SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

TANGGUNGJAWAB::KUALITI:PRODUKTIF

WARGA PENDIDIK DAN STAF SOKONGAN SMK KAMPUNG GELAM

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Monday, February 23, 2015

Jadual Ujian 1 2015

Jadual Ujian 1 bagi menengah rendah dan atas 2015.

Saturday, February 14, 2015

Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka 2015

Syabas & tahniah kepada Team Olahraga & guru-guru olahraga SMeK-G atas usaha & komitmen yang telah diberikan dalam Acara Merentas Desa Peringkat Negeri 2015.

Tempat ke 6 Merentas Desa Peringkat Negeri

SMK Kampung Gelam mengucapkan tahniah kepada 2 orang pelajar ini iaitu Mohd Akmal mendapat tempat ke 6 & Mohd Firdaus tempat ke 12 dalam Acara Merentas Desa Peringkat Negeri yang telah berlangsung pagi tadi. Tempat 1 hingga 6 bagi setiap kategori akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah diucapkan!

Thursday, February 12, 2015

Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Kawasan Tanjong

Tahniah Pasukan Bola Baling (Perempuan) SMK Kampung Gelam telah mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Kawasan Tanjong.

Monday, February 9, 2015

Pelancaran Program NILAM 2015

Pelancaran Program NILAM telah berlangsung di Dewan Utama pada pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah dengan tema "Membaca Pencetus Minda". Majlis disempurnakan oleh tetamu jemputan Yang Berbahagia Datuk Wira Hj. Yaakub bin Md. Amin.

Saturday, February 7, 2015

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 1-2015

LDP Bil-1 2015 bertajuk "Panduan Penulisan Kertas Kerja" diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SMK Kampung Gelam pada hari ini.

Tempat Ke4 Kejohanan Sepak Takraw Kawasan Tanjong 2015

Pasukan bawah 15 tahun SMK Kampung Gelam bagi Kejohanan Sepak Takraw Kawasan Tanjong telah mendapat tempat ke 4 pada perlawanan yang telah berlangsung pada 4-5hb Februari 2015 bertempat di Kompleks Belia & Sukan Air Keroh. Tahniah diucapkan.

Tuesday, January 13, 2015

Jadual Waktu Online

Makluman kepada semua Murid dan Ibu Bapa:
Pihak Pengurusan Sekolah telah menyediakan satu kemudahan Jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran Kelas atas talian/online yang boleh diakses secara umum oleh murid-murid pada pautan berikut :
Melalui aplikasi ini jadual waktu setiap kelas/tingkatan dapat dipaparkan/dicetak/dimuat turun. Harap maklum.
Unit ICT SMK Kampung Gelam

Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2015

Majlis pendaftaran murid Tingkatan 1 telah berlangsung pada hari Jumaat, 11hb Januari 2015 yang lalu. Peningkatan sambutan dari segi kehadiran ibu bapa dan penjaga yang lebih ramai pada tahun ini semasa mendaftar anak-anak mereka di sekolah ini. Besar harapan pihak sekolah agar perkara positif seperti ini akan terus meningkat dan berterusan. Ini bertujuan memastikan mesej, aspirasi dan hala tuju pendidikan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat disampaikan oleh pihak sekolah terus kepada ibu bapa atau penjaga murid-murid yang bersekolah di sini.



Tuesday, November 4, 2014

Penyampaian Hadiah Kelas Terbaik 2014

Majlis penyampaian hadiah kelas terbaik keseluruhan kedatangan dan kelas terbaik keseluruhan keceriaan dan kebersihan serta anugerah sijil kehadiran seratus peratus telah diadakan pagi tadi. Tahniah kepada para penerima sijil dan cenderahati.

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Datang Tuan Pengetua

Majlis menyambut kedatangan Pengetua baru telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada 27 Oktober 2014. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh merupakan Pengetua Ke3 yang berkhidmat di sini. Ditugaskan bagi menggantikan mantan Pengetua sebelum ini iaitu Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad yang telah bertukar tempat bertugas. Tn. Hj. Abd Gafar bin Suboh sebelum ditugaskan di sekolah ini adalah merupakan GPK 1 SMK Seri Pengkalan, Melaka. Semua warga SMeK-G mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua.

