SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, January 1, 2011

Hari Pendaftaran Pelajar Baru T1 tahun 2011





Majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 telah dijalanjan di dewan dan bilik kelas bermula 8 pagi Jumaat. Walaupun hari ini adalah cuti umum kerana meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Pila Suzuki guru dan pelajar begitu bersemangat hadir menjalankan tugas masing-masing.
Program di dewan adalah seperti berikut
  • nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya
  • bacaan doa oleh Ustaz Halim
  • Ucapan YDP PIBG
  • pengenalan sekolah melalui tayangan video
  • ucapan pengetua
  • pembacaan ikrar pelajar baru
  • pendaftaran di kelas
  • jamuan ibubapa dan pelajar
  • pembelian buku dan kelengkapan sekolah di koperasi sekolah 
Selamat datang kepada semua pelajar baru dan semoga kumpulan ini akan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang satu hari nanti.

Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat Guru sesi 2011



Semua guru hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada pagi ini bermula jam 0830 pagi. Pengisian mesyurat hari ini adalah untuk menjelaskan peranan dan pembahagian tugas setiap bidang pengurusan sekolah, kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada cikgu Basri Bin Jamaluddin yang dikurnikan anak lelaki pada jam 3 pagi hari Khamis 30 Dis..Begitu juga tahniah kepada Pn Roslinda pembantu pengurusan murid yang juga dikurniakan anak lelaki pada 28 Dis .
Semasa baru memulakan mesyuarat guru pagi ini , satu lagi khabar gembira diterima iaitu Pn Samimi  juga selamat melahirkan anak lelaki pada jam 8 pagi ini. Tahniah dan semoga Pn Samimi cepat sembuh kerana anugerah cahayamata kedua keluarganya .