Sunday, November 22, 2009
Friday, November 20, 2009
Hari akhir Persekolahan sessi 2009


Semua guru dan pelajar berkumpul pada jam 720 pagi dan menyertai pembacaan yassin, tahlil dan berdoa dipimpin oleh ustaz Halim Maidin. Selepas itu semua pelajar bersama guru menjalankan gotong royong membersihkan blok akademik .Pelajar perempuan telah berkumpul di surau untuk mendengar nasihat dan bimbingan agama dari guru wanita , dan pelajar lelaki menjalani tapisan disiplin oleh unit disiplin sekolah.
Selepas rehat semua guru dan pelajar berkumpul untuk menghadiri perhimpunan akhir sekolah di dewan . Acara dimulakan dengan rumusan aktiviti sepanjang tahun, taklimat GPK Kokurikulum dan penyampaian hadiah untuk pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun juga yang berjaya hadir 100% ke sekolah.Pemberian anugerah berupa sijil dan cenderamata.


Terbaik Tingkatan 1
Muhammad Syahiran mohd Shaufi (1ALK)
Muhammad Akmal b. Muhamad syafiq Tan(1ARR)
Nurain Bt Ibrahim (1ARR)
NurulHafizah Bt bakar(1ALK)
Muhammad Harry Bin Raya (1ALB)
Terbaik tingkatan 2
Muhammad Syafiq b zulkifli (2ALB)
Nurshafika Bt Ismail (2ALG)
Fatin Atiqah Bt Ishak (2ALG)
Muhammad asyraf Bin Ismail (2ALK)
Nurul nabilah Bt Abdullah (2ALG)
Terbaik tingkatan 4
Nurul Izzati Bt Abd Aziz
Siti Aishah Bt Mohd Said
Nor Azeera Bt Nor Azmi
Kehadiran 100%
Nursyuhadah Yusof (2ALB)
Nurul Asyikin Razip (1ALK)
Aizafarina Nasha Aizuddin(1ALG)
Muhammad Solihin Ishak (1ALG)
Selamat bercuti dan menyambut Hari Raya aidiladha untuk semua guru dan pelajar .Berjumpa lagi pada 4 Jan 2010.
Foto dari FC disini
Thursday, November 19, 2009
Jamuan AkhirTahun
Kelab kebajikan dan Reakreasi sekolah mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Hotel De 'Coasta banda Hilir Melaka.majlisdihadiri semua guru dan sytaffsokongan dalam suasana mesra dan ceria .Antara acara diadakan adalah ucapan guru,pertukaran hadiah antara guru dan cabutan bertuah .
Ahli Jawatankuasa Guru 2009/2010
Koleksi gambar lain dari Face Book SMK Gelam
Wednesday, November 18, 2009
Penghasilan kerja pelajar
Friday, November 13, 2009
kursus kecemerlangan pemimpin pelajar
Bertempat di Pusat Kecemerlangan koreksional Penjara Malaysia ,Tanjung Kling seramai 50 orang pemimpin pelajar sekolah menyertai kursus dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih pusat tersebut.
Kursus berlangsung dari petang jumaat 13 Nov sehingga ahad 15 nov.
Kandungan kursus .
15 Nov
petang : pendaftaran
malam :LDK
16 Nov
pagi : solat subuh, jasmani, kawad, aktiviti membuat keputusan dan kepimpinan
petang:aktiviti komunikasi, sukaneka
malam : ceramah
17 Nov
pagi : solat subuh, jasmani, kawad, explore race
petang: kesimpulan , majlis penutupan.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh ADUNKawasan Pantai Kundur datuk Hj Ab rahman bin Haji Ab Karim disertai juga komandan kem Puan Rohana binti Abdullah
Penutup Bulan Bahasa 1 Malaysia

Selepas majlis pembacaan Yasin di surau sekolah, majlis penutupan Kem Membaca 1 Malysia di adakan di dewan sekolah.Pengisian majlis adalah persembahan nazam, public speaking, nasyid dan pidato pelajar. Selepas ucapan pengetua penyampaian hadiah untuk pemenang bagi pertandingan sempena kem ini dijalankan . Sepanjang 2 minggu kem ini di adakan beberapa pertandingan di adakan antaranya adalah puisi, membaca bersama , persembahan pentas, nyanyian bersama, lukisan , kempen bahan terbuang dan penghasilan inovasi pelajar. Terima kasih untuk semua guru dan pelajar yang bersama menjayakan program ini.
Minggu ini juga satu demontrasi tae kwando dipersembahkan untuk semua pelajar di kompleks kokurikulum .

