Blog Archive

Friday, April 6, 2012

Perkhemahan Kadet koreksional 2012


Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 telah diadakan pada 2 April hingga 5 April 2012 di Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka. Perkhemahan kali ini merupakan anjuran bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dan SMK Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. 

Tahun ini merupakan tahun pertama SMK Kampung Gelam menghantar kontinjen. Walaupun tidak berjaya  mendapat tempat pertama, namun begitu kontinjen SMK Kampung Gelam mampu memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain. 

Ini kerana dalam beberapa pertandingan yang diadakan, kontinjen SMK Kampung Gelam telah berjaya mendapat tempat kedua. Antara pertandingan tersebut adalah:

Kategori SENTAP - Seni Tangkas Penjara Lelaki dan Perempuan.
Kawad Kaki Perempuan - Farah Nasuha bt Razin
Merentas Desa Lelaki

Antara lain, kawad kaki lelaki mendapat tempat ke-3 iaitu oleh Mohd Fadzil Sufi b. Bachik dan kawad kaki berpasukan mendapat tempat ke-4.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta perkhemahan ini kerana memberi komitmen yang baik sepanjang 4 hari perkhemahan. 

0 comments: