SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, November 13, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010


Seramai 40 pelajar bersama Cikgu Norhafizah menghadiri majlis perasmian karnival tersebut yang diadakan   pada Sabtu 13 Nov bertempat di MITC Melaka .perasmian oleh Ketua Menteri Melaka .Pameran agensi Mosti dan beberapa aktiviti yang berfaedah juga di adakan selama dua hari itu ,Antaranya ceramah interaktif , pamerah , pertandingan ,muzikal kreatif, larian , program cabaran angkasawan 1 Malaysia dan bengkel inovatif yang terbuka untuk orang awam .Tema pameran adalah Meraikan Inovasi .

Makan Malam tahunan


Pada 12 Nov 2010 Kelab kebajikan dan Reakreasi staff sekolah mengadakan jamuan akhir tahun di Klebang Beach Resort Tanjung Kling .Turut hadir adalah ahli keluarga staff, YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya .Majlis dimeriahkan denagan cabutan bertuah dan pertukaran hadiah antara guru selain ucapan Pengetua dan Pengerusi staff. Tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian karoake guru dan keluarga.Majlis yang bermula jam 8 malam berakhir pada jam 10 30 malam .

Friday, November 12, 2010

Tahniah

Tahniah kepada unit kaunseling sekolah yang menghantar wakil menyertai pertandingan drama pendek PPDa di SMK Yok Bin pada 9 Nov 2010. Penyertaan sulung  pasukan sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 telah berjaya memenangi Naib Johan Negeri Melaka , Anugerah pelakon pembantu terbaik dan Anugerah sinografi terbaik. Tajuk Persembahan mereka adalah IMAGINASI .Pasukan ini dibimbing oleh kaunselor sekolah En Zaidi Abu Hasan .
Pasukan ini diberi peluang untuk membuat persembahan kepada warga sekolah dalam majlis Anugerah Budi dan Jasa 2010.Tahniah dan syabas SMeK-G

Wednesday, November 10, 2010

Hari Anugerah Budi dan Jasa 2010


Pada 11 November 2010, jam 930- 1200 th satu majlis telah dirancang untuk meraikan kejayaan serta mengenang sumbangan warga SMeK-G..
Majlis ini memberi penghargaan kepada para pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum serta berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam bidang akademik..tidak lupa juga kepada para guru yang menggerakkan segala usaha padu untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah..
Perasmi majlis ini adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali Bin Mohamad . Majlis dimulai dengan ucapan doa, persembahan multimedia koleksi program sekolah tahun ini, ucapan pengetua, ucapan perasmian oleh YDP PIBG.
Persembahan drama pendek oleh pelajar yang memenangi pertandingan drama Naib Johan Negeri Melaka selasa  lepas  mengisi slot persembahan pelajar.
Seterusnya penyampaian anugerah Pengetua, Anugerah Delima (Kurikulum) Anugerah Zamrud (Hal Ehwal Murid dan Anugerah Intan (kokurikulum ) disampaikan kepada pemenang tahun ini. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk semua guru dan pelajar di dewan serbaguna.