SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, January 28, 2011

Keselamatan Jalan Raya

Sempena Program Juara Rakyat Parlimen Tangga Batu seramai  10 orang pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah di pilih untuk diberi topi keledar keselamatan .Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran menyerahkan topi keledar tersebut yang tidak sempat disampaikan pada hari kelmarin kepada pelajar terbabit dalam suatu majlis ringkas di sekolah pagi tadi bersama beberapa guru yang lain.Terima kasih kepada Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia yang memberi sumbangan kepada pelajar SMeK-G.

Thursday, January 27, 2011

Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat

Persekitaran sekolah pagi ini dikunjungi oleh pelajar dan guru dari Parlimen Tangga Batu bagi memenuhi jemputan Program Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat kawasan Parlimen ini. Sesi ceramah berlangsung di dewan sekolah dengan pengisian ceramah motivasi pelajar dan kerjaya oleh penceramah jemputan Parlimen Tangga Batu.
Sekolah yang terlibat ialah SMK Kampung Gelam, SMK Malim, SMK Klebang Besar, SMK Seri Tanjong, SMK STAM ,SMA Al-Ahmadi dan SMK Bukit Rambai. Seramai  lebih 900 orang pelajar dan guru hadir di mana makanan , minuman dan pengangkutan disediakan oleh Parlimen Tangga Batu. 
Di dewan serbaguna di adakan pameran oleh badan-badan berkanun dan kolej pendidikan untuk dikunjungi oleh semua pengunjung terdiri dari guru, ibubapa dan pelajar yang hadir. 
Antara peserta pameran adalah wakil dari Kolej Komuniti dan Institut Skill-Tech
Di sebelah petang sesi perasmian program bersama komuniti setempat bersama ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron .


Tuesday, January 25, 2011

2011 F1


Penambahbaikan kantin

Suasana semasa waktu rehat di kantin sekolah . Pihak sekolah juga telah siap memasang penghadang untuk beratur di kaunter rehat, dan juga menghias meja makan dengan bahan pengajaran serta lapik meja .


Sunday, January 23, 2011

Program Sabtu 22 Jan

Unit bimbingan dan kaunseling sekolah bersama empat orang guru mengiringi 40 pelajar ke program tersebut yang berlangsung di MITC Melaka 

Foto fizikal sekolah


Saturday, January 22, 2011

Makmal Komputer

Pelajar dan guru sudah mula menggunakan kemudahan makmal komputer yag telah di pasang 42 buah komputer dalam dua makmal . Pembelajaran komputer untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah bermula sejak minggu pertama persekolahan 2011.



Friday, January 21, 2011

Pengerusi Pengelola sukan


Aktiviti minggu ke-2 dan ke-3

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu kedua ialah
1. Tahniah kepada GKMP yang baru dilantik
 GKMP kemanusiaan: Pn. Ramlah bt. Baba
 GKMP Teknik vokasional : En. Abdul Karim b. Bohari
 GKMP Bahasa : Pn. Rohimah
 GKMP Sains dan matematik : En. Goh Mun Hock
2. Mesyuarat agong unit beruniform pula telah diadakan pada hari rabu (12 hb jan 2011)
Tahniah kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik ahli-ahli unit masing2..semoga anda semua berjaya menjalankan tugas dengan baik.
3.Ceramah kesihatan untuk pelajar T1 perempuan  Khamis 13 Jan

Manakala pada minggu ketiga pula, aktiviti yang telah berlangsung pula ialah

1. Mesyuarat agong persatuan pada 19hb jan 2011
2. Pemilihan pemain badminton juga diadakan pada 19 hb jan 2011. Kepada pelajar yang telah terpilih, tingkatkan usaha untuk majukan sukan sekolah. Manakala pelajar yang masih belum berpeluang pergi ke pemilihan boleh berbuat demikian pada minggu hadapan

3.Ceramah Kemahiran belajar PTPL T3 dan T5 pada Khamis 20 Jan di dewan sekolah
3. Pada hari Sabtu (22 hb Jan 2011), di MITC akan diadakan karnival kerjaya . Dijemput ramai2 memeriahkan dan dapatkan info2 yang menarik di sana...
4.Mesyuarat AJK  kecil PIBG hari Sabtu 22 Jan 2011

...selamat berhujung minggu bersama keluarga....

