SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, February 19, 2010

Program kem bakat sukan kriket




Kelab sukan kriket sekolah dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia mengelolakan kem bakat sukan kriket pada 15 hingga 19 Feb 2010 di padang sekolah . Program ini bermatlamt untuk memberi pendedahan permainan ini kepada pelajar sekolah dan pelajar dari sekolah berhampiran disamping membimbing mereka ke arah sukan kriket prestasi tinggi di masa akan datang .Penyertaan seramai 56 pelajar dari SMK Kg Gelam dan sekolah jemputan berjaya mencapai tujuan penganjurannya.Terima kasih untuk YB Adun Pantai Kundur Datuk Hj Rahaman yang bersama menyokong pembangunan sukan ini di sekolah kita.

Pautan foto aktiviti ini

Saturday, February 13, 2010

aktiviti sekolah


Pada hari Isnin 8 Februari Jawankuasa Pusat Sumber Sekolah mengadakan program pelancaran Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) di dewan sekolah .Pelancaran dilakukan oleh Tn Pengetua dan semua pelajar disajikan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh guru penyelaras PSS Cikgu Norhafizah Hassan .

Semasa Cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baru Cina unit sukan sekolah mengadakan Kem Bakat kriket bagi pelajar sekolah SMK Kg Gelam dan jemputan pelajar sekolah berhampiran seperti SK Lereh dan SK Kg Gelam selama 4 hari.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina untuk Pn Lan Bao Ying dan En Goh Mun Hock juga pelajar yang menyambutnya serta selamat bercuti untuk guru dan pelajar yang lain sehingga 22 Feb nanti. Semasa hari jumaat 12 Feb En Goh telah berpeluang membacakan sejarah dan cara sambutan ini disambutan oleh kaum Tionghua untuk makluman semua peljar dan guru di dewan sekolah.

Tuesday, February 9, 2010

Merentas Desa Sekolah 2010


Program ini dijalankan pada petang Rabu 10 Feb 2010 melalui kampung gelam ,Kg Sri Tanjung dan Kg Bukit Darat

Keputusan
Rumah SATRIA ( 636 markah) Johan
Rumah WIRA ( 544 markah) Naib Johan
Rumah WAJA ( 440 markah) Ketiga
Rumah PERDANA ( 412 markah) Keempat

Foleksi foto aktiviti mrentas desa

Friday, February 5, 2010

Program Science On Wheels




koleksi foto program

Bermula jam 830 pagi persekitaran sekolah mula dikunjungi pelajar-pelajar dari sekolah jemputan seperti SMS Muzaffar Syah, SMK bukit Rambai, SMK Klebang Besar, SMK Seri Tanjung, SK Kg Gelam dan SK Lereh .Program ini disertai semua pelajar sekolah SMK Kg Gelam dan terbahagi kepada pameran , demontrasi dan ceramah .Selain itu terdapat juga jualan buku, aktiviti koperasi dan pendaftaran XPack oleh Celcom.

Wednesday, February 3, 2010

Penempatan GSTT

Tiga orang guru mendaftar sebagai GSTT di sekolah pada hari ini .
Mereka adalah


1. Mohd Qayyum Bin Rahman
Sarjana Muda Pembangunan Manusia
UPM

2. Mastura Bt Ibrahim
Sarjana Muda Komunikasi
UITM

3. Pn Normala Abdullah
Sarjana Muda Pembangunan Manusia
UPM

Friday, January 29, 2010

Kursus asas kepimpinan dan lagu sekolah


Pada Hari Isnin semasa perhimpunan sekolah semua guru dan pelajar buat pertama kalinya bersama-sama menyanyikan lagu sekolah yang diperdengarkan oleh kumpulan koir sekolah di bawah kepimpinan guru muzik En Hisham .
Kumpulan koir dan pentadbir sekolah bergambar bersama selepas tamat perhimpunan sekolah




Seramai 60 pemimpin pelajar sekolah mengikuti kursus asas kepimpinan pelajar bertempat di dewan sekolah pada hari Sabtu 30 Jan 2010 di bawah pengelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Antara pengisian program adalah
Ice breaking
Butakah Aku ?
Aku Pemimpin Cemerlang
Bengkel Pengacraan
SiButaku Sayang
Program bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari.

Thursday, January 28, 2010

Pameran dan ceramah Science On Wheels



5 FEB. 2010 JUMAAT
8.30 pg – 12.00 t’hari
Pameran Science On Wheels

9.00 pg-9.30 pg
Demonstrasi Sains (Fire Reaction)
oleh Pusat Sains Negara
Dewan Utama

9.30 pg-10.30pg
“Peranan Majlis Rekabentuk Malayisa dalam Pembangunan Kreativiti & Inovasi ”
Oleh En. Mazlan b. Markon
Dewan Utama

PAMERAN (Mobile Unit & Khemah)

PUSAT SAINS NEGARA
i. Pameran Interaktif
ii. Demonstrasi Sains

Bas pameran
JAB. METEOROLOGI
Kelengkapan bagi ramalan cuaca
Bas Pejabat Bergerak
LEMBAGA PERLESENAN TENAGAN ATOM
Keselamtaan Sinaran & Alat pengesan Sinaran
Pameran
(khemah)
MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA
Rekacipta & Inovasi
MIMOS
Pameran ICT
CETREE USM
Pameran Solar & Penjimatan Tenaga

Van Pameran
ASTRONOMI USM
Cerapan Matahari
Aktiviti Cerapan
CELCOM
Pertandingan Face Book
Aktiviti Broadband
Aktiviti Xpack
ICT

Koleksi foto program

Tuesday, January 26, 2010

Pegawai Perhubungan Polis Sekolah


Sekolah hari ini mengadakan pertemuan kali pertama dengan pegawai perhubungan polis apabila kedua mereka melawat sekolah kita.
Mereka adalah
1. Ins Ahmad Fahmi Bin Abd Aziz
Bahagian Siasatan Jenayah
IPD Melaka Tengah
2. Sarjan Major Abdul Rashid Bin Abdullah
Ketua Cawangan Kereta Peronda
IPD Melaka Tengah

Monday, January 25, 2010

Ujian dan peperiksaan 2010



Mari bersama menyertai group SMK KG GELAM sebagai satu peluang untuk membolehkan sekolah kita memenangi peraduan anjuran Celcom Malysia .

Saturday, January 23, 2010

Segak bertali Leher Baru


Pelajar mula memakai tali leher sekolah yang baru diperkenalkan hari ini.Pembelian boleh dibuat melalui koperasi sekolah

Thursday, January 21, 2010

Program solat hajat dan ceramah motivasi PIBG



PIBG sekolah menganjurkan program bersama unit bimbingan dan kaunseling serta urusetia program Rumahku Syurgaku pada

Tarikh : 21 januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 630 petang-1030 malam
Tempat : Dewan Utama SMK Kg Gelam
Kumpulan sasaran : Ibubapa dan murid T3,T4 dan T5


Program bermula dengan solat berjemaah fardhu maghrib diikuti solat hajat dan bacaan Yassin di surau sekolah. Selepas itu ceramah motivasi untuk murid dan ibubapa berlangsung di dewan sekolah .Majlis bersurai dengan jamuan makan malam pada jam 11 malam.

Ceramah 1:Refleksi Diri Kearah Kecemerlangan
Ustaz Mahadi Bin Abu Hassan
Pensyarah Kanan UTEM
Pengarah Bahagian pengajian Islam

Ceramah 2: Permata AyahBonda
Puan Norliah Bt Qudus
pensyarah Kanan UTEM

Terima kasih dan setinggi penghargaan untuk AJk PIBG dan semua guru dan ibubapa yang terlibat menjayakan program malam ini.

Koleksi foto program ada di pautan ini

Kegiatan Pelajar

Memperkenalkan tali leher rasmi sekolah yang boleh di dapati dari Koperasi Sekolah mulai minggu hadapan .



Pelajar 5ALB bergotong royong menyiapkan tapak untuk balingan lontar peluru dan lempar cakera

Pendaftaran unit beruniform di dewan sekolah



Pelajar berlatih sepak takraw di waktu petang untuk kegiatan rumah sukan.

Saturday, January 16, 2010

Mesyuarat Penubuhan PIBG



Bertempat di Dewan Utama sekolah hari ini Sabtu 16 Jan 2010 sekolah mengadakan mesyuarat agung penubuhan PIBG bermula jam 10 pagi. Perasmian dilakukan oleh ADUN Pantai Kundur Datuk Hj AB Rahaman bin Ab Karim .Pemilihan jawatankuasa dan penetapan bayaran tambahan sekolah dan sumbangan tahunan PIBG juga dilakukan.Tahniah ducapkan untuk kepimpinan pengurusan PIBG yang baru dilantik diketuai oleh Tn Hj Muhamad Ali bin Hj Muhammad.

Foto lain dalam Face Book sekolah.

Wednesday, January 13, 2010

Aktiviti Minggu kedua

Hari Isnin 3 - 5.15ptg:
Mesyuarat kurikulum untuk semua ketua panitia dan j/k indukkurikulum .
Perbincangan aktiviti tahunan melibatkan agihan tugas , pengurusann panitia, peperiksaan, Q net, latihan guru dan jadual waktu

Hari Selasa 3 - 5ptg:
Mesyuarat unit Hal Ehwal Murid untuk semua unit bawah bidang HEM.Pengurusan HEM, aktiviti tahunan, penyelarasan Sistem Maklumat Murid dan pendaftaran pelajar .

Hari Rabu 230 ptg:
Pendaftaran persatuan dan kelab di Dewan sekolah

Padang sekolah sedang dibuat penyelengaraan oleh kontraktor bagi memotong rumput, menabur baja dan meratakan tanah untuk keseluruhan padang.Adalah dijangkakan padang ini akan mula digunakan pada bulan hadapan untuk aktiviti sukan dan permainan pelajar.

Hari Khamis 3 ptg:
Mesyuarat pengurusan kokurikulum di bilik mesyuarat utama membincangkan perancangan 2010 dan agihan tugas .

Hari Sabtu 10 pagi:
Mesyuarat Agung penubuhan PIBG sekolah yang akan dirasmikan oleh ADUN Pantai Kundur di Dewan Utama sekolah.

Tuesday, January 5, 2010

Aktiviti Minggu Pertama persekolahan


Kunjungan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka Tn Hj Isa bin Hj Abu di hari pertama sessi persekolahan 2010 pada 4 Jan 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 dan 4 di dewan sekolah




Pada hari Rabu 6 Jan 2010 semua pelajar dan guru menghadiri pertemuan pertama rumah sukan dengan menubuhkan jawatankuasa rumah dan membuat pendaftaran .

Foto lain click di sini

Thursday, December 31, 2009

Penempatan Baru Guru 2010

Seramai sembilan orang guru baru ditempatkan atas keperluan perkhidmatan di SMK Kg Gelam bila bermula sesi baru persekolahan 2010 .Mereka adalah

1 Pn Lan Bao Ying
Sains rumahtangga

2. En Nicholas Roy Shanker Balraj
Biology/Matematik

3. Pn Zalizah Abdul Jalil
Perakaunan

4. Pn Norshida Mohamat
Kemahiran Hidup/ ERT

5. En Mohd Hairullah Abdul Talip
Pengurusan Perniagaan/Ekonomi

6.En Goh Mun Hock
Sains/Math

7. Pn Rosnah Husin
perakaunan/Perdagangan

8. Pn Noraini Mat Nor
Kimia/Fizik

9. Cik Norsiah Bachik
Bahasa Inggeris

10. Pn Nik Zaleha Bt Ismail
Biologi/Kimia

Selamat datang dan selamat bertugas di SMK Kg Gelam semoga tuan/puan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang demi pendidikan dan masa depan anak didik Malaysia.

Wednesday, December 30, 2009

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 sessi 2010


Semua warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1 yang mendaftar di sekolah kita pada hari Khamis 31 Dis bersama ibubapa masing-masing di dewan sekolah .Semua pelajar ini akan menjalani minggu suaikenal bermula minggu hadapan.

Foto sekitar hari pendaftaran Tingkatan 1

Mesyuarat Guru persediaan 2010


Hari ini 31 Dis semua guru menghadiri mesyuarat untuk persediaan sesi persekolahan yang akan bermula pada 5 jan 2010 bermula jam 9 pagi di bilik mesyuarat utama. Mesyuarat dimulai dengan bersama menghayati perutusan Pengarah Pelajaran Melaka diteruskan dengan pembentangan tugasan pentadbiran , kurikulum, HEM dan kokurikulum oleh pengetua dan penolong kanan .Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 petang dengan jamuan makan tengah hari.

Saturday, December 19, 2009

Maal Hijrah

Thursday, December 17, 2009

AJK Penaja PIBG



Pada hari Selasa 15 Disember jawatankuasa Penaja PIBG sekolah mengadakan mesyuarat penubuhan kali pertama di bilik mesyuarat utama .
Ajk Penaja yang dipilih adalah

Pengerusi penaja : Tn Hj Mohammad Ali Bin Hj Mohamad
Naib pengerusi penaja: Tn Hj Ismail Bin Hashim
Setiusaha : Pn Rosamizana Bt Ismail
Bendahari : Pn Samimi Bt Abdul Rahman

AJK Guru
En Abdull Aziz Bin Nahar
Tn Hj Samsudin Bin Abdullah
En Ramlan Bin Hassan
Pn Ramlah Bt Baba
En Mat Saat b. Abd Rahman

AJk Ibubapa
Tn Hj Abdul Aziz B. Dolmat
Tn Hj abdul Kahar b. Abas
Pn Norpah Bt Salihin
En Mohamad b. Osman

Mesyuarat juga bersepakat untuk mengadakan mesyuarat agung penubuhan PIBG SMK Kg Gelam pada hari Sabtu 9 Jan 2010 jam 9 pagi di dewan utama sekolah.