SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, June 5, 2010

..SELAMAT BERCUTI...

Hari ini merupakan hari pertama cuti persekolahan penggal kedua..
Walaupun cuti sekolah, SMK Kg. Gelam masih tidak kesunyian. Pada hari ini telah berlangsung acara larian Baton sempena SUKMA..

Larian Baton diketuai oleh tuan pengetua, En.Roszelan b. Majid dan diikuti oleh guru-guru serta pelajar..Di samping larian baton,pelajar juga berpeluang mengadakan persembahan di dataran sekolah.Pada masa yang sama, pelajar sekolah turut menyertai senamrobik yang diadakan di Lereh. Semua pastinya untuk memeriahkan acara sukan berprestij ~SUKMA~ dan tanda sokongan padu pihak sekolah kepada kerajaan Negeri Melaka yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.

                                ~Selamat bercuti kepada warga sekolah~
                       ~ Selamat ber 'SUKMA' kepada rakyat Negeri Melaka~


Monday, May 31, 2010

In House Tranning

Dengan kerjasama JPM  pentaksir negeri bagi subjek bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Geografi dan Sejarah membantu memberikan latihan In house untuk semua panitia yang terlibat. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kaedah yang tepat untuk menjalankan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah bagi PMR dan SPM.Latihan dalam bentuk ceramah dan bengkel ini dijalankan di bilik mesyuarat guru di sekolah pada waktu petang.PBS merupakan satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Friday, May 28, 2010

Peperiksaan Pertengahan tahun bermula

Suasana semasa pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang bermula minggu ini,Semoga mereka semua membuat persediaan yang rapi dan menjawab dalam keadaan tenang dan lulus semua subjek.


Thursday, May 27, 2010

Port Luck meraikan guru pelatih

Pada hari ini, telah diadakan port luck untuk kesekian kalinya. Selain mengeratkan silaturahim antara guru-guru,port luck ini antara lain adalah untuk meraikan perpisahan guru praktikal PERTAMA di SMK. Kg. Gelam.Pelbagai makanan telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Selain mengajar, terbukti guru-guru SMK Kg. Gelam berkemahiran tinggi dalam masak-memasak..

Majlis meraikan tamatnya latihan amali guru pelatih Mazleen bt Mohd Derus (UITM) dan Abdul Hadi b. Rasimin (UUM) Dpli UPSI yang ditempatkan di sekolah ini dari 1 Mac -26 Mei 2010 berlangsung di kantin dengan jamuan makan tengah hari oleh kelab guru.Terima kasih dan selamat maju jaya utk mereka berdua.


 En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen memotong kek bersama guru pembimbing Puan Ramlah dan Pn Rohimah 

Wednesday, May 26, 2010

pertandingan badminton dan bola jaring sempena hari guru 2010

Sempena sambutan Hari Guru 2010, SMK. Kg. Gelam telah mengadakan pertandingan badminton dan bola jaring. Pertandingan tersebut diadakan lebih awal daripada majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Bagi pertandingan badminton, peserta-peserta terdiri daripada kalangan guru-guru. Pertandingan yang diadakan hanyalah beregu campuran dan diadakan pada 12 dan 14 Mei 2010

berikut adalah pasangan beregu:
1. Cikgu Abdull Aziz b. Nahar + Cik Mastura
2. En. Ramlan b. Hassan + Pn. Siti Norashikin
3. En. Mohd Qayyum Rahman + Cik Norhafizah Hassan
4.En. Abdul Hadi + Cik Mazleen
5. Ustaz Sabri + Puan Zalizah
6. Cikgu Mat Saat + Pn. Nik Zaleha
7.En. Mohd Qayyum + Pn. Rossamizana

Pemenang bagi pertandingan ini diungguli oleh pasangan En.Ramlan dan Pn. Siti Norashikin diikuti oleh En. Abdull Aziz dan Cik mastura seterusnya En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen serta En. Mohd Qayyum dan Cik Norhafizah Hassan.

Bagi pertandingan bola jaring pula, pesertanya terdiri daripada kumpulan guru menentang kumpulan pelajar. Kenangan manis buat kumpulan guru kerana telah menjaringkan bola sebanyak 7 berbalas 1. Seterusnya melayakkan kumpulan guru menjadi johan. Pertandingan ini telah diadakan pada 14 Mei 2010.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memeriahkan arena sukan di SMK Kg. Gelam dan tidak lupa juga kepada pemenang-pemenang. Harus diingat, johan-johan supaya tidak mudah leka..Cabaran menanti anda di masa akan datang.Kejuaraan perlu dikekalkan, saingan pula mungkin bertambah sengit.
Kita nantikan pertandingan akan datang.

Ceramah Kemahiran Belajar

 Pusat sumber Kemas kawasan Tangga Batu menganjurkan ceramah kemahiran belajar untuk semua calon PMR dan SPM  di dewan sekolah pada jam 12 th - 2 ptg ini .Penceramah memberikan motivasi menduduki peperiksaan kepada semua pelajar terlibat dengan kerjasama unit kaunseling sekolah .

Sementara itu kempen membuka akauan ASB secara percuma untuk semua pelajar , guru dan kakitangan sekolah di adakan di lobi sekolah pada jam 10-11 pagi untuk anak-anak Negeri Melaka.Pembukaan akauan permulaan sebanyak RM 10.00 disumbangkan oleh kerajaan Negeri Melaka .


Pemenang hadiah kelas terbaik mingguan Tingkatan 1 AL-Ghazali

Thursday, May 20, 2010

Pencapaian pasukan Kriket sekolah

Tahniah kepada pasukan kriket sekolah yang walaupun pertama kali menyertai kejohanan peringkat MSSM Negeri Melaka tetapi telah berjaya ke  separuh akhir. Pasukan bimbingan cikgu Rashid Yassin telah berjaya  sampai ke peringkat separuh akhir dan menduduki tempat keempat dari penyertaan 10 buah pasukan . 


Wednesday, May 19, 2010

Ceramah JPJ

Pada jam 230 petang hari ini di dewan sekolah semua pelajar diberi ceramah mengenai keselamatan jalanraya dan undang-undang yang berkaitan dengannya .Ceramah disampaikan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia  JPJ.Pelajar juga diberi pendedahan tentang kaedah yang betul menunggang basikal dan motosikal dan juga ciri-ciri keselamatan dan tanggungjawab pejalan kaki .Tayangan slide dan keratan berita akhbar banyak memberi mesej positif kepada pelajar dan guru .

Tuesday, May 18, 2010

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun

Pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang diadakan secara serentak di Melaka..Bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4, peperiksaan akan bermula pada minggu hadapan..
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar tingkatan 5, walaupun sedang menjalani peperiksaan penting kerjasama yang anda semua tunjukkan sempena sambutan  
Hari Guru peringkat Sekolah Kali pertama  
amat bererti buat guru-guru SMK Kg. Gelam..

Monday, May 17, 2010

Sambutan hari Guru

Sambutan hari guru kali pertama sekolah kita berlangsung hari ini 17 Mei 2010 dengan aturcara seperti berikut:

  • pembacaan perutusan KPPM dan Menteri Pelajaran
  • Ucapan pengetua, wakil guru dan pelajar
  • lawatan YB Datuk Haji Idris b. Harun Ahli Parlimen Tangga Batu
  • Perlawanan persahabatan guru dan murid
  • Persembahan pelajar dan guru 
  • Jamuan guru 
Warga sekolah berasa sungguh bertuah kerana dikunjungi YB Datuk Hj Idris Harun yang menyampaikan ucap selamat hari guru untuk semua guru dan menyampaikan cenderamata untuk semua guru. Kunjungan YB bersama ahli rombongan disambut oleh YDP dan naib YDP PIBG sekolah .
Koleksi Foto hari guru di Face Book sekolah

Sunday, May 16, 2010

Gotong Royong Perdana



Program gotong perdana kerjasama PIBG dan sekolah dengan Datuk Bandar MBMB  sebagai penaung program telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu 15 Mei 2010. Program bermula seawal jam 730 pagi dengan senam robik beramai-ramai dipimpin staff Pusat Kecemerlangan Korektioal Penjara malaysia dan kemudian dirasmilan oleh wakil MBMB Tn Hj Aziz Majid Pengarah Bahagian  Pengurusan Antarabangsa dan Koperat .Perasmi juga telah menanam pokok gelam bersama YDP PIBG sebagai gimik pelancaran.Terima ksih untuk semua guru, ibubapa, pelajar, AJK PIBG ,Jabatan Bomba, MBMB, JKR, Southtern West dan semua penyumbang yang menjayakan program ini.

Wednesday, May 12, 2010

SUKMA Melaka 2010

Pelajar sekolah kita akan turut sama mewakili Negeri Melaka dalam acara Sukan Malaysia pada 10-19 Jun 2010 nanti . Mereka adalah

Fikri Aiman B Azman  ( 4 ALK)
Acara kuda Endurance park (TIER)

Ahmad Nur Qayyum b Ahmad Rizal ( 2ALK) 
Perahu layar Optimist

Thursday, May 6, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Jadual peperiksan pertengahan tahun SPM 2010

Monday, April 26, 2010

English week

Pelancaran English Week dibuat oleh pengetua semasa perhimpunan rasmi sekolah. Gimik pelancaran pesembahan Choral Speaking oleh pelajar .Antara program yang diatur sepanjang minggu ini ialah

26 April : Treasure Hunt,
27 April : 1 Malaysia Game
28 April : Spell It Right
29 April : Movie Review, Karaoke
30 April : Sweet Message

Pada hari sabtu 24 hb April , semua ibubapa tingkatan 3 dan tingkatan 5 diundang ke sekolah untuk menjayakan program Jari Waris . Program ini membolehkan ibubapa dan guru membincangkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak calon peperiksaan awam 2010. Kunjungan dan kehadiran  YDP PIBG dan Puan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka memberi makna kepada warga sekolah ini sebagai sokongan semua pehak kepada kecemerlangan sekolah.

Thursday, April 22, 2010

Sumbangan basikal oleh YDP PIBG

YDP PIBG Tn Hj Muhamad Ali bin Hj Mohamad telah berbesar hati untuk memberi sumbangan basikal kepada dua orang pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah setiap hari. Kedua pelajar itu adalah Rahmat T3 dan Mardiana Mohd Diah 2ALB .Diharapkan sumbangan ini akan memberi lebih galakan dan semangat kepada kedua pelajar ini . Sumbangan disamapaikan oleh pengetua sekolah dengan kehadiran ibu pelajar berkenaan.

Saturday, April 17, 2010

Aktiviti hari sabtu


Mesyuarat AJK PIBG di bilik mesyuarat utama jam 830 pagi membincangkan agenda gotong royong perdana dan program PIBG

Kursus kepimpinan pelajar SMk Klebang Besar di adakan di dewan sekolah kita 0800pg- 430 petang

Pertandingan Petanque negeri melaka di adakan di Padang Petanque Pantai Kundur,Penyertaan 2 pasukan lekaki dan 2 pasukan perempuan sekolah .

Hari Isnin 19 April majlis penyerahan bangunan sekolah kepada wakil KPM dan JPM di bilik mesyuarat utama .

Friday, April 9, 2010

Eksais Malindo di sekolah




Persekitaran sekolah menjadi sebahagian kawasan latihan bersama Komando Indonesia dan Malaysia dalam Eksais Malindo. Seramai 130 orang komando menginap di blok kokurikulum dan dewan sekolah juga menggunakan kemudahan pendaratan helikopter di padang sekolah.Pelajar dan guru berpeluang menyaksikan perlengkapan perang tentera seperti kenderaan kondo , helikopter dan perlengkapan lain.Eksais itu bermula 4- 8 April 2010.

Friday, April 2, 2010

Berita akhbar Kem kriket


Kursus Kepimpinan Pelajar


Bermula 2 April hingga 4 April unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG dan sumbangan dari YB datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu sekolah mengadakan kursus kepimpinan untuk 101 orang pemimpin pelajar


Pada pagi Sabtu 3 April pelajar , guru dan pekerja menjalankan program gotong royong peringkat sekolah .Tumpuan kawasan adalah persekitaran blok akademik, keceriaan bilik darjah, surau dewan, longkang dan penandaan padang bolasepak. semua peserta juga memanaskan badan dengan aktiviti senamrobik sebelum acara gotong royong bermula.Sebelum bersurai semua murid disediakan minum pagi bersama guru-guru yang lain.