SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Herza Farina Ramlan

HERZA FARINA RAMLAN telah mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2012 yang telah diadakan pada 21 Mac 2012 dan akan mewakili daerah Melaka Tengah didalam pertandingan peringkat negeri Melaka semasa Program Karnival Pendidikan Negari Melaka di MITC nanti
HERZA FARINA mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bintang Melaka fm Bulan Februari yang diadakan di Muar Johor pada 3 Mac 2012

Sayembara Puisi & Lagu 2012

SMK Kampung Gelam menjadi penganjur untuk kali ke-2 Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah 2012. Program ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.


Tahniah kepada pasukan SMeK-G kerana mendapat tempat ke-3 & layak ke pertandingan akhir peringkat negeri di Karnival Pendidikan MITC nanti.

Monday, March 5, 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang 2012



Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka


Baru-baru ini 4 orang peserta perahu layar wakil sekolah menyertai Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka 2012 pada 29 Februari - 1 Mac 2012 & telah memenangi beberapa tempat iaitu :-

Bagi kategori perempuan LASER 4.7
Naib Johan - Fattin Nur Afiqah binti Ahmad Rizal

Bagi kategori lelaki LASER RADIAL
Johan - Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal
Naib Johan - Ahmad Nur Afnan Farhan bin Ahmad Rizal
Tempat Ke-4 - Muhd Amirul bin Ayob

Johan kategori lelaki laser radial, Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN!!!

Wednesday, February 29, 2012

Takwim Peperiksaan Awam dan Sekolah 2012


Monday, February 27, 2012

Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan 2012


Semua ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan yang dilantik pada majlis perhimpunan sekolah hari ini bergambar bersama pentadbir sekolah 

Tahniah pasukan Petanque

Tahniah kepada pasukan Petanque sekolah yang memenangi Tempat Ketiga Kejohanan Petanque sekolah-sekolah Negeri Melaka Tahun 2012 yang berlangsung pada 25 dan 26 Feb bertempat di stadium Petanque Seri Tanjung Melaka .Hadiah berupa Sijil, Medal dan wang tunai RM 480.00.

Wednesday, February 22, 2012

Keselamatan Jalan Raya

Lawatan kerja dan sesi perbincangan Pengetua dan PK HEM sekolah bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka En. Norazle Bin Sulaiman untuk menambah baik pengurusan keselamatan pelajar SMeK-G di pejabat sekolah pagi ini .
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan lampu isyarat , Kelab Keselamatan Jalan Raya, Warden lalulaintas sekolah dan perkongsian atau kerjasama yang boleh sekolah manafaatkan untuk pelajar.




Thursday, February 16, 2012

Anugerah Pembestarian Sekolah


Monday, February 13, 2012

Majlis Pelancaran NILAM 2012

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012
SMK KAMPUNG GELAM
DIRASMIKAN OLEH :
EN. ROSZELAN BIN MAJID
(PENGETUA SMK KAMPUNG GELAM)


NILAM adalah singkatan kepada - Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dikalangan warga sekolah.

3 elemen utama program NILAM
1. Rekod Membaca - setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan Pembacaan - guru kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan - pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Tahap Pencapaian Program NILAM :-
1. Tahap Jauhari
  • membina kemahiran dan minat membaca terbina satu tabiat di mana semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.
  • pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas.
2. Tahap Rakan Pembaca
Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
  • pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator)
  • pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran.

Friday, February 10, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul

Selamat menyambut Hari Keputeraan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) pada Ahad 5 Februari 2012.

Guru Ganti

Dua orang guru melaporkan diri sebagai guru ganti untuk Pn Samimi dan Pn Nik Zaliha yang cuti bersalin
Mereka adalah 

  • Pn Nisarita Suliana Mohd Nasri ( UMT)
  • Cik Nurul Hidayah Hidzir (UM)
Selamat datang dan semoga SMeK-G memberi pengalaman mengajar yang terbaik untuk cikgu berdua.

Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina


 Sekolah bercuti pada
 Isnin     23/1/2012 ( cuti am )
 Selasa  24/1/2012 ( cuti am )
 Rabu    25/1/2012 ( cuti peristiwa )

Pelajar meneruskan persekolahan semula pada Khamis 26 Jan 2012......


Monday, January 16, 2012

Penempatan guru baru

Selamat datang kepada tiga orang guru baru yang melapor diri pagi ini.Selamat bertugas dan menjadi keluarga SMeK-G

En Mohd Khairun Jamaludin (PTV KUITHO)
Cik Nur-Al-Ain Azlin Mohd Mansor (UPSI psikologi sukan )
Cik Tang Lih Thien (UMS Matematik Fizik)



Monday, January 9, 2012

Senarai Markah, TOV & Sasaran 2012

Makluman kepada semua ketua panitia mata pelajaran, anda diminta untuk memuat turun/download fail excel yang mengandungi "Senarai Markah, TOV dan Sasaran 2012" bagi tingkatan 5, 3 & 2. 

Segala kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun/download fail yang dikehendaki :-
1. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 2
2. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 3
3. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 5

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Friday, December 30, 2011

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2012 dengan jumlah 131 orang pelajar yang terdiri daripada 64 lelaki dan 67 perempuan. Majlis bermula pada jam 8.30pagi di Dewan Utama SMeK-G. Terima kasih kepada YDP PIBG, Ibubapa dan guru-guru yang turut hadir untuk menjayakan program tersebut. Jika terdapat sebarang masalah berhubung masalah murid tidak dapat mendaftar diminta Ibubapa/penjaga untuk hadir ke sekolah pada minggu hadapan & pihak sekolah sedia membantu.








Saturday, November 19, 2011

Cuti Persekolahan Akhir Tahun

Tuesday, November 15, 2011

lawatan Tuanku Mizan

Pelajar dan guru berbaris di kiri kanan jalan Pantai Puteri meraikan keberangkatan tiba DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada petang Jumaat 11 Nov 2011 .Tuanku Mizan telah juga merasmikan Hotel Puteri pada waktu itu 

Pemberian Bantuan Awal persekolahan


Sekolah menyerahkan duit sumbangan kerajaan sejumlah RM 100 seorang kepada pelajar atau ibubapa pelajar pada pagi tadi dari program Pemberian Bantuan Awal Persekolahn Tahun 2012. Diharapkan sumbangan ini akan mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak kepada ibubapa mereka.Seramai 20 orang pelajar 2ALB telah menerima bantuan ini dari YB ADUN Pantai Kundur di dewan Japerun Pantai Kundur pada petang Isnin 14 Nov 2011.

Drama ePPDA

Persembahan pelajar SMeK-G dalam pertandingan Drama berunsurkan pendidikan pencegahan dadah di dewan SK Tanjung Minyak pada  hari Isnin 14 Nov 2011.Kumpulan ini memenangi kategori set prop dan ilustrasi terbaik....Tahniah 

Saturday, October 29, 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada cikgu Muhamad Bin Sidek dan pasangannya Nurul Syuhada Binti Abd Razak yang melangsungkan majlis perkahwinannya pada 29 Okt 2011...Tahniah dari warga SMeK-G...

Monday, October 10, 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2011

TINGKATAN 4
Rabu (12 Okt) : BM1, BM2
Khamis (13 Okt): Math 1, sejarah 1, P.Islam 2, PJK
Jumaat ( 14 Okt) : BI 1, BI 2

Isnin (`17 Okt) : Math 2, Seni Visual 1, Fizik 1, Sains 1
Selasa ( 18 Okt) : sejarah 2, PSK, P.Islam 1
Rabu ( 19 Okt) : Fizik 2,Sains 2, Fizik 3
Khamis ( 20 Okt) : Add Mth 2, Add Mth 2
Jumaat ( 21 Okt) : P.Akauan 2, seni Visual 2,P.Akauan 1

Isnin (31 Okt) : Geog 2,Ekonomi 1,Kimia 1, Geog 1
Selasa (1 Nov) : Kimia 2, ERT 2,Kimia 3,Perdagangan 2, ERT 1
Rabu (2 Nov) : Biologi 2,Ekonomi 2,Biologi 1, Biologi 3
Khamis ( 3 Nov) : Perdagangan 1

TINGKATAN 1 dan 2
Isnin  (17 Okt) : BM1, BM2, Seni Visual 1,Geo
Selasa  ( 18 Okt) : BI 1, BI 2, sejarah, PJK
Rabu  (19 Okt) : Sains 1, Sains 2, KH, PSK
Khamis  (20  Okt) : Math1, Math 2, P.Islam
Jumaat ( 21 Okt) : Seni Visual 2,  

Thursday, October 6, 2011

Program Bulan Bahasa 2011

Antara aktiviti yang dirancang di sekolah sepanjang bulan Oktober
  1. teka silangkata
  2. mengeja BM 
  3. Spell It Right
  4. puisi
  5. majlis pelancaran
  6. kuiz bahasa
  7. cross world
  8. NIE program
  9. menyambung ayat spontan
  10. Guess The Lyric
  11. Change The Story
  12. Penulisan cantik
  13. Nilam 
  14. bacathon
  15. perasmian dan penutupan

Friday, September 23, 2011

Jadual PMR 2011

Selasa : 4 Oktober 2011
Bahasa Melayu Kertas 1( 8 pg)
Bahasa Melayu Kertas 2 (940 pg)
Pendidikan Islam (220 ptg)

Rabu :5 Oktober 2011
Bahasa Inggeris 1(8 pg)
Bahasa Inggeris 2(940 pg)
Geografi (220 ptg)

Khamis: 6 Oktober 2011
Science Kertas 1(8 pg)
Science Kertas 2 (1020 pg)
Sejarah 9 (220 ptg)

Isnin :10 Oktober 2011
Mathematics Kertas 19 (8 pg)
Mathematics Kertas 2 ( 1030 pg)
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal (210 ptg)
Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (210 ptg)

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Kemerdekaan Ke54

Pagi ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup 54Tahun Kemerdekaan dengan tema 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya bulan kemerdekaan ini. Antaranya seperti Pertandingan Kain Rentang "Ceria Merdeka", Pertandingan Buku Skrap, Replika Kemerdekaan, Keceriaan Kelas, Kuiz spontan dan pelbagai lagi. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti ini dapat menanam rasa cinta dan semangat patriotism dalam kalangan warga sekolah kepada Negara.

Friday, August 26, 2011

Khatam Al-Quran dan Sumbangan Raya 2011

Sebelum warga sekolah bercuti seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan , sekolah mengadakan beberapa acara sambutan diperingkat sekolah hari ini.
  • pembacaan yassin dan Tahlil sempena Bulan Kemerdekaan
  • Penyampaian insentif Raya untuk ALP Koperasi sekolah
  • Penyerahan slip peperiksaan percubaan PMR oleh Pengetua
  • Gotong royong  semua kelas
  • Program Khatam Al-Quran di dewan sekolah
  • Penyampaian sumbangan Hari Raya oleh YDP Pibg kepada pelajar anak yatim
  • sesi bermaafan dan mengucapkan selamat hari raya dikalangan guru dan pelajar 
Semoga semua program yang dijalankan ini akan terus meningkatkan rasa sayang menyayangi antara warga SMeK-G dan seterusnya bersama menjayakan matlamat pendidikan .


Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya

Foto Guru 2011

Guru tahun 2011
Unit Hal Ehwal Murid
Bidang Teknik dan Vokasional
Bidang Sains dan Matematik 

Bidang Kemanusiaan
Bidang Bahasa

Wednesday, August 3, 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan selaras PMR Melaka 2011

Peperiksan Percubaan PMR 2011 Dewan sekolah

Isnin 8 Ogos 2011       : BahasaMelayu 2 , Bahasa Melayu 1, Geografi
Selasa 9 Ogos 2011    ;Bahasa  Inggeris 1,  Bahasa  Inggeris 2
Rabu  10 Ogos 2011   ;Matematik 1,Matematik 2, KH (ERT , KT)
Khamis 11 Ogos 2011: Sejarah , Sains 1, Sains 2
Jumaat  12 Ogos 2011: Pendidikan Islam

Calon-calon peperiksaan sekolah SMeK-G akan menduduki peperiksaan ini di dewan sekolah.Selamat membuat persediaan dan maju jaya.
Koleksi Set  soalan PMR  di pautan ini   dan juga soalan dari akhbar harian

Friday, July 29, 2011

Syukur.... Ramadhan Kembali lagi


Thursday, July 28, 2011

Sekitar Hari Kokurikulum 2011

Pertunjukan silat tempor

Pemeriksaan perbarisan

Pertandingan Kawad Kaki
Perkhemahan Motivasi Kem Koreksional Penjara

Bengkel pengurusan jenazah

fixie basikal
pertandingan memasak
Pameran

Monday, July 25, 2011

Ucapan Tahniah

Sekolah mengucapkan tahniah kepada kakitangan dan guru sekolah yang di beri surat kenaikan pangkat dan anugerah oleh Jabatan Pelajaran Melaka
  1. Pn Ramlah Binti Baba ( GKMP Kemanusiaan ) kenaikan pangkat DG 44 ke DG  48(KUP) KUP bermula 1.4.2011
  2. Pn Norshida Binti Mohamat ( GKMP Tek & Vok) kenaikan pangkat DG41 ke DG44 (KUP) bermula  2.1.2011
  3. Pn Norfaeizah binti Khalid  DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA  pergerakan gaji tahunan 2011
  4. Pn Zalizah binti Abdul Jalal  DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA  pergerakan gaji tahunan 2011
  5. En Mohd Hairullah Bin Abdul Latip DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA  pergerakan gaji tahunan 2011
  6. Pn Hazlizawati Bt Abdul Hamid DG41 menerima ANJAKAN PERTAMA  pergerakan gaji tahunan 2011
  7. En Abd Aziz Bin Nahar (Mantan PK1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  8. Pn Rosamizana Bt Ismail DG41 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  9. En Edee Yusof Bin Aman PAP Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  10. Pn Nurul Asyikin Rahman DG 41 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ( Dari SMK Tun Mutahir)
Syabas dan tahniah semoga tuan/puan terus cemerlang dalam perkhidmatan awam Malaysia.