Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Sekitar Hari Kokurikulum 2011
Monday, July 25, 2011
Ucapan Tahniah
Sekolah mengucapkan tahniah kepada kakitangan dan guru sekolah yang di beri surat kenaikan pangkat dan anugerah oleh Jabatan Pelajaran Melaka
- Pn Ramlah Binti Baba ( GKMP Kemanusiaan ) kenaikan pangkat DG 44 ke DG 48(KUP) KUP bermula 1.4.2011
- Pn Norshida Binti Mohamat ( GKMP Tek & Vok) kenaikan pangkat DG41 ke DG44 (KUP) bermula 2.1.2011
- Pn Norfaeizah binti Khalid DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA pergerakan gaji tahunan 2011
- Pn Zalizah binti Abdul Jalal DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA pergerakan gaji tahunan 2011
- En Mohd Hairullah Bin Abdul Latip DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA pergerakan gaji tahunan 2011
- Pn Hazlizawati Bt Abdul Hamid DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA pergerakan gaji tahunan 2011
- En Abd Aziz Bin Nahar (Mantan PK1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
- Pn Rosamizana Bt Ismail DG41 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
- En Edee Yusof Bin Aman PAP Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
- Pn Nurul Asyikin Rahman DG 41 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ( Dari SMK Tun Mutahir)
Syabas dan tahniah semoga tuan/puan terus cemerlang dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Sunday, July 17, 2011
LDP Kelompok
Pada 16 Julai 2011 hari Sabtu SMK Infant Jesus Convent, SMK Klebang Besar dan SMK Kampung Gelam bergabung untuk mengadakan Latihan dalam perkhidmatan bertempat di dewan sekolah SMeK-G. Kehadiran pentadbir bersama hampir 200 guru amat menggalakkan.
Penceramnah jemputan adalah En Mohd Dawi Bin Ithnin Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Genting Highland yang juga Ketua Jabatan Kaunseling IAB.
- memartabatkan profesion keguruan dengan mempraktikkan budaya kerja cemerlang
- mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam amalan P&P
- merapatkan hubungan rakan sejawat
1. Budaya Kerja Cemerlang
2. Memartabat Profesion Keguruan Melalui Budaya Kerja Cemerlang
Program yang bermula jam 8 pagi itu tamat pada jam 130 ptg ....
Foto lain di pautan FB SMeK-G
Tuesday, July 12, 2011
Aktiviti Awal Julai
7/12/2011 10:07:00 AM
No comments
Pelbagai akviti mewarnai persekolahan akhir Jun dan awal bulan Julai. Pada 28 Jun 2011 telah diadakan majlis pelancaran minggu koperasi. Majlis berlangsung dengan begitu meriah dan gempak. Persembahan gamelan gabungan guru dan pelajar begitu menarik sekali dipertontonkan di hadapan warga dewan. Minggu koperasi telah berlangsung selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti menarik. Pada 2 Julai pula ialah larian Satu Murid Satu Sukan yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Larian dimulai dengan tayangan secara langsung melalui eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah. Para guru dan pelajar bersemangat mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti sukan telah di adakan pada hari tersebut. 4 Julai 2011 pula merupakan majlis penutupan minggu Sains dan matematik. Pelajar yang menyertai dan memenangi pertandingan menerima hadiah masing-masing. Minggu sains dan matematik ini dijalankan serentak bersama minggu koperasi. manakala dari unit PSS pula, bulan Julai merupakan sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan majlis penyerahan tugas watikah Badan Pengawas sesi 2010/2011 kepada Badan Pengawas sesi 2011/2012. Semoga dengan pelbagai aktiviti yan g dirancang oleh guru dan pihak sekolah dapat menarik dan mengalakkan pelajar aktif melibatkan diri dengan setiap aktiviti. Penglibatan pelajar ini sesungguhnya sangat memberi makna kepada sekolah sebagai tanda sayang pelajar terhadap sekolah. |
Thursday, June 23, 2011
Warna Warni sukan Tahunan..Satria Menang lagi..tahniah!
Petang ini, 23 Jun 2011 telah berlangsung sukan tahunan SMK Kampung Gelam dengan meriahnya.. Sukan tahunan kali kedua ini bertambah meriah dengan adanya acara balapan yang menyaksikan julung-julung kali padang sekolah digunakan.. Sukan tahunan kali ini membuktikan kekuatan rumah satria yang telah muncul juara untuk kali kedua berturut-turut..cabaran hebat untuk mengekalkan kedudukan ini untuk tahun hadapan.. manakala waja pula memenangi pertandingan gerbang bagi pertandingan rumah sukan..Wira juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi acara pembarisan.. Acara yang memukau warga sekolah adalah acara tarik tali yang menyaksikan final antara satria dan wira.. namun satria terpaksa mengalah kepada kekuatan ahli-ahli rumah wira... akhir kalam...Majulah sukan Untuk SMEK-G....Tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi.. |
Sunday, June 19, 2011
Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar
Bertempat di Hutan Rekreasi Sungai Udang, bermula pada 17 hingga 19 Jun 2011 telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK Kampung Gelam 2011. Program selama 3 hari yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Lembaga Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, SPBT, Koperasi dan PRS ini bermatlamat bagi mewujudkan barisan pemimpin pelajar yang dapat mengenal potensi diri dan tanggungjawab serta peranan masing-masing dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmonis demi mewujudkan budaya cemerlang dalam semua aspek. Peserta yang dihadiri seramai 80 orang pelajar ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas ICT, Pengawas BOSS, Koperasi dan PRS. Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan serta gambaran yang lebih jelas kepada para pemimpin pelajar tentang misi dan visi SMK Kampung Gelam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Nur Insani Konsultansi selaku fasilitator dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.