Gambar boleh didapati dari pautan Facebook sekolah.u ini juga
Thursday, November 12, 2009
kem bakat Kriket
Gambar lain click sini
Selepas tamat peperiksaan akhir tahun cikgu Rashid telah mengelolakan kem pencaraian bakat di kalangan pelajar sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 turut serta berpeluang untuk mengikuti kem ini di waktu pagi di persekitaran sekolah.
Sempena program bulan bahasa , semua pelajar juga mengikuti program yang dirancang oleh guru sepanjang dua minggu dengan pelbagai aktiviti membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar dan guru .
Pelajar 2 ALG bersama guru Pn Rosamizana ,En Nazmie dan Cik Norhafiaza melawat Kuala Lumpur dan berkunjung ke Pusat Sains Negara .

Click untuk gambar lain disini
Tuesday, November 3, 2009
taklimat kemasukan Tingkatan 1 tahun 2010
Guru kaunseling sekolah En Zaidi dan PK HEM Tn Hj Samsudin pagi ini berkunjung ke SK Lereh untuk memberi taklimat kepada kumpulan murid tahun 6 yang akan memasuki ke SMK KG Gelam pada tahun 2010. Siri taklimat mereka dibantu dibuat secara online menggunakan pautan internet ke blog sekolah dan meliputi sejarah, kemudahan
pengajaran dan pembelajaran .
Tahniah untuk Pn Mazura guru data sekolah kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi tadi diHospital Melaka .Ini adalah cahayamata sulong beliau , semoga seisi keluarga beliau diberkati Allah atas semua urusan.
Monday, November 2, 2009
Peperiksaan akhir tahun
Penempatan GST dan PK kokurikulum
Penempatan guru siswazah terlatih (GST) yang telah tamat mengikuti sarjana muda pendidikan bil 8/2009 mendaftar ke sekolah kita pada 26 okt 2009 .Mereka adalah

1. Pn Siti Norashikin Binti Moin
Sarjana Muda Pendidikan Teknologi (UTM)
pengkhuhusan Kemahiran Hidup
berasal dari Pahang

2. Cik Norhafizah Binti Hassan
Sarjana Muda Pendidikan Sains (UPSI)
pengkhuhusan Kimia
berasal dari Pahang

Sekolah juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En Ramlan Bin Hassan GKMP kemanusiaan dari SMK Bukit Baru Melaka atas kenaikan pangkat sebagai GPK kokurikulum SMK Kg Gelam bermula 16 Okt 2009
1. Pn Siti Norashikin Binti Moin
Sarjana Muda Pendidikan Teknologi (UTM)
pengkhuhusan Kemahiran Hidup
berasal dari Pahang
2. Cik Norhafizah Binti Hassan
Sarjana Muda Pendidikan Sains (UPSI)
pengkhuhusan Kimia
berasal dari Pahang
Sekolah juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En Ramlan Bin Hassan GKMP kemanusiaan dari SMK Bukit Baru Melaka atas kenaikan pangkat sebagai GPK kokurikulum SMK Kg Gelam bermula 16 Okt 2009
Latihan Dalam Perkhidmatan bil 6/2009
Pada hari Sabtu 24 sept semua guru menghadiri latihan dalam perkhidmatan di bilik mesyuarat utama sekolah bermula jam 8 pagi
Pengisian LDK adalah
0800 - pendaftaran guru
0800-1000 - perkongsian ilmu Pn Habibah dan Cik Hairunnisa
1000-1030 - kudapan
1030-1230 - ceramah PK pentadbiran laporan prestasi tahunan LPNT
pengurusan PCG matapelajaran
1 tengah hari - jamuan makan tengahhari
Pengisian LDK adalah
0800 - pendaftaran guru
0800-1000 - perkongsian ilmu Pn Habibah dan Cik Hairunnisa
1000-1030 - kudapan
1030-1230 - ceramah PK pentadbiran laporan prestasi tahunan LPNT
pengurusan PCG matapelajaran
1 tengah hari - jamuan makan tengahhari
Pondok rehat pelajar
Semua empat pondok rehat di persekitaran sekolah telah dilengkapkan dengan kemudahan bangku dan meja untuk kemudahan pelajar. Perlengkapan ini siap dipasang pada hari jumat 30 Okt 2009 .Kemudahan ini akan memudahkan interaksi dan aktiviti juga program pelajar dan guru pada sebilangan masa diperlukan .
Surau sekolah telah lengkap dipasang permaidani untuk kmudahan beribadah bagi warga sekolah.
Friday, October 16, 2009
Kem Motivasi sahsiah Diri
Unit Hem dan kaunseling sekolah dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah telah bekerjasama untuk menganjurkan Kem Motivasi Sahsiah diri bertempat di kawasan sekolah .Kem ini bermatlamat untuk membentuk sahsiah diri dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji sebagai seorang penuntut yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan agama.Bilangan peserta adalah 74 orang lelaki dan perempuan.
Pengisisn kem adalah ceramah kerohanian , kerja kumpulan , solat taubat, qiamulalail dan bermalam di dalam khemah .Kem bermula pada petang 16 oktbober dan berakhir hari sabtu 17 oktober jam 1 th .terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama menjayakan program sedemikian.Perasmian penutupan program disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Datuk Abu bin Pit yang juga menyampaikan sijil kepada pesrta program.
(Foto lain dalam facebook)
Friday, October 9, 2009
Mesyuarat guru kali 4/09
Guru-guru menghadiri mesyuarat guru di bilik mesyuarat utama petang ini bersama pentadbir sekolah bermula jam 230 petang .Antara perkara yang dibincangkan adalah penggunaan perakam waktu, times slip, peperiksaan akhir tahun , persediaan hujung tahun, laporan dan pembentangan guru-guru yang menghadiri mesyurat, seminar atau bengkel.Semua guru juga dimaklumkan tentang perkembangan dan perancangan terbaru sekolah
Penggeredan SPM bermula 2010
Penggeredan SPM bermula 2010
Tuesday, October 6, 2009
Bilik Pengurusan Diri
Perlengkapan untuk bilik pengurusan diri terdiri daripan kelengkapan bilik tidur, dapor, tempat membasuh dan ruang tamu dibekalkan kepada sekolah .Selain itu sekolah juga menerima peralatan untuk bilik masakan dan jahitan .Semua peralatan ini membolehkan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Teknikal dan ERT beroperasi dengan lebih lancar.
Untuk menambah keceriaan, makmal dan surau sekolah juga telah dipasang langsir pada awal minggu ini.
Thursday, October 1, 2009
Majlis Hari Raya




Sekolah mengelolakan jamuan hari raya untuk guru, staff sokongan dan pelajar di dewan sekolah pada jam 3 ptg ini di dewan sekolah.Makanan dan minuman disumbangkan oleh pelajar dan guru yang membawa bersama ketika hadir ke sekolah.
5 persembahan pelajar telah dipertutonkan kepada hadirin dan majlis dimeriahkan dengan nyanyian hari raya dan ucapan pentadbir sekolah.
Arkib Foto Lain
Sumbangan sejadah
Seorang bapa kepada pelajar 4ALB telah secara ikhlas memberi sumbangan 20 sejadah untuk kegunaan surau sekolah yang amat memerlukan sumbangan sebegini untuk melengkapkan surau sekolah.Terima kasih diucapkan.
Hari ini Pn Ramlah Baba guru geografi sekolah dipantau oleh KPP Nazir unit Jaminan Kualiti KPM Pn Jamilah sebagai satu syarat permohonan untuk menjawat jawatan guru cemerlang.Diharapkan beliau akan berjaya.
Hari ini Pn Ramlah Baba guru geografi sekolah dipantau oleh KPP Nazir unit Jaminan Kualiti KPM Pn Jamilah sebagai satu syarat permohonan untuk menjawat jawatan guru cemerlang.Diharapkan beliau akan berjaya.
Penempatan guru
En Ab.Rashid Md Yasin dari SMK Malim guru Pendidikan Seni Visual ditempatkan ke sekolah ini bermula 28 Sept 2009. Beliau juga adalah guru yang bergiat aktif dalam pembangunan sukan kriket dan ragbi. Kehadiran beliau dalam keluarga SMK KG Gelam diharapkan akan memberi ruang dan peluang untuk pelajar sekolah ini turut serta terlibat dalam permainan ini disamping meningkatkan pencapaian subjek ini dalam PMR dan SPM.
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekolah akan bercuti mulai esok 18 Sept sempena sambutan Aidilfitri.Sebelum sekolah bersurai hari ini pengurusan sekolah menganjurkan program menjelang hari raya di dewan sekolah .Program ini dimulai dengan tadarus AlQuran bagi seramai 15 pelajar yang memperdengarkan bacaan di pentas dewan.Diikuti dengan sumbangan ikhlas dari pungutan kalangan guru dan staff sokongan untuk anak yatim dan miskin sekolah dan saguhati kepada pelajar yang bertadarus AlQuran sempena bulan Ramadhan .
Wakil pelajar dan guru menyampaikan ucapan selamat hari raya sebelum ucapan pengetua.Semua pelajar bersalaman dan bermaafan dengan guru sebelum sekolah untuk bercuti selama 10 hari.

Tuesday, September 15, 2009
ceramah agama

Semua pelajar dan guru menghadiri program ceramah agama sempena kedatangan Ramadhan dan menjelang Hari raya di surau sekolah pada jam 1215 th .. Penceramah jemputan dari Kem Terendak Melaka Tn Hj Karim yang memberikan ceramah meliputi manafaat berpuasa dan cara yang betul untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri .Pelajar juga diuji dengan kuiz ringkas tentang isi ceramah . Program berakhir selepas solat berjemaah dan salawat nabi dan bersalaman antara guru dan murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)