Saturday, August 28, 2010
Majlis berbuka puasa Kelab guru
Thursday, August 26, 2010
Semarakkan semangat merdeka..
Sepanjang minggu ini pelajar sekolah begitu teruja dengan sambutan kemerdekaan. Pelajar-pelajar memanfaatkan masa lapang ketika waktu rehat dan sanggup berkampung di sekolah pada sebelah petang untuk menyiapkan banner kelas masing-masing. Setiap ahli kelas menunjukkan komitmen untuk menyiapkan kain rentang. Walaupun semua kain rentang masih dalam proses, hasil tinjauan yang dibuat rata-rata mempamerkan kreativiti tersendiri untuk menunjukkan semangat menyambut kemerdekaan.Telatah pelajar yang berusaha menyembunyikan hasil masing-masing dari kelas lain juga mencuit hati. Selamat meneruskan usaha ye para pelajar.. |
Monday, August 23, 2010
Selamat Datang
Selamat datang diucapkan kepada guru dan staff sokongan yang mulai berkhidmat di SMK Kampung Gelam pada 23 ogos 2010. Semoga kehadiran tuan membantu dan memeriahkan lagi suasana di sini.Mereka adalah
- Cikgu Azizan Bin Jaafar DG44 guru Bahasa Melayu
Bertukar dari SMK Dato Haji Talib Karim,Melaka
- Puan Jemaah Binti Md Zin
Pembantu Makmal C17 bertukar dari SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)