SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, August 21, 2009

Cuti pertengahan semester 2


Sebelum pelajar dan guru bercuti sekolah pertengahan semester kedua warga sekolah menyertai program pembacaan yasin dan diikuti solat hajat menjauhi wabak H1N1 di surau sekolah dipimpin Ustaz Sabri.
Sebelum bersurai semua pelajar bekerjasama membersihkan persekitaran blok akademik, mengemaskan bilik dan menerima pembayaran dividen koperasi sekolah asal mereka.
Guru Penolong Kanan HEM kita Haji Samsudin Abdullah juga memperkenalkan diri kepada pelajar dan mula bertugas hari ini .
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bercuti dan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bermula hari Sabtu ini.

Wednesday, August 19, 2009

Mesyuarat permulaan penubuhan koperasi


Petang ini sekolah mengadakan mesyuarat permulaan penubuhan koperasi SMK Kg Gelam Berhad dengan kehadiran semua guru dan pelajar. Majlis ini juga disertai oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Melaka iaitu Puan Rabiah Al-Adawiyah binti Mohamad yang memantau perjalanan mesyuarat koperasi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua dan antara agendanya adalah mendapatkan kelulusan penubuhan koperasi , undang-undang kecil , pemilihan Lembaga Pengarah dan ucapan pengenalan koperasi oleh Pn Adawiyah. Sebelum bersurai semua pelajar dibekalkan minuman dan makanan .Mesyuarat ditamatkan pada jam 330 petang dengan jamuan guru di kantin sekolah.Semoga koperasi sekolah ini akan cemerlang dalam pengurusan aktivitinya dan membawa manafaat untuk semua.

Tuesday, August 18, 2009

Mesyuarat guru kali 4

Bermula jam 230 ptg hingga jam 5 petang hari ini, semua guru menghadiri mesyuarat minggu akhir persekolahan sebelum bercuti seminggu .Antara agenda mesyuarat adalah membincangkan pengurusan pelaporan penilaian dan merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Semua ketua unit pengurusan sekolah dan ketua panitia melaporkan perkembangan unit masing-masing .Mesyuarat diakhiri dengan pengurusan aset dan kewangan oleh PK1.Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk melantik jawatankuasa kelab guru sekolah terdiri daripada pengerusi En Nazmi, naib pengerusi Cik Nurul Nadiah, S/u Cik Ungku Hairunnisa dan bendahari En Zaidi.

Penempatan staff dan Guru Baru


Sekolah menerima kemasukan dua orang staff baru iaitu seorang guru dan seorang pembantu makmal hari ini. Pn Azlinah binti Haron pembantu makmal gred CA 17 bertukar dari SMK Sultan Alauddin Masjid Tanah , Melaka. Sementara itu Cik Nurul Nadiah Binti Borhan yang telah tamat mengikuti program pelajar cemerlangnya ditempatkan sebagai guru sandaran siswazah terlatih (GSST) sebagai guru biologi ke sekolah ini dan akan mengajar subjek matematik dan sains . Tahniah dan selamat bertugas untuk mereka berdua .

Monday, August 17, 2009

PK Hem


Hari ini Encik Samsuddin bin Abdullah PK Kokurikulum dari SMK Tinggi Cina Melaka melapor diri sebagai Guru Penolong Kanan HEM sekolah kita mulai tarikh 17 Ogos 2009 secara hahiki DG 44.Beliau juga adalah guru subjek Bahasa Melayu dan Geografi .Warga SMK Kg Gelam mengucapkan tahniah dan syabas semoga kenaikan pangkat beliau ini akan memberi peluang yang luas untuk beliau meneruskan memberi sumbangan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baru .