Blog Archive

Saturday, April 2, 2011

Pertukaran dan Kenaikan PAngkat


Pada hari Jumaat di adakan majlis perpisahan untuk PK Pentadbiran En Abdull Aziz bin Nahar yang bertukar ke Jabatan Pelajaran Melaka sebagai Ketua Unit Sekolah Menengah .Majlis bermula dengan bacaan yassin, ucapan ketua pelajar, pengerusi kelab staff , ucapan pengetua dan ucapan En Aziz. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kenangan dari kumpulan pelajar dan mengiringi En Aziz ke pintu pagar sekolah .

Bertempat di Klebang Beach Resort pada jam 3 petang kelab staff meraikan En Aziz dengan jamuan High Tea.Dimajlis yang sama Tn Pengetua mengumumkan kenaikan pangkat Tn Hj Samsudin Abdullah PK HEM sebagai PK Pentadbiran yang baru, juga PK Koku En Ramlan Hasan sebagai PK Hem yang baru bermula 1 April 2011 selepas mereka berdua menerima surat rasmi dari Pegarah Jabatan Pelajaran Melaka .
Tahniah dan syabas untuk semua  yang menjayakan kedua majlis pada hari ini.Semoga SMeK-G terus cemerlang .

0 comments: