SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Wednesday, March 2, 2011

Brosur Sekolah


Monday, February 28, 2011

Kejayaan Perahu Layar


Tahniah kepada pelajar sekolah SMeK-G Ahmad Nur Qayyum Bin Ahmad Rizal yang berjaya memenangi Johan pertandingan perahu Layar MSSM Negeri Melaka  di Tanjung Bidara .Beliau juga memenangui tempat Pertama dan naib johan dalam pertandingan peringkat Negeri Johor dalam kategori Laser dan Optimist bawah 15 tahun. 

Friday, February 25, 2011

SMeK-G peroleh gangsa Kejohanan Kriket MSSM Melaka

Hari ini pasukan Kriket SMeK-G memperoleh tempat ke-3 dalam Kejohanan Kriket MSSM Peringkat Negeri Melaka 2011. Pertandingan ini telah dikelolakan sendiri oleh SMK Kampung Gelam yang telah bermula selama 5 hari iaitu dari 21 - 25hb Februari 2011.


Program perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Hj. Ab. Karim ADUN Kawasan Pantai Kundor. Pertandingan bagi bawah 12 tahun telah dimenangi oleh SK Lereh, diikuti Naib Johan SK Tg. Minyak dan Ke-3 SK Bandar Hilir. Manakala bagi kategori bawah 18 tahun pula dimenangi oleh SMK Malim, diikuti SMK Sains Muzaffar Syah dan SMK Kampung Gelam bagi tempat ke-3. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kriket MSSM Melaka pada kali ini.

Thursday, February 24, 2011

KRIKET di SMeK-G

Kejohanan kriket peringkat negeri sedang berlangsung dengan rancaknya di SMK. Kampung Gelam. Sebanyak 10 pasukan sekolah menengah dan 5 pasukan sekolah rendah telah berentap untuk merebut perisai pusingan. Kejohanan bermula pada 21 feb 2011 dan akan berakhir pada 25 feb 2011. Pada ketika ini, kejohanan peringkat under 12 telah berakhir menyaksikan Sekolah Kebangsaan Lereh menggunguli kejohanan..Manakala, bagi under 18, johan masih menjadi teka teki...

Saturday, February 19, 2011

PERKHEMAHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2011

Pada 18 dan 19 Februari 2011, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Perkhemahan PRS yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di SMK Kampung Gelam. Seramai 50 orang ahli PRS yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4. 

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu bentuk kepimpinan pelajar yang memiliki jati diri dengan kemampuan mengurus diri dan rakan serta mencorakkan generasi gemilang dikalangan pelajar. Terima kasih kepada Tuan Pengetua En. Roszelan bin Majid, PK HEM Tn. Hj. Samsudin bin Abdullah yang turut hadir, ahli jawatankuasa program dikalangan guru dan ahli PRS dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat memberi manafaat dalam membentuk jati diri para peserta. Syabas dan tahniah diucapkan...

Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M

Pada pagi ini, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat SMeK-G yang telah dianjurkan oleh Unit Kerohanian di dewan utama SMK Kampung Gelam. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yassin dipimpin oleh Tn. Hj. Abdul Halim bin Maidin. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohamad Nuri bin Ahmad dan diikuti dengan kuiz pada akhir majlis.

Tuesday, February 15, 2011

Perarakan Maulidur Rasul Negeri Melaka

Seramai 20 orang pelajar dengan diiringi Ustazah Nursyafinas, En Muhammad Sidek dan Ustaz Sabri telah mewakili kontigen sekolah dalam perarakan MaulidurRasul pagi tadi. PKontigen SMeK-G membawa sepanduk Amirul Mukminin.Tema sambutan tahun ini adalah 1 Malaysia 1 Ummah.

Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul


Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul pada hari Selasa 15 Feb 2011, sekolah bercuti pada hari ini. Seramai 20 orang pelajar dan 2 orang guru akan turut serta dalam perarakan sempena hari tersebut esok pagi

Pelancaran Program Nilam


Semasa perhimpunan pagi ini PSS mengadakan majlis pelancaran program Nilam ,perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua sekolah dengan memukul gong sebanyak 3 kali. Acara dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku , Negeri Melaka, diikuti dengan ucapan guru penyelaras PSS dan ucapan perasmian. Setelah itu semua pelajar dan guru menyaksikan video terbitan Eduweb TV  KPM mengenai program Nilam selama 30 minit.Majlis berakhir dengan pembacaan ikrar semua pelajar sekolah diketuai oleh pengawas sekolah.

                                 
Selamat datang diucapkan kepada Encik Muhammad Nuri Bin Ahmad dari SMA(JAIM) Assyakirin , Selandar yang mula ditugaskan mengajar pendidikan Islam di SMeK-G bermula hari ini.

Bengkel Kriket

Pada hari Sabtu dan Ahad 12-13 Feb 2011 pelajar SMeK-G bersama SMS Muzaffar Syah , Melaka menghadiri bengkel permainan kriket yang di kendalikan oleh Tuan Hj Ab Rashid bin Md Yasin bertempat di persekitaran sekolah.
Bengkel ini bermula 8 30 pagi hingga 430 ptg dengan tumpuan kepada kemahiran asas dan simulasi permainan kriket .


Thursday, February 10, 2011

Terima Kasih JKR

Terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya kerana cepat bertindak cepat menutup lubang besar di hadapan sekolah akibat tebing runtuh sejak Isnin lepas demi keselamatan pergi dan balik pelajar ke sekolah setiap hari.

Tuesday, February 8, 2011

SMeK-G sertai Kejohanan Ping Pong MSSNM 2011

Hari ini SMeK-G telah menghantar 3 orang peserta lelaki yang bertanding acara perseorangan lelaki ke Kejohanan Ping Pong MSSNM 2011 Kawasan Tanjong. Perlawanan telah diadakan di SJKC EK TE. Peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 iaitu Mohd Syahir b. Ghazali, Muhd Shahrullzairy Asraff b. Abdul Rahman dan Muhd Fakhri Fakhrurazzi b Zulkarnain.
Walaupun peserta SMeK-G hanya berjaya sehingga ke suku akhir sahaja, syabas & tahniah kepada pasukan sekolah walaupun tidak beroleh kemenangan tetapi dapat memberi saingan terhadap para peserta dari sekolah lain. Adalah diharapkan penyertaan sulong sekolah ke acara sukan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang akan datang.

Monday, February 7, 2011

Kibaran Bendera


Pagi ini   sekolah dilengkapi dengan pemasangan tiga batang bendera untuk menghiasi pintu masuk sekolah . Pemasangan tiang bendera ini kerana kedudukan tiang bendera sedia ada hanya terletak di tapak perhimpunan sekolah dan jauh dari pandangan hadapan sekolah. Tiang bendera ini sumbangan dari tabung PIBG sekolah.

Thursday, February 3, 2011

Qong Xi Fa Cai


Friday, January 28, 2011

Keselamatan Jalan Raya

Sempena Program Juara Rakyat Parlimen Tangga Batu seramai  10 orang pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah di pilih untuk diberi topi keledar keselamatan .Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran menyerahkan topi keledar tersebut yang tidak sempat disampaikan pada hari kelmarin kepada pelajar terbabit dalam suatu majlis ringkas di sekolah pagi tadi bersama beberapa guru yang lain.Terima kasih kepada Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia yang memberi sumbangan kepada pelajar SMeK-G.

Thursday, January 27, 2011

Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat

Persekitaran sekolah pagi ini dikunjungi oleh pelajar dan guru dari Parlimen Tangga Batu bagi memenuhi jemputan Program Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat kawasan Parlimen ini. Sesi ceramah berlangsung di dewan sekolah dengan pengisian ceramah motivasi pelajar dan kerjaya oleh penceramah jemputan Parlimen Tangga Batu.
Sekolah yang terlibat ialah SMK Kampung Gelam, SMK Malim, SMK Klebang Besar, SMK Seri Tanjong, SMK STAM ,SMA Al-Ahmadi dan SMK Bukit Rambai. Seramai  lebih 900 orang pelajar dan guru hadir di mana makanan , minuman dan pengangkutan disediakan oleh Parlimen Tangga Batu. 
Di dewan serbaguna di adakan pameran oleh badan-badan berkanun dan kolej pendidikan untuk dikunjungi oleh semua pengunjung terdiri dari guru, ibubapa dan pelajar yang hadir. 
Antara peserta pameran adalah wakil dari Kolej Komuniti dan Institut Skill-Tech
Di sebelah petang sesi perasmian program bersama komuniti setempat bersama ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron .


Tuesday, January 25, 2011

2011 F1


Penambahbaikan kantin

Suasana semasa waktu rehat di kantin sekolah . Pihak sekolah juga telah siap memasang penghadang untuk beratur di kaunter rehat, dan juga menghias meja makan dengan bahan pengajaran serta lapik meja .


Sunday, January 23, 2011

Program Sabtu 22 Jan

Unit bimbingan dan kaunseling sekolah bersama empat orang guru mengiringi 40 pelajar ke program tersebut yang berlangsung di MITC Melaka 

Foto fizikal sekolah