Friday, January 7, 2011

Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan

03 Januari 2011-Perhimpunan Rasmi Sekolah pada jam 7.30 pagi dan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1











06 Januari 2011-Majlis Penutupan Program Didikan Kasih Mesra Tingkatan 1 di Dewan Utama


07 Januari 2011-Majlis bacaan Yassin pada hari Jumaat di Surau Sekolah

Sunday, January 2, 2011

SMeK-G ke tahun 2011


Saturday, January 1, 2011

Hari Pendaftaran Pelajar Baru T1 tahun 2011





Majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 telah dijalanjan di dewan dan bilik kelas bermula 8 pagi Jumaat. Walaupun hari ini adalah cuti umum kerana meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Pila Suzuki guru dan pelajar begitu bersemangat hadir menjalankan tugas masing-masing.
Program di dewan adalah seperti berikut
  • nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya
  • bacaan doa oleh Ustaz Halim
  • Ucapan YDP PIBG
  • pengenalan sekolah melalui tayangan video
  • ucapan pengetua
  • pembacaan ikrar pelajar baru
  • pendaftaran di kelas
  • jamuan ibubapa dan pelajar
  • pembelian buku dan kelengkapan sekolah di koperasi sekolah 
Selamat datang kepada semua pelajar baru dan semoga kumpulan ini akan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang satu hari nanti.

Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat Guru sesi 2011



Semua guru hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada pagi ini bermula jam 0830 pagi. Pengisian mesyurat hari ini adalah untuk menjelaskan peranan dan pembahagian tugas setiap bidang pengurusan sekolah, kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada cikgu Basri Bin Jamaluddin yang dikurnikan anak lelaki pada jam 3 pagi hari Khamis 30 Dis..Begitu juga tahniah kepada Pn Roslinda pembantu pengurusan murid yang juga dikurniakan anak lelaki pada 28 Dis .
Semasa baru memulakan mesyuarat guru pagi ini , satu lagi khabar gembira diterima iaitu Pn Samimi  juga selamat melahirkan anak lelaki pada jam 8 pagi ini. Tahniah dan semoga Pn Samimi cepat sembuh kerana anugerah cahayamata kedua keluarganya .

Thursday, December 23, 2010

kEPUTUSAN PMR 2010


Keputusan PMR 2010 yang diumumkan hari ini merupakan kumpulan pelajar pertama sejak sekolah dibuka yang menduduki PMR .
Secara keseluruhan pencapaian 77 orang pelajar dan  pencapaian subjek didapati melebihi jangkaan sekolah Peratusan lulus semua subjek dengan minimum gred D adalah  61%  dengan GPS 3.08.Pelajar terbaik ialah Muhamad Na'im bin Mohd Yusof Jamal  yang mendapat 6A2B.
Syabas dan tahniah untuk guru dan pelajar yang telah cuba sedaya upaya memberikan hasil terbaik setelah belajar di sekolah bermula di tingkatan 2 pada tahun 2009. Adalah diharapkan kumpulan kedua PMR sekolah ini pada tahun 2011 akan mengatasi keputusan ini untuk membuktikan pelajar SMeK-G setanding dan mampu membuat yang terbaik.

Tuesday, December 21, 2010

Keputusan PMR pada 23 Dis 2010

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
* Makluman kepada para pelajar SMeK-G, anda diminta berpakaian lengkap seragam sekolah semasa mengambil keputusan nanti. Harap maklum...

Penerimaan Alatan ICT Bagi 2 Makmal Komputer

  








Diharapkan dengan kewujudan 2 buah makmal ICT ini akan menjadi salah satu pemangkin ke arah melahirkan warga SMeK-G yang celik IT.

Monday, December 20, 2010

Pertukaran guru ke sekolah


En Basri Bin Jamaluddin dari SMK Simanggang , Sri Aman Sarawak melapor diri ke sekolah kita hari ini. Beliau  berkelulusan Ijazah Sarjana Muda   bagi opsyen ekonomi dan Pendidikan Jasmani . Selamat datang dan diharapkan cikgu akan terus menyumbang bakti untuk mendidik anak-anak di SMeK-G pula.

Tuesday, December 14, 2010

Makluman Pendaftaran F1 tahun 2011


Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H


Sunday, December 5, 2010

Perkahwinan cikgu Mastura dan cikgu Mazleen


Tahniah kepada Puan Mastura Ibrahim dan  dan suami  Mohd Zairul yang selamat melangsungkan perkahwinan di Pantai Kundor 4 Dis 2010. Majlis juga diraikan rakan guru dan anak murid yang turut hadir memeriahkan majlis.
Bekas guru pelatih sekolah kita Cikgu Hadi dan Cikgu Mazleen telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 Dis yang lalu. Selamat Pengantin baru untuk mereka berdua.