SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Thursday, October 1, 2009

Penempatan guru


En Ab.Rashid Md Yasin dari SMK Malim guru Pendidikan Seni Visual ditempatkan ke sekolah ini bermula 28 Sept 2009. Beliau juga adalah guru yang bergiat aktif dalam pembangunan sukan kriket dan ragbi. Kehadiran beliau dalam keluarga SMK KG Gelam diharapkan akan memberi ruang dan peluang untuk pelajar sekolah ini turut serta terlibat dalam permainan ini disamping meningkatkan pencapaian subjek ini dalam PMR dan SPM.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sekolah akan bercuti mulai esok 18 Sept sempena sambutan Aidilfitri.Sebelum sekolah bersurai hari ini pengurusan sekolah menganjurkan program menjelang hari raya di dewan sekolah .Program ini dimulai dengan tadarus AlQuran bagi seramai 15 pelajar yang memperdengarkan bacaan di pentas dewan.Diikuti dengan sumbangan ikhlas dari pungutan kalangan guru dan staff sokongan untuk anak yatim dan miskin sekolah dan saguhati kepada pelajar yang bertadarus AlQuran sempena bulan Ramadhan .
Wakil pelajar dan guru menyampaikan ucapan selamat hari raya sebelum ucapan pengetua.Semua pelajar bersalaman dan bermaafan dengan guru sebelum sekolah untuk bercuti selama 10 hari.

Tuesday, September 15, 2009

ceramah agama


Semua pelajar dan guru menghadiri program ceramah agama sempena kedatangan Ramadhan dan menjelang Hari raya di surau sekolah pada jam 1215 th .. Penceramah jemputan dari Kem Terendak Melaka Tn Hj Karim yang memberikan ceramah meliputi manafaat berpuasa dan cara yang betul untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri .Pelajar juga diuji dengan kuiz ringkas tentang isi ceramah . Program berakhir selepas solat berjemaah dan salawat nabi dan bersalaman antara guru dan murid.

Monday, September 14, 2009

Barisan Guru-guru sekolah

Friday, September 11, 2009

Perlantikan pengawas




Perhimpunan pagi ini mengesahkan perlantikan pengawas sekolah disamping pembacaan teks ucapan sambutan kemerdekaan negara ke 52.Teks DYMMSPB Yang diPertuan Agung dibacakan oleh PK1 dan teks Menteri Pelajaran dibacakan leh PK Hem

Monday, September 7, 2009

Anugerah Panitia


Semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi ini , pelajar-pelajar yang mencapai keputusan terbaik bagi setiap panitia dalam ujian bulan ogos untuk semua tingkatan diberi penghargaan. Guru-guru panitia bekerjasama menyumbang dan menyediakan hadiah untuk semua pelajar yang berjaya dalam subjek dan kedudukan pertama dalam tingkatan masing-masing.Hadiah disampaikan oleh PK HEm,PK1 dan Pengetua.Diharapkan penghargaan yang sebegini akan memberi lebih dorongan dan meninggikan semangat persaingan dikalangan pelajar untuk mengikuti pelajaran mereka setiap hari.Sementara itu kelas 1ALK menerima hadiah kerana terbaik keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan negara.

Kemudahan makmal sains



Bermulanya pembukaan sekolah untuk sesi semester akhir , makmal sekolah mula digunakan oleh guru dan pelajar selepas sebahagian besar peralatan dan perlengkapan diterima 0leh sekolah .Gambar menunjukkan pelajar tingkatan 4ALB membuat ujikaji bersama guru dalam kelas sains mereka .

Wednesday, September 2, 2009

Perlengkapan peralatan sekolah

Sekolah menerima perlengkapan peralatan sukan dan permainan dari kontraktor JPM hari ini .Semua peralatan ini ditempatkan di stor peralatan sukan. Sementara itu dewan sekolah juga dilengkapkan dengan penghantaran 300 meja peperiksaan dan 2 buah rostrum.Diharapkan semua peralatan dan perlengkapan ini akan melicinkan lagi aktiviti dan perancangan sekolah .

Pada jam 230 petang GPK HEM mengadakan mesyuarat unit HEM kali pertama di bilik multimedia dengan kehadiran semua guru . Mesyuarat memfokuskan kepada permunian peraturan sekolah , disiplin dan penyelarasan pengurusan kelas-kelas.

Friday, August 28, 2009

Merdeka.....

Friday, August 21, 2009

Cuti pertengahan semester 2


Sebelum pelajar dan guru bercuti sekolah pertengahan semester kedua warga sekolah menyertai program pembacaan yasin dan diikuti solat hajat menjauhi wabak H1N1 di surau sekolah dipimpin Ustaz Sabri.
Sebelum bersurai semua pelajar bekerjasama membersihkan persekitaran blok akademik, mengemaskan bilik dan menerima pembayaran dividen koperasi sekolah asal mereka.
Guru Penolong Kanan HEM kita Haji Samsudin Abdullah juga memperkenalkan diri kepada pelajar dan mula bertugas hari ini .
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bercuti dan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bermula hari Sabtu ini.

Wednesday, August 19, 2009

Mesyuarat permulaan penubuhan koperasi


Petang ini sekolah mengadakan mesyuarat permulaan penubuhan koperasi SMK Kg Gelam Berhad dengan kehadiran semua guru dan pelajar. Majlis ini juga disertai oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Melaka iaitu Puan Rabiah Al-Adawiyah binti Mohamad yang memantau perjalanan mesyuarat koperasi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua dan antara agendanya adalah mendapatkan kelulusan penubuhan koperasi , undang-undang kecil , pemilihan Lembaga Pengarah dan ucapan pengenalan koperasi oleh Pn Adawiyah. Sebelum bersurai semua pelajar dibekalkan minuman dan makanan .Mesyuarat ditamatkan pada jam 330 petang dengan jamuan guru di kantin sekolah.Semoga koperasi sekolah ini akan cemerlang dalam pengurusan aktivitinya dan membawa manafaat untuk semua.

Tuesday, August 18, 2009

Mesyuarat guru kali 4

Bermula jam 230 ptg hingga jam 5 petang hari ini, semua guru menghadiri mesyuarat minggu akhir persekolahan sebelum bercuti seminggu .Antara agenda mesyuarat adalah membincangkan pengurusan pelaporan penilaian dan merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Semua ketua unit pengurusan sekolah dan ketua panitia melaporkan perkembangan unit masing-masing .Mesyuarat diakhiri dengan pengurusan aset dan kewangan oleh PK1.Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk melantik jawatankuasa kelab guru sekolah terdiri daripada pengerusi En Nazmi, naib pengerusi Cik Nurul Nadiah, S/u Cik Ungku Hairunnisa dan bendahari En Zaidi.

Penempatan staff dan Guru Baru


Sekolah menerima kemasukan dua orang staff baru iaitu seorang guru dan seorang pembantu makmal hari ini. Pn Azlinah binti Haron pembantu makmal gred CA 17 bertukar dari SMK Sultan Alauddin Masjid Tanah , Melaka. Sementara itu Cik Nurul Nadiah Binti Borhan yang telah tamat mengikuti program pelajar cemerlangnya ditempatkan sebagai guru sandaran siswazah terlatih (GSST) sebagai guru biologi ke sekolah ini dan akan mengajar subjek matematik dan sains . Tahniah dan selamat bertugas untuk mereka berdua .

Monday, August 17, 2009

PK Hem


Hari ini Encik Samsuddin bin Abdullah PK Kokurikulum dari SMK Tinggi Cina Melaka melapor diri sebagai Guru Penolong Kanan HEM sekolah kita mulai tarikh 17 Ogos 2009 secara hahiki DG 44.Beliau juga adalah guru subjek Bahasa Melayu dan Geografi .Warga SMK Kg Gelam mengucapkan tahniah dan syabas semoga kenaikan pangkat beliau ini akan memberi peluang yang luas untuk beliau meneruskan memberi sumbangan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baru .

Saturday, August 15, 2009

One Malaysia

One Malaysia

Friday, August 14, 2009

Koperasi sekolah


Koperasi sekolah akan mula membuat jualan pada semester akhir sekolah. Pada hari ini pembekal mula menghantar bekalan alatan tulis ke koperasi yang diuruskan oleh AJK penaja diketuai Ustaz Halim Maidin . Mesyuarat permulaan penubuhan koperasi akan dijalankan pada hari Rabu minggu hadapan di dewan sekolah.

Jemputan pusat penjara


Seramai 40 orang pelajar menjadi tetamu majlis penutupan dan penyampaian bengkung hitam kepada anngota dan pegawai penjara yang menamatkan kursus seni silat pencak di Pusat Kecemerlangan korectional di Tanjung kling Melaka . Penutupan di sempurnakan oleh Adun Tanjung Bidara .Mereka dijemput dengan bas jabatan penjara diiringi kaunselor En Zaidi.

Tuesday, August 11, 2009

Lampu Trafik Beroperasi




Bermula 12 malam tadi lampu trafik di hadapan sekolah mula beroperasi sepenuhnya. Kemudahan ini membolehkan aliran keluar masuk kenderaan ke kawasan sekolah berjalan dengan lancar dan memberi jaminan keselamatan kepada pelajar, ibubapa dan guru untuk pergi dan balik dari sekolah.

Ujian Bulan Ogos




Untuk pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini mengambil ujian bulanan pada 11 dan 12 ogos sejak pembukaan sekolah ini pada 15 Jun lepas. Semua pelajar dinilai untuk subjek yang diajar selama 2 bulan persekolahan sebelum bercuti pertengahan semster pada.

Monday, August 10, 2009

Patriotik

Perhimpunan sekolah minggu menyaksikan persembahan kumpulan pelajar menyampaikan koir lagu-lagu patriotik.
Semasa kegiatan kokurikulum pelajar juga turut mengambil peluang untuk mendeklamasikan sajak, nyanyian dan pidato umum tentang kemerdekaan .


Unit kaunseling juga telah mengadakan ceramah mengenai kepentingan hidup berperaturan dengan menjemput penceramah dari Jabatan Pendidikan Pemulihan Penjara Malaysia dengan menayangkan video dan gambar berkaitan hukuman dan keadaan di dalam penjara untuk semua pelajar dan guru .Diharapkan semua aktiviti dan sesi penerangan ini membantu kefahaman pelajar dan guru tentang jabatan Penjara Malaysia.

Saturday, August 8, 2009

Jaga Kebersihan Diri



Wednesday, August 5, 2009

Doa hindari H1N1

Monday, August 3, 2009

Tahniah

Tahniah untuk cikgu Pendidikan Islam kita Pn Norsyafinas Bt Yusof yang selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada hari Khamis 30 Julai 2009 yang merupakan anak sulung beliau .

Saturday, August 1, 2009

Latihan kepimpinan pengawas



Buat pertama kalinya satu kursus Asas Kepimpinan pengawas SMK Kampung Gelam dengan bertemakan PEMIMPIN CEMERLANG SEKOLAH TERBILANG telah diadakan pada 01 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seramai 22 orang pemimpin pelajar telah menghadiri kursus ini. Bertempat di bilik Pengawas SMK Kampung Gelam. Seramai 2 orang guru telah hadir untuk menjayakan program ini iaitu En Zaidi Bin Abu Hassan (Guru Kaunseling) dan En Mat Saad Bin Abd Rahman (Guru Disiplin/ Guru Pengawas).

Antara objektif kursus ini adalah

 Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran, peranan dan tangungjawab sebagai pemimpin pelajar di sekolah.

 Memupuk semangat persefahaman di antara pemimpin pelajar dengan menanamkan sifat kepimpinan, keberanian dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

 Meningkatkan kebolehan berkomunikasi bagi setiap pemimpin pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Antara pengisian Kursus Asas Kepimpinan Pengawas 2009 ialah
1. Taaruf dan pengenalan Diri
2. Siapakah Pemimpin Pelajar
3. Moto, Visi dan Misi
4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) “Mengusung Permata”
5. Latihan Pengacaraan Perhimpunan Rasmi Sekolah
6. Cabaran dan Masalah yang dihadapi oleh pengawas

Thursday, July 30, 2009

kursus guru KH bukan option sek rendah


Selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Julai seramai 70 orang guru dari sekolah rendah seluruh negeri Melaka mengikuti kursus profesionalisme guru-guru bukan opsyen kemahiramn hidup dibengkel KH sekolah . Semua pesrta mengikuti kursus dengan dimulai taklimat penyelaras kurus diikuti amali penghasilan bahan pengajaran dan diakhiri dengan penyampaian sijil.

Monday, July 27, 2009

LADAP 09

Pada hari sabtu 25 julai 2009 semua guru menghadirkan diri untuk mengikuti Latihan dalam perkhidmatan yang diadakan di bilik mesyuarat utama.pengisian latihan adalah

0800-0900 taklimat pengetua
0900-1000 pengurusan cuti
1000-1030 kudapan
1030-1130 pengurusan perubatan pegawai
1130-1 th pengenalan pengurusan kewangan sekolah

Semua guru dibekalkan bahan ceramah dan diharapkan dapat membantu mereka dalam urusan berkaitan dengan bidang perkhidmatan masing-masing .Pemantauan Ladap dilakukan oleh wakil PPD Melaka Tengah En Hasbi.Guru dan pekerja juga kemudian menghadiri jemputan meraikan perkahwinan anak penguasaha kantin Pn Maimunah di rumahnya di Kg Gelam.

Wednesday, July 22, 2009

Longest Solar Eclipse




A total solar eclipse is seen in Varanasi, India, Wednesday, July 22, 2009. The longest solar eclipse of the 21st century pitched a swath of Asia from India to China into near darkness Wednesday as millions gathered to watch the phenomenon

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat sektor pengurusan sekolah


Dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah jabatan Pelajaran Melaka Tn Hj Ashaari , semua unit dibawah sektor ini menghadiri mesyuarat pengurusan di bilik mesyuarat utama bermula 0800 pagi hingga jam 2 30 petang. Kehadiran semua penyelia dan ketua unit seramai 30 orang membincangkan banyak perkara berkaitan bidang sektor dan unit JPM .Sebelum bersurai semua pegawai dijamu dengan makan tengahari di sekolah.


Di majlis yang sama juga majlis penyerahan tugas Ketua Unit Sekolah Rendah dijalankan antara mantan Ketua Unit En. Abdull Aziz bin Nahar yang dilantik menjadi GPK Pentadbiran SMK Kampung Gelam dengan Ketua Unit yang baru Tn. Hj. Abd Ghani bin Abd Hamid.

Pembantu tadbir



Sekolah hari ini menerima kehadiran pegawai baru yang bertugas di pejabat sekolah untuk menguruskan hal berkaitan kewangan dan perjawatan.Beliau adalah Puan Masita Binti Suhaimi pembantu tadbir Gred N 17 yang berpindah dari SMK Seri Tanjung.Kehadiran Pn Masita akan membantu banyak urusan berkaitan staff sekolah dan urusan yang berkaitan.Selamat Bertugas kami ucapkan.

Sunday, July 12, 2009

lawatan Kerja


Adun Sungai Udang yang juga Pengerusi jawatankuasa Negeri Pelajaran , Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Dato Hj Yakkub bin Md Amin diiringi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Tn Hj Isa bin Hj Abu beserta pegawai hadir melakukan lawatan kerja ke sekolah pagi ini. Acara sambutan bermula dengan perhimpunan sekolah di dewan sekolah dan diikuti taklimat sekolah.


Ladap

Semua guru menghadiri latihan dalam perkhidmatan pada hari Sabtu 11 Julai 2009 bertempat di bilik mesyuarat utama bermula jam 8 pagi.
Pengisian latihan adalah penerangan tentang pengurusan kurikulum, pengurusan panitia matapelajaran dan pengurusansistem fail . Ceramah disampaikan oleh En Roszelan Majid .Sesi dialog dan perbincangan lanjut tentang aktiviti panitia dan perancangan sekolah juga turut diadakan .Semua aktiviti dan perbincangan tamat pada jam 1 tengah hari.

Wednesday, July 8, 2009

Sepakat membawa berkat





Unit kokurikulum dengan kerjasama unit kaunseling sekolah petang ini mengadakan siri latihan meperkukuhkan kesepekatan dan kekitaan antara pelajar dan guru semasa kegiatan kokurikulum di dewan sekolah .Semua pelajar menyertai 3 modul latihan bersama guru kauneling En Zaidi dengan bantuan semua guru yang lain. Antara aktivitinya adalah pembentukan model kumpulan, pembentukan bulatan dari akhbar dan bekerjasama membentukkan slogan sekolah . Semua pelajar dan guru menyertai aktiviti dengan penuh semangat dan ceria.

Wednesday, July 1, 2009

Mesyuarat badan pengawas kali 1

Badan pengawas sekolah yang baru ditubuhkan mengadakan mesyuarat kali pertama mereka di bilik pengawas dengan penyertaan guru penasihat En Mat Saat dan En Roszelan. Mesyuarat kali pertama ini membuat keputusan penting untuk pemilihan jawatankuasa tertinggi pengawas dan agihan tugas jawatankuasa .

Semoga barisan kepimpinan pelajar ini akan dapat membantu guru dalam semua tugasan di dalam dan di luar bilik darjah .Disamping itu pelajar muda ini dapat memperolehi peluang untuk berkhidmat kepada sekolah dan meningkatkan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar

Ketua Pengawas : Mohd Fitri B. Idris
Penolong ketua Pengawas : NoorSyahidah Bt Abu Bakar
Setiausaha : Nabiha Husnab Hamzah
Bendahari: Noor Azeera bt Nor Azmi
AJK : Abdul Muhaimin
Masuiza
Mohd Hazrin

Kegiatan persatuan beruniform


Petang ini pelajar mengikuti kegiatan persatuan beruniform dengan penyeliaan penyelaras unit beruniform Ustaz Sabri .Kegiatan di adakan di dewan sekolah untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan di dewan serbaguna .

Pelajar di ajar kaedah kawad statik seperti sedia,senang diri, rehatkan diri, pusing kiri , kanan dan belakang juga meluruskan barisan. Aktiviti berkawad diharapkan akan membentuk pelajar amalan patuh kepada arahan dan berdisiplin disamping memupuk semangat permuafakatan , bertolak ansur, bekerjasama dan berlatih menjadi pemimpin pada peringkatnya.

Monday, June 29, 2009

pengawas percubaan


Perhimpunan pagi ini sekolah mengumumkan seramai 25 pelajar dipilih untuk memegang jawatan pengawas percubaan sekolah .Mereka terdiri daripada 8 pelajar T1, 6 pelajar T2 dan 11 pelajar T4.Pengawas akan mula menjalankan tugas bermula hari ini dengan bimbingan En Mat Saat dan kaunselor En Zaidi .


Suasana di kantin semasa waktu rehat hari ini.