Blog Archive

Sunday, April 3, 2011

Mighty MInds Challenge

Pada 2 April 2011 yang lepas, 3 orang pelajar tingkatan 2 Al-biruni telah mewakili sekolah untuk pertandingan RHB & The Star : mighty Minds challenge bertempat di Dataran Pahlawan. Pertandingan in terbahagi kepada 2 bahagian iaitu menengah rendah dan menengah atas. Sekolah kita hanya menghantar wakil menengah rendah.

 Mengenai keputusan pertandingan, walaupun sekolah kita tidak berjaya menempatkan diri dalam 15 pasukan terbaik, tetapi mereka berjaya berada dalam kelompok top 20. Hal ini menyebabkan wakil sekolah kita tidak dapat meneruskan pertandingan kerana hanya top 15 sahaja yang dipilih ke peringkat yang kedua. Namun usaha dan komitmen yang diberikan oleh wakil sekolah amat membanggakan.

tahniah kepada wakil sekolah kita, iaitu
1. Mohd Nabir
2. Siti Khairiyah
3. Nurliyana


0 comments: