Blog Archive

Monday, March 17, 2014

Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1

Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1 2014 telah diadakan pada 28 Februari - 1 Mac 2014 bertempat di SMK Kampung Gelam. Seramai 107 orang murid yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah disusun Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sebagai wadah pengisian program antaranya Program I-Think, Solat Jumaat, Kawad Kaki, LDK, Penghayatan Malam, Senamrobik, Merentas Desa dan Ujian Psikometrik. Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyertai program ini, fasilitator(dikalangan pelajar sekolah ini) dan guru-guru yang membantu menjayakan perkhemahan tersebut.

0 comments: