Persembahan pelajar SMeK-G dalam pertandingan Drama berunsurkan pendidikan pencegahan dadah di dewan SK Tanjung Minyak pada hari Isnin 14 Nov 2011.Kumpulan ini memenangi kategori set prop dan ilustrasi terbaik....Tahniah
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
![]() |
Peperiksan Percubaan PMR 2011 Dewan sekolah |
Pelbagai akviti mewarnai persekolahan akhir Jun dan awal bulan Julai. Pada 28 Jun 2011 telah diadakan majlis pelancaran minggu koperasi. Majlis berlangsung dengan begitu meriah dan gempak. Persembahan gamelan gabungan guru dan pelajar begitu menarik sekali dipertontonkan di hadapan warga dewan. Minggu koperasi telah berlangsung selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti menarik. Pada 2 Julai pula ialah larian Satu Murid Satu Sukan yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Larian dimulai dengan tayangan secara langsung melalui eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah. Para guru dan pelajar bersemangat mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti sukan telah di adakan pada hari tersebut. 4 Julai 2011 pula merupakan majlis penutupan minggu Sains dan matematik. Pelajar yang menyertai dan memenangi pertandingan menerima hadiah masing-masing. Minggu sains dan matematik ini dijalankan serentak bersama minggu koperasi. manakala dari unit PSS pula, bulan Julai merupakan sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan majlis penyerahan tugas watikah Badan Pengawas sesi 2010/2011 kepada Badan Pengawas sesi 2011/2012. Semoga dengan pelbagai aktiviti yan g dirancang oleh guru dan pihak sekolah dapat menarik dan mengalakkan pelajar aktif melibatkan diri dengan setiap aktiviti. Penglibatan pelajar ini sesungguhnya sangat memberi makna kepada sekolah sebagai tanda sayang pelajar terhadap sekolah. |
Petang ini, 23 Jun 2011 telah berlangsung sukan tahunan SMK Kampung Gelam dengan meriahnya.. Sukan tahunan kali kedua ini bertambah meriah dengan adanya acara balapan yang menyaksikan julung-julung kali padang sekolah digunakan.. Sukan tahunan kali ini membuktikan kekuatan rumah satria yang telah muncul juara untuk kali kedua berturut-turut..cabaran hebat untuk mengekalkan kedudukan ini untuk tahun hadapan.. manakala waja pula memenangi pertandingan gerbang bagi pertandingan rumah sukan..Wira juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi acara pembarisan.. Acara yang memukau warga sekolah adalah acara tarik tali yang menyaksikan final antara satria dan wira.. namun satria terpaksa mengalah kepada kekuatan ahli-ahli rumah wira... akhir kalam...Majulah sukan Untuk SMEK-G....Tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi.. |
Pada hari Jumaat terakhir semester ini sekolah mengelolakan program penyerahan komputer 1 Malaysia untuk Dewan Undangan Pantai Kundur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Adun sendiri bertempat di dewan sekolah. Sementara itu semua ibubapa dan pelajar yang hadir telah dijamu dengan makan tengah hari dan berpeluang untuk mengunjungi gerai Telekom dan Celcom di dewan serbaguna. Seramai 82 pelajar SMeK-G menerima bantuan ini bersama 320 pelajar dari SMK Seri Tanjung.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat komputer 1malaysia untuk DUN Pantai Kundur yang telah diserahkan dalam satu majlis pada hari ini di dewan SMK. Kampung Gelam. Semoga pemberian komputer 1Malaysia itu dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan produktif dalam diri pelajar. Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan lancar. |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :