Friday, April 2, 2010
Kursus Kepimpinan Pelajar
4/02/2010 10:38:00 AM
No comments
Bermula 2 April hingga 4 April unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG dan sumbangan dari YB datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu sekolah mengadakan kursus kepimpinan untuk 101 orang pemimpin pelajar
Pada pagi Sabtu 3 April pelajar , guru dan pekerja menjalankan program gotong royong peringkat sekolah .Tumpuan kawasan adalah persekitaran blok akademik, keceriaan bilik darjah, surau dewan, longkang dan penandaan padang bolasepak. semua peserta juga memanaskan badan dengan aktiviti senamrobik sebelum acara gotong royong bermula.Sebelum bersurai semua murid disediakan minum pagi bersama guru-guru yang lain.
Tuesday, March 30, 2010
lawatan Ketua Sektor JPM
3/30/2010 02:25:00 PM
No comments
Ujian SEGAK
Monday, March 29, 2010
LDP dan kursus Motivasi T3 dan T5
Semua guru menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan siri 1/2010 yang diadakan pada Sabtu 27 Mac. Pengisian program adalah ceramah Etika keguruan oleh En Zaini nazir JPM dan diikuti dengan ceramah Qnet oleh KPP Sains Math JPM En Tahir.

Sementara itu seramai 90 pelajar T3 dan T5 menghadiri Motivasi kecemerlangan diri di dewan sekolah dengan kerjasam persatuan kaunselor negeri Melaka pada Sabtu 27 Mac 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sementara itu seramai 90 pelajar T3 dan T5 menghadiri Motivasi kecemerlangan diri di dewan sekolah dengan kerjasam persatuan kaunselor negeri Melaka pada Sabtu 27 Mac 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Pemeriksaan Kesihatan
Thursday, March 25, 2010
kejohanan Perayu Layar Optimist Negeri Melaka
Pelajar sekolah kita Ahmad Nur Qayyum Bin Ahmad Rizal T1 ALK telah mencipta sejarah pertama sekolah selaku atlit pertama yang meraih kejayaan diperingkat negeri Melaka . Beliau telah menggondol naib Juara dalam Kejohanan Perahu Layar Optimist bagi kategori bawah 15 tahun yang berlangsung di Pantai Puteri , Melaka pada 25 Mac 2010. Kejayaan ini membolehkan beliau mewakili Melaka dalam Sukan SUKMA pada bulan JUN nanti . Syabas dan tahniah diucapkan semoga pencapaian ini menjadi pendorong untuk atlit dan pelajar SMK Kg Gelam yang lain.
Wednesday, March 24, 2010
Latihan memadam kebakaran
Friday, March 12, 2010
Sepakat membawa Berkat
3/12/2010 03:03:00 PM
No comments
Sebelum pelajar pulang bercuti pertengahan semester 1 selama seminggu yang bermula esok 13-21 Mac 2010 sekolah mengadakan dua program ceramah.Program pertama bermula pada jam 720 pagi dengan bacan yassin beramai-ramai, diikuti maulud nabi dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Maidin sehingga jam 9 pagi. Selepas rehat semua guru dan pelajar menghadiri ceramah keselamatan bangunan dan prosedur kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka di dewan sekolah. Sebelum pelajar bersurai pada jam 12 th mereka dibekalkan dengan bubur lambuk yang disumbangkan dari kutipan kelab guru dan kakitangan SMK Kg Gelam .
Sementara itu dibilik guru guru-guru mengadakan makan bersama Pot Luck yang dibawa dari rumah masing-masing.Kelab kebajikan guru juga mengadakan lawatan ke rumah dan menyampaikan sumbangan warga sekolah kepada dua orang pelajar yang ibubapanya meninggal dunia pada bulan ini.
Unit sukan bersama pelajar mula menyediakan gelanggang sepaktakraw secara bergotong royong dengan pekerja sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang bersama menjayakan program pada hari ini.Sepakat membawa Berkat.
