini merupakan hasil kerja dan inisiatif pelajar sendiri. Mereka memulakan langkah dengan menerbitkan majalah keluaran januari tanpa pengetahuan guru. Ini bermaksud edisi januari mereka adalah seratus peratus hasil kreativiti dan karya pelajar. Bermula dari sini, guru-guru membantu memberi panduan. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Pn. Ungku Khairunisa, pertolongan guru adalah minima. yang selebihnya adalah usaha pelajar sendiri.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pelajar-pelajar ini. Semoga usaha-usaha mereka akan membuahkan hasil yang lebih cemerlang di akan datang.
Pada perhimpunan minggu ini juga disampaikan hadiah dan sijil-sijil penyertaan untuk pertandingan hafazan, kriket kebangsaan dan petanque Negeri Melaka.