SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Friday, July 9, 2010

Jejak Prestasi



Hari Jumaat 9 julai 2010 bermula jam 9 pagi sehingga 1200 tengah hari sekolah menjemput semua ibubapa untuk hadir ke sekolah bagi menyerahkan rekod pencapaian akademik peperiksaan pertengahan tahun 2010 .

Kehadiran ibubapa di kelas tempat anak-anak mereka belajar dan bertemu dan berbincang dengan guru  kelas dan guru subjek diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi akademik anak-anak mereka.
Terima kasih di atas sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga kepada program ini. 

Thursday, July 8, 2010

Ceramah PDRM

Rabu 7 Julai 2010 , semua pelajar diberikan ceramah bertajuk Remaja dan Salahlaku jenayah disampaikan oleh Cif Inspektor Abu Bakar dan Sargent  Baharuddin dari IPK Melaka Tengah . Ceramah disampaikan di dewan sekolah pada waktu akhir persekolahan dan penceramah menerapkan punca, akibat dan kesan perilaku jenayah dikalangan pelajar sekolah .Turut serta adalah pentadbir dan guru sekolah

Monday, July 5, 2010

Buletin Gelam siri 1/2010


                                              

                                            

Program Permata Ayahbonda

Pada Sabtu 3 Julai 2010 semua pelajar Tingkatan 2 menghadiri program anjuran unit kaunseling sekolah bertajuk Permata Ayahbonda. Program ini mendapat kerjasama Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Program di adakan di dewan sekolah  bermula jam 8 pagi sehingga jam  1 th.


Thursday, July 1, 2010

Semak keputusan peperiksaan pelajar

Sila isikan nombor kad pengenalan pelajar pada pautan ini Q Net untuk melihat dan mencetak keputusan peperiksaan masing-masing.

Tuesday, June 29, 2010

Sambutan Hari Koperasi


Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah berlangsung hari ini di dewan sekolah bermula jam 740 pagi . .Perbagai aktiviti dijalankan berdasarkan garis panduan yang telah diberi oleh pihak ANGKASA
Tema sambutan tahun ini adalah "Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah' dan di rasmikan oleh Tuan Pengetua
Acara perlancaran diisikan dengan

  • Nyanyian lagu koperasi
  • Pembacaan perutusan Hari Koperasi Sekolah
  • Penyampaian sijil koperator terbaik
  • Upacara menanam pokok 
  • Jualan Kiosk Koperasi
Sepanjang sambutan ini beberapa acara telah dirancang seperti berikut :

26 Jun-3 Julai : Jualan Jumbo Sale Kedai Koperasi
25-26 Jun : Kem Remaja Mukmin
26 Jun : Pencerapan Gerhana separa Bulan
28 Jun: Kuiz koperasi
29 Jun : Majlis Pelancaran HKS, Pameran produk Koperasi Desa
30 Jun: pertandingan Produk keusahawanan ahli
1 -2 Julai Pertandingan Petanque dan Futsal/permainan tradisi
3 Julai : Kem Permata  Ayah Bonda
3 Julai : Gotong royong membersihkan kawasan sekolah/kutipan dana kebajikan

Monday, June 28, 2010

Exco Pengawas Tahun 2010/2011


Semasa perhimpunan sekolah pagi ini Unit Hem  membuat pengistiharan barisan kepimpinan baru pengawas untuk sesi 2010/2011 dengan penyerahan bendera sekolah dari ketua pengawas 2009/2010 kepada ketua pengawas yang baru . 
Dalam majlis ini juga warga sekolah pertama kali dipertunjukkan bendera sekolah yang di telah di persetujui bersama .

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Pengawas 
SMK Kampung Gelam 2010/2011

Ketua Pengawas: Muhammad Nazran Bin Kamaludeen
Penolong Ketua Pengawas: Noraisyah binti Yahya
Setiausaha: Nur Baity Binti Nordin
Bendahari : Abidah Binti Mahmud
Ketua Biro Disiplin: Muhammad Aidizan Bin Kusadi
Ketua Biro Gerakan: Muhammad Ammin Syafiq bin Abd Raub
Ketua Biro Majlis dan Keceriaan: Nur Atikah binti Ibrahim
Ketua Biro Kebajikan : Muhammad Amirul bin Md Yusof.

Saturday, June 26, 2010

Kem Remaja Mukmin 2010

Berobjektifkan untuk membentuk sahsiah dan akhlak sebagai seorang remaja muslim sejati .Unit kaunseling sekolah mengadakan program  Kem Remaja Mukmin pada 25-26 Jun 2010. Penglibatan seramai 80 orang pelajar-pelajar tingkatan 4 merupakan program tahunan kali kedua dijalankan dalam bentuk latihan , kerja kumpulan, persembahan kumpulan , LDK, ceramah  tayangan video dan audio bercirikan keislaman dan amali solat.

Pelajar dan guru juga berpeluang untuk solat Qiamullail dan taubat disertai ceramah agama menjelang suboh.Pelajar bermalam dalam khemah di pusat kokurikulum.dan menjalani latihan di dewan dan surau sekolah.
Program ini mendapat kerjasama fasilitator dari Nur Insani Tranning Consultancy dan mendapat sumbangan kewangan dari ADUN Pantai Kundur, PIBG dan peruntukan kaunseling sekolah.
Semoga dapatan dari sesi latihan dalam program sehari ini akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan mempraktikkannnya dalam kehidupan seharian bagi menuju tahap anak soleh  , solehah dan remaja cemerlang.

Saturday, June 19, 2010

Kembali bersekolah semula 21 Jun 2010

Friday, June 18, 2010

Patuhi Undang-undang Jalanraya



Warga sekolah merakamkan takziah dan mengucapkan rasa kesedihan yang amat mendalam kepada keluarga Nurul Ain Fazir 2IBK dan Farah Ardilla Zulkefle 2 ALB yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada Isnin 14 Jun 2010.
Farah Adilla meninggal dunia pada 14 Jun 2010 dikebumikan di perkuburan Bukit Gadong dan Nurul Ain Fazir meninggal dunia pada 18 Jun 2010 dan dikebumikan di perkuburan Tangga Batu. Semoga roh kedua aruah tersebut diampuni dan dirahmati Allah jua hendaknya...Alfatihah..

Sukarelawan SUKMA 2010



Seramai 60 pelajar sekolah kita meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan SUKMA bagi pertandingan petanque di Arena Petanque bertempat di depan sekolah SMK Sri Tanjung. Mereka bertugas sepanjang sukan ini berlangsung dan dibekalkan dengan 3 Tshirt dan 2 set track suit , topi, makanan dan minuman, elauan juga sijil. Tahniah dan syabas kerana bertugas dengan cemerlang dan menyumbang untuk menjayakan SUKMA XIII ini. Mereka juga berasa gembira kerana dapat menyaksikan kontigen Petanque Negeri Melaka memenangi 1 emas, 1 Perak dan 1 gangsa.

Wednesday, June 16, 2010

Pasukan sorak SUKMA


Seramai 80 orang murid dan 5 orang guru menjadi kumpulan pasukan sorak dan penyokong bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam SUKMA 2010. Mereka terlibat secara bergiliran selama 4 hari berturut-turut dan mengunjungi tempat pertandingan seperti stadium, Utem, MITC , stadium bukit Serindit, arena Petanque, Bola pantai dan persekitaran kompleks sukan Hang Jebat. Semua mereka diberikan Tshirt dan topi.


Sunday, June 13, 2010

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cikgu Nurul Nadiah Borhan yang selamat melangsungkan pernikahannya pada hari Sabtu 12 JUN 2010 di Ayer Keroh . Kehadiran rakan guru dan pelajar menumpang gembira kerana inilah guru pertama yang bernikah selepas pembukaan sekolah kita.Semoga Pn Nurul dan suami berbahgia membina mahligai bersama keluarga tercinta

Monday, June 7, 2010

Perkampungan Ilmu PMR dan SPM 2010

Tn Hj Samad Buang sedang memberi ceramah Bahasa Melayu SPM


                                        
Calon PMR sedang tekun mencatat  nota ceramah di PSS

Sempena cuti sekolah ini semua panatia bergabung dengan unit kaunseling sekolah mengadakan Perkampungan Ilmu untuk calon PMR dan SPM sekolah dari 7- 11 Jun 2010. Seramai 19 penceramah dijemput membantu sekolah untuk memberi pendedahan dan kemahiran meenjawab soalan kepada calon peperiksaan sekolah tahun ini. Diharapkan program ini akan memberi manafaat yang besar kepada pelajar dan guru disamping mengisi masa cuti dengan berfaedah.

Ustaz Abdullah Tahir sedang memberi penerangan subjek P.Islam SPM
PMR
Isnin: Geografi , Kemahiran Hidup
Selasa: Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam
Rabu: Matematik
Jumaat: Bahasa Melayu

SPM
Isnin : Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris
Selasa :Tasawwur Islam,Pendidikan Islam
Rabu:Geografi
Khamis: Sains
Jumaat:Matematik, Penfdidikan Seni Visual

Larian Baton sempena SUKMA XIII


Pelajar dan guru bersama menyertai larian baton sempena SUKMA 2010 anjuran ADUN Pantai Kundur pada Sabtu 5 Jun 2010 di hadapan sekolah dan ke Pantai Puteri .




Seawal jam 7 pagi pelajar dan guru menyertai senamrobik di Pangkalan Nelayan dan menyambut kontigen larian di hadapan sekolah kemudian menyertai program penyerahan Baton kepada ADUN Sg Udang di Pantai Puteri .

Saturday, June 5, 2010

..SELAMAT BERCUTI...

Hari ini merupakan hari pertama cuti persekolahan penggal kedua..
Walaupun cuti sekolah, SMK Kg. Gelam masih tidak kesunyian. Pada hari ini telah berlangsung acara larian Baton sempena SUKMA..

Larian Baton diketuai oleh tuan pengetua, En.Roszelan b. Majid dan diikuti oleh guru-guru serta pelajar..Di samping larian baton,pelajar juga berpeluang mengadakan persembahan di dataran sekolah.Pada masa yang sama, pelajar sekolah turut menyertai senamrobik yang diadakan di Lereh. Semua pastinya untuk memeriahkan acara sukan berprestij ~SUKMA~ dan tanda sokongan padu pihak sekolah kepada kerajaan Negeri Melaka yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.

                                ~Selamat bercuti kepada warga sekolah~
                       ~ Selamat ber 'SUKMA' kepada rakyat Negeri Melaka~


Monday, May 31, 2010

In House Tranning

Dengan kerjasama JPM  pentaksir negeri bagi subjek bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Geografi dan Sejarah membantu memberikan latihan In house untuk semua panitia yang terlibat. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kaedah yang tepat untuk menjalankan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah bagi PMR dan SPM.Latihan dalam bentuk ceramah dan bengkel ini dijalankan di bilik mesyuarat guru di sekolah pada waktu petang.PBS merupakan satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Friday, May 28, 2010

Peperiksaan Pertengahan tahun bermula

Suasana semasa pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang bermula minggu ini,Semoga mereka semua membuat persediaan yang rapi dan menjawab dalam keadaan tenang dan lulus semua subjek.


Thursday, May 27, 2010

Port Luck meraikan guru pelatih

Pada hari ini, telah diadakan port luck untuk kesekian kalinya. Selain mengeratkan silaturahim antara guru-guru,port luck ini antara lain adalah untuk meraikan perpisahan guru praktikal PERTAMA di SMK. Kg. Gelam.Pelbagai makanan telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Selain mengajar, terbukti guru-guru SMK Kg. Gelam berkemahiran tinggi dalam masak-memasak..

Majlis meraikan tamatnya latihan amali guru pelatih Mazleen bt Mohd Derus (UITM) dan Abdul Hadi b. Rasimin (UUM) Dpli UPSI yang ditempatkan di sekolah ini dari 1 Mac -26 Mei 2010 berlangsung di kantin dengan jamuan makan tengah hari oleh kelab guru.Terima kasih dan selamat maju jaya utk mereka berdua.


 En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen memotong kek bersama guru pembimbing Puan Ramlah dan Pn Rohimah 

Wednesday, May 26, 2010

pertandingan badminton dan bola jaring sempena hari guru 2010

Sempena sambutan Hari Guru 2010, SMK. Kg. Gelam telah mengadakan pertandingan badminton dan bola jaring. Pertandingan tersebut diadakan lebih awal daripada majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Bagi pertandingan badminton, peserta-peserta terdiri daripada kalangan guru-guru. Pertandingan yang diadakan hanyalah beregu campuran dan diadakan pada 12 dan 14 Mei 2010

berikut adalah pasangan beregu:
1. Cikgu Abdull Aziz b. Nahar + Cik Mastura
2. En. Ramlan b. Hassan + Pn. Siti Norashikin
3. En. Mohd Qayyum Rahman + Cik Norhafizah Hassan
4.En. Abdul Hadi + Cik Mazleen
5. Ustaz Sabri + Puan Zalizah
6. Cikgu Mat Saat + Pn. Nik Zaleha
7.En. Mohd Qayyum + Pn. Rossamizana

Pemenang bagi pertandingan ini diungguli oleh pasangan En.Ramlan dan Pn. Siti Norashikin diikuti oleh En. Abdull Aziz dan Cik mastura seterusnya En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen serta En. Mohd Qayyum dan Cik Norhafizah Hassan.

Bagi pertandingan bola jaring pula, pesertanya terdiri daripada kumpulan guru menentang kumpulan pelajar. Kenangan manis buat kumpulan guru kerana telah menjaringkan bola sebanyak 7 berbalas 1. Seterusnya melayakkan kumpulan guru menjadi johan. Pertandingan ini telah diadakan pada 14 Mei 2010.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memeriahkan arena sukan di SMK Kg. Gelam dan tidak lupa juga kepada pemenang-pemenang. Harus diingat, johan-johan supaya tidak mudah leka..Cabaran menanti anda di masa akan datang.Kejuaraan perlu dikekalkan, saingan pula mungkin bertambah sengit.
Kita nantikan pertandingan akan datang.