Thursday, May 6, 2010
Monday, April 26, 2010
English week
4/26/2010 10:54:00 AM
No comments
Pelancaran English Week dibuat oleh pengetua semasa perhimpunan rasmi sekolah. Gimik pelancaran pesembahan Choral Speaking oleh pelajar .Antara program yang diatur sepanjang minggu ini ialah
26 April : Treasure Hunt,
27 April : 1 Malaysia Game
28 April : Spell It Right
29 April : Movie Review, Karaoke
30 April : Sweet Message
Pada hari sabtu 24 hb April , semua ibubapa tingkatan 3 dan tingkatan 5 diundang ke sekolah untuk menjayakan program Jari Waris . Program ini membolehkan ibubapa dan guru membincangkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak calon peperiksaan awam 2010. Kunjungan dan kehadiran YDP PIBG dan Puan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka memberi makna kepada warga sekolah ini sebagai sokongan semua pehak kepada kecemerlangan sekolah.
26 April : Treasure Hunt,
27 April : 1 Malaysia Game
28 April : Spell It Right
29 April : Movie Review, Karaoke
30 April : Sweet Message
Pada hari sabtu 24 hb April , semua ibubapa tingkatan 3 dan tingkatan 5 diundang ke sekolah untuk menjayakan program Jari Waris . Program ini membolehkan ibubapa dan guru membincangkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak calon peperiksaan awam 2010. Kunjungan dan kehadiran YDP PIBG dan Puan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka memberi makna kepada warga sekolah ini sebagai sokongan semua pehak kepada kecemerlangan sekolah.
Thursday, April 22, 2010
Sumbangan basikal oleh YDP PIBG
4/22/2010 10:58:00 AM
No comments
YDP PIBG Tn Hj Muhamad Ali bin Hj Mohamad telah berbesar hati untuk memberi sumbangan basikal kepada dua orang pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah setiap hari. Kedua pelajar itu adalah Rahmat T3 dan Mardiana Mohd Diah 2ALB .Diharapkan sumbangan ini akan memberi lebih galakan dan semangat kepada kedua pelajar ini . Sumbangan disamapaikan oleh pengetua sekolah dengan kehadiran ibu pelajar berkenaan.
Saturday, April 17, 2010
Aktiviti hari sabtu
4/17/2010 03:18:00 PM
No comments
Mesyuarat AJK PIBG di bilik mesyuarat utama jam 830 pagi membincangkan agenda gotong royong perdana dan program PIBG
Kursus kepimpinan pelajar SMk Klebang Besar di adakan di dewan sekolah kita 0800pg- 430 petang
Pertandingan Petanque negeri melaka di adakan di Padang Petanque Pantai Kundur,Penyertaan 2 pasukan lekaki dan 2 pasukan perempuan sekolah .
Hari Isnin 19 April majlis penyerahan bangunan sekolah kepada wakil KPM dan JPM di bilik mesyuarat utama .
Friday, April 9, 2010
Eksais Malindo di sekolah
4/09/2010 09:34:00 PM
No comments



Persekitaran sekolah menjadi sebahagian kawasan latihan bersama Komando Indonesia dan Malaysia dalam Eksais Malindo. Seramai 130 orang komando menginap di blok kokurikulum dan dewan sekolah juga menggunakan kemudahan pendaratan helikopter di padang sekolah.Pelajar dan guru berpeluang menyaksikan perlengkapan perang tentera seperti kenderaan kondo , helikopter dan perlengkapan lain.Eksais itu bermula 4- 8 April 2010.
Friday, April 2, 2010
Kursus Kepimpinan Pelajar
4/02/2010 10:38:00 AM
No comments
Bermula 2 April hingga 4 April unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG dan sumbangan dari YB datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu sekolah mengadakan kursus kepimpinan untuk 101 orang pemimpin pelajar
Pada pagi Sabtu 3 April pelajar , guru dan pekerja menjalankan program gotong royong peringkat sekolah .Tumpuan kawasan adalah persekitaran blok akademik, keceriaan bilik darjah, surau dewan, longkang dan penandaan padang bolasepak. semua peserta juga memanaskan badan dengan aktiviti senamrobik sebelum acara gotong royong bermula.Sebelum bersurai semua murid disediakan minum pagi bersama guru-guru yang lain.
Tuesday, March 30, 2010
lawatan Ketua Sektor JPM
3/30/2010 02:25:00 PM
No comments
Ujian SEGAK
Monday, March 29, 2010
LDP dan kursus Motivasi T3 dan T5
Semua guru menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan siri 1/2010 yang diadakan pada Sabtu 27 Mac. Pengisian program adalah ceramah Etika keguruan oleh En Zaini nazir JPM dan diikuti dengan ceramah Qnet oleh KPP Sains Math JPM En Tahir.

Sementara itu seramai 90 pelajar T3 dan T5 menghadiri Motivasi kecemerlangan diri di dewan sekolah dengan kerjasam persatuan kaunselor negeri Melaka pada Sabtu 27 Mac 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sementara itu seramai 90 pelajar T3 dan T5 menghadiri Motivasi kecemerlangan diri di dewan sekolah dengan kerjasam persatuan kaunselor negeri Melaka pada Sabtu 27 Mac 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Pemeriksaan Kesihatan
Thursday, March 25, 2010
kejohanan Perayu Layar Optimist Negeri Melaka
Pelajar sekolah kita Ahmad Nur Qayyum Bin Ahmad Rizal T1 ALK telah mencipta sejarah pertama sekolah selaku atlit pertama yang meraih kejayaan diperingkat negeri Melaka . Beliau telah menggondol naib Juara dalam Kejohanan Perahu Layar Optimist bagi kategori bawah 15 tahun yang berlangsung di Pantai Puteri , Melaka pada 25 Mac 2010. Kejayaan ini membolehkan beliau mewakili Melaka dalam Sukan SUKMA pada bulan JUN nanti . Syabas dan tahniah diucapkan semoga pencapaian ini menjadi pendorong untuk atlit dan pelajar SMK Kg Gelam yang lain.
Wednesday, March 24, 2010
Latihan memadam kebakaran
Friday, March 12, 2010
Sepakat membawa Berkat
3/12/2010 03:03:00 PM
No comments
Sebelum pelajar pulang bercuti pertengahan semester 1 selama seminggu yang bermula esok 13-21 Mac 2010 sekolah mengadakan dua program ceramah.Program pertama bermula pada jam 720 pagi dengan bacan yassin beramai-ramai, diikuti maulud nabi dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Maidin sehingga jam 9 pagi. Selepas rehat semua guru dan pelajar menghadiri ceramah keselamatan bangunan dan prosedur kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka di dewan sekolah. Sebelum pelajar bersurai pada jam 12 th mereka dibekalkan dengan bubur lambuk yang disumbangkan dari kutipan kelab guru dan kakitangan SMK Kg Gelam .
Sementara itu dibilik guru guru-guru mengadakan makan bersama Pot Luck yang dibawa dari rumah masing-masing.Kelab kebajikan guru juga mengadakan lawatan ke rumah dan menyampaikan sumbangan warga sekolah kepada dua orang pelajar yang ibubapanya meninggal dunia pada bulan ini.
Unit sukan bersama pelajar mula menyediakan gelanggang sepaktakraw secara bergotong royong dengan pekerja sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang bersama menjayakan program pada hari ini.Sepakat membawa Berkat.
Thursday, March 11, 2010
ujian pertengahan semester 1
Pelajar T5 calon SPM 2010 di blok serbaguna
Tingkatan 3 Calon PMR 2010 di dewan sekolah
Semua pelajar mengambil ujian ini ber4mula pada hari Isnin 8 mac hingga khamis 11 mac. Pelajar tingkatan 3 dan Tingkatan 5 menggunakan set soalan selkaras dari JPM dan mengambil ujian itu di dewan sekolah dan dewan serbaguna. Pelajar lain mengambil ujian di kelas masing-masing .Semoga mereka semua berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus. Pihak sekolah juga menjalankan saringan kesihatan dengan mengambil suhu badan setiap murid diawal pagi sebelum ujian bermula .
Friday, March 5, 2010
Le Tour de-Langkawi

Sabtu 6 Mac 2010 Jam 1030 pagi ini pelumba basikal yang menyertai Le Tour langkawi lalu depan sekolah kita .Sebahagian pelajar dan kakitangan sekolah yang berada disekolah berpeluang menyaksikan perlumbaan peringkat antarabangsa ini yang dalam perjalanan ke Port Dickson
Mesyuarat AJK PIBG bil1/2010 berlangsung di bilik mesyuarat utama pada jam 830 - 1130 pagi dengan kehadiran YDP dan pengetua serta ahli yang lain.
40 pelajar T1,2 dan 3 mengunjungi Karnival Pendidikan Melaka di MITC dengan diiringi oleh kaunselor sekolah En Zaidi pagi ini .
Wednesday, March 3, 2010
Buletin -Mega PPD Melaka Tengah
Kejohanan Sukan Tahunan Kali Pertama
Foto Sukan Tahunan dari FaceBook
sekolah mengadakan sukan tahunan kali pertama untuk tahun 2010 sejak penubuhan sekolah .Sukan tahunan ini bermula pada hari Rabu 3 Mac dan kemuncaknya pada hari Khamis 4Mac .Antara acara yang dipertandingkan adalah tarik tali, lempar cakra , lontar peluru , lompat tinggi, Road Relay antara rumah sukan, petandingan hiasan khemah dan juga acara selingan untuk guru . Perbarisan lalu kontigen rumah sukan , unit beruniform dan pengawas sekolah juga di adakan . Tetamu kehurmat adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali bin Hj Mohamad .Piala Pusingan Johan Keseluruhan rumah Sukan sumbangan YDP PIBG di menangi oleh Rumah Satria
Semua guru dan pelajar mulai sibuk membuat persiapan raptai dan penyediaan tempat pertandingan bermula pada hari Rabu lagi.
Kutipan Mata Acara Sukan Tara
Rumah SATRIA(Merah Jambu)....828 mata
Rumah WIRA (Oren).... 779 mata
Rumah WAJA (Hijau)....678 mata
Rumah PERDANA (Unggu)....677 mata
Monday, March 1, 2010
Majlis Pelantikan Pengawas
Koleksi gambar majlis pelantikan
Majlis Pelantikan pengawas sekolah di adakan di dewan sekolah pada pagi Isnin 1 Mac 2010. Tetamu yang hadir adalah Inspektor Ahmad Fahmi b Abdul Aziz Pegawai Perhubungan Polis , YDP PIBG sekolah Tn Hj Mohamad Ali b. Hj Mohamad , guru-guru dan semua pelajar .
Majlis bermula dengan nyanyian lagu , ucapan , penyampaian watikah , penyampaian cenderahati dan sesi bergambar .
Ikrar Pengawas
Maka Kami , Pengawas SMK Kg Gelam 2010 berikrar dan berjanji akan :
1. Taat dan patuh kepada setiap tugas yang diberikan
2. Membenteras salahlaku pelajar tanpa mengira masa
3. Membentuk sahsiah pelajar yang terpuji
4. Menjadi contoh pelajar berwatak bagi pelajar lain
5. Berani ,benteras dan tegas sebagai slogan bertindak
Kami BERANI, Kami BENTERAS , Kami TEGAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)