Blog Archive

Friday, May 22, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Program Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015 telah berlangsung pada 18hb Mei 2015 bertempat di Dewan Utama, SMK Kampung Gelam. Pelbagai program telah dirangka oleh Kelab Staff & Kebajikan SMK Kampung Gelam dengan dibantu oleh barisan kepimpinan Pengawas Sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua warga SMeK-G yang telah menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini,

Di sini diperturunkan sajak Guru Oh Guru yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Almarhum Dato' Usman Awang.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



0 comments: