SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, October 16, 2015

Ceramah Khas Sempena Maal Hijrah 1437H

Ceramah Khas Sempena Maal Hijrah diadakan pada 3 Muharram 1437H jam 8.00 - 9.00pagi di Surau SMK Kampung Gelam.
Bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" disampaikan oleh Ustaz Murad bin Ahmat, Imam Masjid Cina Negeri Melaka.





Tuesday, August 18, 2015

Program Bicara Tokoh

Program Bicara Tokoh
Tarikh : 18 Ogos 2015
Tetamu : Y. Bhg. Datuk Hajjah Nor Adibah Binti Abdullah; 
Tokoh Guru JAIM 2015,
Pengerusi Sekolah Harapan, Jasin









Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2015.
Tarikh : 17 Ogos 2015
Perasmi :- Yg Bhg Datuk Dr Hj Aziz bin Ujang,
Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia.



Program Bakti Bersemi 2015

Program "Bakti Bersemi" iaitu Program gotong-royong yang melibatkan guru-guru dan ibubapa merupakan sebahagian daripada aktiviti Sarana Ibubapa & Guru-guru. Program ini telah diadakan pada hari Sabtu 15hb Ogos 2015.








Monday, July 27, 2015

Perasmian Penutup Bulan Sains & Matematik

Majlis perasmian penutup minggu sains dan matematik telah dirasmikan oleh Yg Bhg En Abdul Halim bin Abdul Malek, PPD Melaka Tengah.




Tuesday, June 23, 2015

Jemputan Ke Majlis Jari Waris

Ibu Bapa/Penjaga
Murid SMK Kampung Gelam

Sukacita dimaklumkan Program Jari Waris (Perbincangan Prestasi Murid) antara guru kelas dengan ibu bapa/penjaga murid akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 26hb Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 10.00pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas


Jadual Bengkel PT3 Bulan Ramadhan




Tuesday, June 16, 2015

Jadual Bengkel SPM Bulan Ramadhan 2015



Wednesday, May 27, 2015

Kejohanan Sukan Balapan & Padang Kali Ke-6 SMK Kampung Gelam Tahun 2015

Kejohanan Sukan Balapan & Padang Kali Ke-6 SMK Kampung Gelam telah berlangsung dengan jayanya pada 21hb Mei 2015 yang lalu.
Tahniah kepada Rumah Sukan Satria kerana berjaya mengekalkan kejuaraan seperti sebelum ini. Berikut adalah keputusan rasmi pungutan mata bagi semua acara yang dipertandingkan.
Johan         : Satria (312 mata)
Naib Johan : Wira (254 mata)
Ketiga         : Perdana (214 mata)
Keempat     : Waja (159 mata)

Untuk melihat keseluruhan gambar semasa sukan saringan, klik pautan berikut :

Untuk melihat keseluruhan gambar semasa hari sukan berlangsung, klik pautan berikut :

https://plus.google.com/u/0/photos/102480043125431148231/albums/6153381641381601969


atau klik pada menu "Lensa SMeK-G"


















Friday, May 22, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Program Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015 telah berlangsung pada 18hb Mei 2015 bertempat di Dewan Utama, SMK Kampung Gelam. Pelbagai program telah dirangka oleh Kelab Staff & Kebajikan SMK Kampung Gelam dengan dibantu oleh barisan kepimpinan Pengawas Sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua warga SMeK-G yang telah menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini,

Di sini diperturunkan sajak Guru Oh Guru yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Almarhum Dato' Usman Awang.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



Hari Koperasi SMK Kampung Gelam 2015

Sambutan Hari Koperasi SMK Kampung Gelam yang telah diadakan pada 13hb April 2015 bertempat di Dewan Utama SMK Kampung Gelam. Majlis disempurnakan oleh tetamu jemputan iaitu Tn. Hj. Abdul Halim bin Maidin, Setiausaha Angkasa Negeri Melaka.


Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

SELAMAT MAJU JAYA!

Wednesday, April 29, 2015

Pelancaran Hari Antidadah Peringkat Negeri 2015

Majlis telah diadakan pada 28hb April 2015, jam 9.00pagi bertempat di Dewan Utama SMK Kampung Gelam. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin.

Friday, April 24, 2015

Tempat Ke3 Kejohanan Bola Jaring Kawasan Tanjong 2015

Tahniah Pasukan Bola Jaring B18 SMeK-G mendapat tempat Ke3 dalam Kejohanan Bola Jaring Kawasan Tanjong 2015 yang berlangsung pada 22 & 23hb April 2015