SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Monday, March 17, 2014

Minggu Teknik & Vokasional 2014

Minggu Teknik & Vokasional peringkat SMK Kampung Gelam telah berlangsung pada 03hb Mac - 07hb Mac 2014. Pada hari ini 17 Mac 2014 telah diadakan Majlis Penutup dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad, Pengetua SMK Kampung Gelam semasa perhimpunan rasmi sekolah. Persembahan klip video aktiviti sepanjang minggu tersebut telah ditayangkan dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.



Merentas Desa 2014

Acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung pada 11 Mac 2014. Acara dimulakan pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 9.00 pagi. Acara pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Rumah Satria sekali lagi menjadi Johan bagi Acara Merentas Desa 2014 pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.







Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1

Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1 2014 telah diadakan pada 28 Februari - 1 Mac 2014 bertempat di SMK Kampung Gelam. Seramai 107 orang murid yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah disusun Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sebagai wadah pengisian program antaranya Program I-Think, Solat Jumaat, Kawad Kaki, LDK, Penghayatan Malam, Senamrobik, Merentas Desa dan Ujian Psikometrik. Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyertai program ini, fasilitator(dikalangan pelajar sekolah ini) dan guru-guru yang membantu menjayakan perkhemahan tersebut.