Thursday, March 11, 2010
ujian pertengahan semester 1
Pelajar T5 calon SPM 2010 di blok serbaguna
Tingkatan 3 Calon PMR 2010 di dewan sekolah
Semua pelajar mengambil ujian ini ber4mula pada hari Isnin 8 mac hingga khamis 11 mac. Pelajar tingkatan 3 dan Tingkatan 5 menggunakan set soalan selkaras dari JPM dan mengambil ujian itu di dewan sekolah dan dewan serbaguna. Pelajar lain mengambil ujian di kelas masing-masing .Semoga mereka semua berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus. Pihak sekolah juga menjalankan saringan kesihatan dengan mengambil suhu badan setiap murid diawal pagi sebelum ujian bermula .
Friday, March 5, 2010
Le Tour de-Langkawi

Sabtu 6 Mac 2010 Jam 1030 pagi ini pelumba basikal yang menyertai Le Tour langkawi lalu depan sekolah kita .Sebahagian pelajar dan kakitangan sekolah yang berada disekolah berpeluang menyaksikan perlumbaan peringkat antarabangsa ini yang dalam perjalanan ke Port Dickson
Mesyuarat AJK PIBG bil1/2010 berlangsung di bilik mesyuarat utama pada jam 830 - 1130 pagi dengan kehadiran YDP dan pengetua serta ahli yang lain.
40 pelajar T1,2 dan 3 mengunjungi Karnival Pendidikan Melaka di MITC dengan diiringi oleh kaunselor sekolah En Zaidi pagi ini .
Wednesday, March 3, 2010
Buletin -Mega PPD Melaka Tengah
Kejohanan Sukan Tahunan Kali Pertama
Foto Sukan Tahunan dari FaceBook
sekolah mengadakan sukan tahunan kali pertama untuk tahun 2010 sejak penubuhan sekolah .Sukan tahunan ini bermula pada hari Rabu 3 Mac dan kemuncaknya pada hari Khamis 4Mac .Antara acara yang dipertandingkan adalah tarik tali, lempar cakra , lontar peluru , lompat tinggi, Road Relay antara rumah sukan, petandingan hiasan khemah dan juga acara selingan untuk guru . Perbarisan lalu kontigen rumah sukan , unit beruniform dan pengawas sekolah juga di adakan . Tetamu kehurmat adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali bin Hj Mohamad .Piala Pusingan Johan Keseluruhan rumah Sukan sumbangan YDP PIBG di menangi oleh Rumah Satria
Semua guru dan pelajar mulai sibuk membuat persiapan raptai dan penyediaan tempat pertandingan bermula pada hari Rabu lagi.
Kutipan Mata Acara Sukan Tara
Rumah SATRIA(Merah Jambu)....828 mata
Rumah WIRA (Oren).... 779 mata
Rumah WAJA (Hijau)....678 mata
Rumah PERDANA (Unggu)....677 mata
Monday, March 1, 2010
Majlis Pelantikan Pengawas
Koleksi gambar majlis pelantikan
Majlis Pelantikan pengawas sekolah di adakan di dewan sekolah pada pagi Isnin 1 Mac 2010. Tetamu yang hadir adalah Inspektor Ahmad Fahmi b Abdul Aziz Pegawai Perhubungan Polis , YDP PIBG sekolah Tn Hj Mohamad Ali b. Hj Mohamad , guru-guru dan semua pelajar .
Majlis bermula dengan nyanyian lagu , ucapan , penyampaian watikah , penyampaian cenderahati dan sesi bergambar .
Ikrar Pengawas
Maka Kami , Pengawas SMK Kg Gelam 2010 berikrar dan berjanji akan :
1. Taat dan patuh kepada setiap tugas yang diberikan
2. Membenteras salahlaku pelajar tanpa mengira masa
3. Membentuk sahsiah pelajar yang terpuji
4. Menjadi contoh pelajar berwatak bagi pelajar lain
5. Berani ,benteras dan tegas sebagai slogan bertindak
Kami BERANI, Kami BENTERAS , Kami TEGAS.
Thursday, February 25, 2010
Maulidur Rasul
2/25/2010 09:15:00 PM
No comments
Sekolah menerima kedatangan dua orang guru pelatih dari UPSI yang akan membuat latihan amali dari 1 Mac 2010 sehingga 28.5 2010
Mereka adalah
1. Mazleen bt Mohd Derus (UITM)
2. Abdul Hadi b. Rasimin (UUM)

Sekolah selesai mengadakan program Sukan Tara untuk semua pelajar selama dua hari pada 24 dan 25 Feb 2010 menjelang sukan tahunan sekolah minggu hadapan. Antara acara yang dijalankan adalah lempar cakera, lontar peluru , lompat tinggi dan lompat jauh juga larian. Semua guru dan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi mata penuh bagi rumah sukan masing-masing.
Friday, February 19, 2010
Program kem bakat sukan kriket
Kelab sukan kriket sekolah dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia mengelolakan kem bakat sukan kriket pada 15 hingga 19 Feb 2010 di padang sekolah . Program ini bermatlamt untuk memberi pendedahan permainan ini kepada pelajar sekolah dan pelajar dari sekolah berhampiran disamping membimbing mereka ke arah sukan kriket prestasi tinggi di masa akan datang .Penyertaan seramai 56 pelajar dari SMK Kg Gelam dan sekolah jemputan berjaya mencapai tujuan penganjurannya.Terima kasih untuk YB Adun Pantai Kundur Datuk Hj Rahaman yang bersama menyokong pembangunan sukan ini di sekolah kita.
Pautan foto aktiviti ini
Saturday, February 13, 2010
aktiviti sekolah
2/13/2010 04:15:00 PM
No comments

Pada hari Isnin 8 Februari Jawankuasa Pusat Sumber Sekolah mengadakan program pelancaran Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) di dewan sekolah .Pelancaran dilakukan oleh Tn Pengetua dan semua pelajar disajikan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh guru penyelaras PSS Cikgu Norhafizah Hassan .
Semasa Cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baru Cina unit sukan sekolah mengadakan Kem Bakat kriket bagi pelajar sekolah SMK Kg Gelam dan jemputan pelajar sekolah berhampiran seperti SK Lereh dan SK Kg Gelam selama 4 hari.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina untuk Pn Lan Bao Ying dan En Goh Mun Hock juga pelajar yang menyambutnya serta selamat bercuti untuk guru dan pelajar yang lain sehingga 22 Feb nanti. Semasa hari jumaat 12 Feb En Goh telah berpeluang membacakan sejarah dan cara sambutan ini disambutan oleh kaum Tionghua untuk makluman semua peljar dan guru di dewan sekolah.
Tuesday, February 9, 2010
Merentas Desa Sekolah 2010
Program ini dijalankan pada petang Rabu 10 Feb 2010 melalui kampung gelam ,Kg Sri Tanjung dan Kg Bukit Darat
Keputusan
Rumah SATRIA ( 636 markah) Johan
Rumah WIRA ( 544 markah) Naib Johan
Rumah WAJA ( 440 markah) Ketiga
Rumah PERDANA ( 412 markah) Keempat
Foleksi foto aktiviti mrentas desa
Friday, February 5, 2010
Program Science On Wheels
koleksi foto program
Bermula jam 830 pagi persekitaran sekolah mula dikunjungi pelajar-pelajar dari sekolah jemputan seperti SMS Muzaffar Syah, SMK bukit Rambai, SMK Klebang Besar, SMK Seri Tanjung, SK Kg Gelam dan SK Lereh .Program ini disertai semua pelajar sekolah SMK Kg Gelam dan terbahagi kepada pameran , demontrasi dan ceramah .Selain itu terdapat juga jualan buku, aktiviti koperasi dan pendaftaran XPack oleh Celcom.
Wednesday, February 3, 2010
Penempatan GSTT
2/03/2010 03:34:00 PM
No comments
Subscribe to:
Posts (Atom)