Wednesday, October 8, 2014

Jemputan Ke Majlis Munajat Perdana Calon SPM 2014

Kepada semua ibu bapa pelajar SMK Kampung Gelam

Tuan/Puan,
Jemputan Ke Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 09 Oktober 2014
Tempat : Dewan Utama SMK Kampung Gelam
Masa : 6.30petang hingga 9.30malam

Sokongan tuan/puan untuk menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Aktiviti Sembelihan Lembu Korban 2014

Aktiviti sembelihan korban pada hari ini sempena Majlis Munajat Perdana Calon PT3 dan SPM 2014 yang akan diadakan pada hari esok 09 Oktober 2014. Sembelihan korban dilakukan didalam kawasan Sekolah dan lembu korban disumbangkan oleh Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (Timbalan MOSTI & Ahli Parlimen Tangga Batu). Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Monday, September 29, 2014

Majlis Perpisahan En. Goh Mun Hock (GKMP Sains & Matematik)

Majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Utama SMK Kampung Gelam pada 29hb September 2014 bermula pada jam 2.00 petang - 2.40 petang. En. Goh Mun Hock merupakan Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik akan berpindah ke SMJK Pulau Sebang sebagai GPK Kokurikulum yang baru disana. Seluruh warga SMeK-G mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada En. Goh Mun Hock di atas kenaikan pangkat tersebut.

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung



Sunday, September 28, 2014

Pecutan Akhir SPM 2014 Balai Cerap Al-Khawarizmi

Seramai 30 orang pelajar SMeK-G Tingkatan 5 menghadiri kursus Pecutan Akhir SPM dari 26hb - 28hb September 2014 bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan semasa menduduki peperiksaan SPM nanti.





Friday, September 12, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 peringkat SMK Kampung Gelam telah diakhiri pada hari ini dengan semua Warga SMeK-G berkumpul di Dewan Utama. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" kemudian dibacakan perutusan Perdana Menteri oleh En. Azizan Jaafar. Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Pengetua Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad dengan disusuli gimik pelancaran oleh barisan Kadet Koreksional dengan menyerahkan Jalur Gemilang. Majlis diakhiri dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan.

Pelancaran Bulan Kecergasan 2014

Pagi ini berlangsung aktiviti Senaman Aerobik melibatkan semua pelajar dan guru bermula pada jam 9.40 am ~ 10.30 am sempena dengan Pelancaran Bulan Kecergasan 2014 peringkat SMK Kampung Gelam.

Wednesday, September 3, 2014

Hari Kokurikulum 2014

Hari Kokurikulum 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb Ogos 2014. Pelbagai aktiviti antaranya:- 

1. Persembahan Kawad Formasi Unit Beruniform / Sentap
2. Penyampaian Sijil dan Cenderamata
3. Pertandingan Permainan 1M1S ( Bola Jaring-Perempuan & Futsal-Lelaki )
4. Gerai Jualan

Karnival Kokurikulum merupakan satu program tahunan yang diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan dan memberi peluang kepada ibu bapa melihat sendiri kegiatan kokurikulum anak-anak di sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Benjamin Basir bin Yahasa Basir Timbalan Komandan Institut Koreksional Malaysia.

 

Friday, August 22, 2014

Percubaan SPM 2014

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting 5 yang menduduki Percubaan SPM bermula hari ini.

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Jadual Waktu Percubaan SPM 2014

Berikut adalah jadual waktu percubaan SPM bagi rujukan semua warga SMeK-G. Selamat Maju Jaya~

Tuesday, August 19, 2014

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pelancaran diadakan pada pagi ini dengan nyanyian lagu-lagu patriotisme dan kibaran jalur gemilang oleh semua pelajar & guru.

Monday, August 18, 2014

Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Ting3 SMeK-G bagi Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3.

Jadual waktu Percubaan PT3 2014

Berikut adalah jadual Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi rujukan Pelajar dan Ibubapa.