SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, April 7, 2012

Syabas Herza Farina

HERZA FARINA BINTI RAMLAN (2 ALB) telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan melukis kategori Menengah Rendah peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012 di MITC pada jumaat 6 April. Hadiah berupa wang tunai RM 100.00 dan sebuah hamper. 
Diharapkan kejayaan keluarga seni guru  ini akan juga memberi dorongan untuk  kejayaan pelajar lain dan juga  memberi pencapaian terbaik untuk Negeri Melaka di peringkat Kebangsaan pula.Tahniah dan Syabas dari warga SMeK-G...

Friday, April 6, 2012

Perkhemahan Kadet koreksional 2012


Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 telah diadakan pada 2 April hingga 5 April 2012 di Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka. Perkhemahan kali ini merupakan anjuran bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dan SMK Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. 

Tahun ini merupakan tahun pertama SMK Kampung Gelam menghantar kontinjen. Walaupun tidak berjaya  mendapat tempat pertama, namun begitu kontinjen SMK Kampung Gelam mampu memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain. 

Ini kerana dalam beberapa pertandingan yang diadakan, kontinjen SMK Kampung Gelam telah berjaya mendapat tempat kedua. Antara pertandingan tersebut adalah:

Kategori SENTAP - Seni Tangkas Penjara Lelaki dan Perempuan.
Kawad Kaki Perempuan - Farah Nasuha bt Razin
Merentas Desa Lelaki

Antara lain, kawad kaki lelaki mendapat tempat ke-3 iaitu oleh Mohd Fadzil Sufi b. Bachik dan kawad kaki berpasukan mendapat tempat ke-4.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta perkhemahan ini kerana memberi komitmen yang baik sepanjang 4 hari perkhemahan. 

Pertandingan Akhir Multimedia OpenOffice.org 2012

Tahniah kpd pelajar yg mewakili sekolah dlm Pertandingan Open Office Impress Presentation iaitu Ahmad Sufian Ismail dan Muhammad Zulhelmi Othman kerana mendapat tempat ke 3 dan ke 4 pada pertandingan akhir yang berlangsung di MITC pagi tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!

Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan pertandingan akhir multimedia berasaskan OpenOffice.org / LibreOffice sempena Karnival Pendidikan Melaka 2012. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar bermula pukul 10 pagi bertempat di MITC, Melaka pada 5 April 2012 (Khamis). Seramai 20 orang pelajar yang layak ke pertandingan akhir mewakili sekolah menengah atas dan rendah negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan perisian yang dibangunkan melalui sumber terbuka atau open source kepada pelajar-pelajar. Sepanjang pertandingan tersebut pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu persembahan dengan menggunakan aplikasi Impress. Hasil persembahan yang disediakan akan diadili oleh dua orang juri yang dilantik khas dari Universiti Multimedia.  
 

Thursday, April 5, 2012

Tahniah peserta MTQ 2012

Syabas dan tahniah untuk wakil sekolah dan guru pembimbingnya dalam MTQ yang memenangi Johan dan Naib Johan acara hafazan dan syarahan 

Tuesday, April 3, 2012

Pelantikan Pengawas sekolah 2012

Tarikh : 29 Mac 2012
Disempurnakan oleh
PP MOHD ROTHMAN BIN BUJANG
Komandan Institut Koreksional Malaysia