SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Tuesday, July 12, 2011

Aktiviti Awal Julai

Pelbagai akviti mewarnai persekolahan akhir Jun dan awal bulan Julai.

Pada 28 Jun 2011 telah diadakan majlis pelancaran minggu koperasi. Majlis berlangsung dengan begitu meriah dan gempak. Persembahan gamelan gabungan guru dan pelajar begitu menarik sekali dipertontonkan di hadapan warga dewan. Minggu koperasi telah berlangsung selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti menarik.

Pada 2 Julai pula ialah larian Satu Murid Satu Sukan yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Larian dimulai dengan tayangan secara langsung melalui eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah. Para guru dan pelajar bersemangat mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti sukan telah di adakan pada hari tersebut.

4 Julai 2011 pula merupakan majlis penutupan minggu Sains dan matematik. Pelajar yang menyertai dan memenangi pertandingan menerima hadiah masing-masing. Minggu sains dan matematik ini dijalankan serentak bersama minggu koperasi.

manakala dari unit PSS pula, bulan Julai merupakan sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan majlis penyerahan tugas watikah Badan Pengawas sesi 2010/2011 kepada Badan Pengawas sesi 2011/2012.

Semoga dengan pelbagai aktiviti yan g dirancang oleh guru dan pihak sekolah dapat menarik dan mengalakkan pelajar aktif melibatkan diri dengan setiap aktiviti. Penglibatan pelajar ini sesungguhnya sangat memberi makna kepada sekolah sebagai tanda sayang pelajar terhadap sekolah.

Exco Pengawas 2011/2012