"KEPIMPINAN MEMBENTUK SAHSIAH UNGGUL"
Friday, May 27, 2011
Penyerahan Komputer 1malaysia
Pada hari Jumaat terakhir semester ini sekolah mengelolakan program penyerahan komputer 1 Malaysia untuk Dewan Undangan Pantai Kundur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Adun sendiri bertempat di dewan sekolah. Sementara itu semua ibubapa dan pelajar yang hadir telah dijamu dengan makan tengah hari dan berpeluang untuk mengunjungi gerai Telekom dan Celcom di dewan serbaguna. Seramai 82 pelajar SMeK-G menerima bantuan ini bersama 320 pelajar dari SMK Seri Tanjung.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat komputer 1malaysia untuk DUN Pantai Kundur yang telah diserahkan dalam satu majlis pada hari ini di dewan SMK. Kampung Gelam. Semoga pemberian komputer 1Malaysia itu dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan produktif dalam diri pelajar. Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan lancar. |
Monday, May 16, 2011
Sambutan Hari Guru 2011


Sambutan Hari Guru dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" telah disambut dengan meriah sekali pada 16 Mei 2011 di Dewan Utama SMeK-G. Majlis dimulakan pada jam 8.00 pg dengan perarakkan masuk guru-guru ke Dewan Utama dan dimulakan dengan acara rasmi iaitu doa, bacaan perutusan, nyanyian lagu tema dan nyayian lagu Kami Guru Malaysia.

Seterusnya adalah acara sukaneka yang berlangsung selama 1 jam. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara persembahan di dalam dewan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar dari ting 2 Al-Biruni, seloka dari tingkatan 3 A-Biruni dan 3 Al-Khawarizmi, silent drama, nyayian dan akhir sekali di tutup dengan meriahnya melalui persembahan gamelan yang memukau tumpuan audiens yang dimainkan oleh kumpulan Gema Ilusi pimpinan oleh Cikgu Norhisyam serta tarian 1Malaysia yang penuh warna-warni dari kumpulan Gemelai Tari. Semoga acara yang telah disusun oleh Kelab Staf dan Rekreasi SMeK-G dengan kerjasama Badan Pengawas ini dapat mengeratkan lagi kemesraan antara guru-guru dengan para pelajar.
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Peperiksaan Pertengahan Tahun
5/11/2011 02:13:00 PM
No comments
TINGKATAN 5
Selasa 10 Mei : Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2
Rabu 11 Mei : Matematik 1, Bahasa Inggeris 1,B. Inggeris 2
Khamis 12 Mei : Matematik 2, Pend Islam 1
Jumaat 13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1
Rabu 18 Mei : Fizik 2, Sains 2,Sains 1, Fizik 3, Pend Seni Visual 1
Khamis 19 Mei : Bio 1,Perd 1, Ekon 1,Bio 3,Bio 2,Perd 2, Ekon 2
Jumaat 20 Mei : Kimia 1,Kimia 3,Pend Seni Visual 2
Isnin 23 Mei : Add Mth 2,Akaun 2,ERT 2,Add Mth 1,Akaun1,ERT 1
Selasa 24 Mei :Kimia 2, Geografi 2, Fizik 1
Rabu 25 Mei : PSK , PJK
Khamis 26 Mei : Pen Islam 2,
Jumaat 27 Mei : Geografi 1
TINGKATAN 4
Khamis 12 Mei :BM 1,BM 2
Jumaat 13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1
Rabu 18 Mei : BI 2, Math 1 , BI 1
Khamis 19 Mei : Bio 2,Geog 2,Bio 3, Geog 1, Bio 1,ERT 1, seni visual 1
Jumaat 20 Mei : Sains 1, Kimia 1, Fizik 1, ERT 2, Ekonomi 2
Isnin 23 Mei : Mth 2, Fizik 3, Pen Islam 2
Selasa 24 Mei : Pen Islam 1, akaun 1 , Perd 1, Fizik 2
Rabu 25 Mei :Kimia 2,Sains 2, Add Mth 1, Perd 2
Khamis 26 Mei :akaun 2,Kimia 2, Ekon 1, PSK , PJK
Jumaat 27 Mei: Add Mth 2, Seni Visual 2,
Selasa 10 Mei : Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2
Rabu 11 Mei : Matematik 1, Bahasa Inggeris 1,B. Inggeris 2
Khamis 12 Mei : Matematik 2, Pend Islam 1
Jumaat 13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1
Rabu 18 Mei : Fizik 2, Sains 2,Sains 1, Fizik 3, Pend Seni Visual 1
Khamis 19 Mei : Bio 1,Perd 1, Ekon 1,Bio 3,Bio 2,Perd 2, Ekon 2
Jumaat 20 Mei : Kimia 1,Kimia 3,Pend Seni Visual 2
Isnin 23 Mei : Add Mth 2,Akaun 2,ERT 2,Add Mth 1,Akaun1,ERT 1
Selasa 24 Mei :Kimia 2, Geografi 2, Fizik 1
Rabu 25 Mei : PSK , PJK
Khamis 26 Mei : Pen Islam 2,
Jumaat 27 Mei : Geografi 1
TINGKATAN 4
Khamis 12 Mei :BM 1,BM 2
Jumaat 13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1
Rabu 18 Mei : BI 2, Math 1 , BI 1
Khamis 19 Mei : Bio 2,Geog 2,Bio 3, Geog 1, Bio 1,ERT 1, seni visual 1
Jumaat 20 Mei : Sains 1, Kimia 1, Fizik 1, ERT 2, Ekonomi 2
Isnin 23 Mei : Mth 2, Fizik 3, Pen Islam 2
Selasa 24 Mei : Pen Islam 1, akaun 1 , Perd 1, Fizik 2
Rabu 25 Mei :Kimia 2,Sains 2, Add Mth 1, Perd 2
Khamis 26 Mei :akaun 2,Kimia 2, Ekon 1, PSK , PJK
Jumaat 27 Mei: Add Mth 2, Seni Visual 2,
Saturday, April 30, 2011
Karnival ePPDA PPDMT
Penyertaan pelajar sekolah kita dalam pertandingan ePPDA peringkat PPD Melaka Tengah di Melaka Mall pagi tadi telah memberikan keputusan yag boleh dibanggakan. Peserta sekolah bertanding dalam 4 kategori dan pencapaian mereka adalah seperti berikut
Johan melukis Menengah Atas
Naib Johan melukis Menengah redah
Ketiga Puisi
Ketiga persembahan Multimedia
Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.
Johan melukis Menengah Atas
Naib Johan melukis Menengah redah
Ketiga Puisi
Ketiga persembahan Multimedia
Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.
LDP Lanscape
Pagi tadi semua guru mengahadiri kursus hiasan taman yang dikendalikan oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Guru dan pekerja juga berpeluang untuk mempraktikkan ilmu dalam bilik kuliah dengan menjalani praktikal menanam pokok hiasan sumbangan kolej komuniti di kawasan lapang blok pentadbiran..Terima kasih untuk sumbangan dan kerjasama guru menjayakan program hari ni...walaupun penat tapi semuanya seronok memberi sumbangan untuk sekolah.
Guru dan pekerja juga berpeluang untuk mempraktikkan ilmu dalam bilik kuliah dengan menjalani praktikal menanam pokok hiasan sumbangan kolej komuniti di kawasan lapang blok pentadbiran..Terima kasih untuk sumbangan dan kerjasama guru menjayakan program hari ni...walaupun penat tapi semuanya seronok memberi sumbangan untuk sekolah.
Wednesday, April 27, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Penutup Minggu e-PPDA
![]() |
Johan melukis menengah atas |
![]() |
Johan Melukis Menengah Rendah |
Friday, April 15, 2011
Penyampaian Cek Takaful Malaysia
Di Pejabat sekolah Pengetua menyampaikan cek kepada dua keluarga pelajar kita yang meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalanraya bagi pihak Syarikat Takaful Malaysia.
Tuesday, April 12, 2011
Sayembara Puisi dan Lagu
4/12/2011 07:03:00 PM
No comments
![]() |
Peserta SMeK-G sedang membuat persembahan |
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG KG Gelam Tn Hj Hashim Kalil yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Keputusan pertandingan adalah
- SMK Tun Mutahir
- SMK Malim
- SMK Munsyi Abdullah
Monday, April 11, 2011
Kursus Pemantapan Jati Diri Ting.5 dan Kursus Proses Teknik Buku
4/11/2011 11:42:00 AM
No comments
Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan kursus pemantapan jati diri untuk pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh pelajar kolej universiti islam Melaka. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menghadirkan diri untuk program berkenaan. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa hujung minggu bagi memastikan program ini berjalan lancar. Unit PSS turut mengadakan kursus proses teknik buku bagi memantapkan pengurusan perpustakaan sekolah. Terima kasih kepada pengawas perpustakaan yang menghadiri kursus. Semoga kursus ini banyak memberi manfaat dan info tambahan kepada pelajar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)