Thursday, February 3, 2011
Friday, January 28, 2011
Keselamatan Jalan Raya
Sempena Program Juara Rakyat Parlimen Tangga Batu seramai 10 orang pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah di pilih untuk diberi topi keledar keselamatan .Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran menyerahkan topi keledar tersebut yang tidak sempat disampaikan pada hari kelmarin kepada pelajar terbabit dalam suatu majlis ringkas di sekolah pagi tadi bersama beberapa guru yang lain.Terima kasih kepada Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia yang memberi sumbangan kepada pelajar SMeK-G.
Thursday, January 27, 2011
Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat
Persekitaran sekolah pagi ini dikunjungi oleh pelajar dan guru dari Parlimen Tangga Batu bagi memenuhi jemputan Program Motivasi dan Kerjaya Juara Rakyat kawasan Parlimen ini. Sesi ceramah berlangsung di dewan sekolah dengan pengisian ceramah motivasi pelajar dan kerjaya oleh penceramah jemputan Parlimen Tangga Batu.
Sekolah yang terlibat ialah SMK Kampung Gelam, SMK Malim, SMK Klebang Besar, SMK Seri Tanjong, SMK STAM ,SMA Al-Ahmadi dan SMK Bukit Rambai. Seramai lebih 900 orang pelajar dan guru hadir di mana makanan , minuman dan pengangkutan disediakan oleh Parlimen Tangga Batu.
Di dewan serbaguna di adakan pameran oleh badan-badan berkanun dan kolej pendidikan untuk dikunjungi oleh semua pengunjung terdiri dari guru, ibubapa dan pelajar yang hadir.
Antara peserta pameran adalah wakil dari Kolej Komuniti dan Institut Skill-Tech
Di sebelah petang sesi perasmian program bersama komuniti setempat bersama ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron .
Tuesday, January 25, 2011
Penambahbaikan kantin
1/25/2011 11:29:00 AM
No comments
Suasana semasa waktu rehat di kantin sekolah . Pihak sekolah juga telah siap memasang penghadang untuk beratur di kaunter rehat, dan juga menghias meja makan dengan bahan pengajaran serta lapik meja .
Sunday, January 23, 2011
Program Sabtu 22 Jan
Unit bimbingan dan kaunseling sekolah bersama empat orang guru mengiringi 40 pelajar ke program tersebut yang berlangsung di MITC Melaka
Saturday, January 22, 2011
Makmal Komputer
Pelajar dan guru sudah mula menggunakan kemudahan makmal komputer yag telah di pasang 42 buah komputer dalam dua makmal . Pembelajaran komputer untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah bermula sejak minggu pertama persekolahan 2011.
Friday, January 21, 2011
Aktiviti minggu ke-2 dan ke-3
1/21/2011 10:42:00 AM
No comments
| Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu kedua ialah 1. Tahniah kepada GKMP yang baru dilantik GKMP kemanusiaan: Pn. Ramlah bt. Baba GKMP Teknik vokasional : En. Abdul Karim b. Bohari GKMP Bahasa : Pn. Rohimah GKMP Sains dan matematik : En. Goh Mun Hock 2. Mesyuarat agong unit beruniform pula telah diadakan pada hari rabu (12 hb jan 2011) Tahniah kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik ahli-ahli unit masing2..semoga anda semua berjaya menjalankan tugas dengan baik. 3.Ceramah kesihatan untuk pelajar T1 perempuan Khamis 13 Jan Manakala pada minggu ketiga pula, aktiviti yang telah berlangsung pula ialah 1. Mesyuarat agong persatuan pada 19hb jan 2011 2. Pemilihan pemain badminton juga diadakan pada 19 hb jan 2011. Kepada pelajar yang telah terpilih, tingkatkan usaha untuk majukan sukan sekolah. Manakala pelajar yang masih belum berpeluang pergi ke pemilihan boleh berbuat demikian pada minggu hadapan 3. Pada hari Sabtu (22 hb Jan 2011), di MITC akan diadakan karnival kerjaya . Dijemput ramai2 memeriahkan dan dapatkan info2 yang menarik di sana... 4.Mesyuarat AJK kecil PIBG hari Sabtu 22 Jan 2011 ...selamat berhujung minggu bersama keluarga.... |
Friday, January 7, 2011
Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan
03 Januari 2011-Perhimpunan Rasmi Sekolah pada jam 7.30 pagi dan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1
06 Januari 2011-Majlis Penutupan Program Didikan Kasih Mesra Tingkatan 1 di Dewan Utama
07 Januari 2011-Majlis bacaan Yassin pada hari Jumaat di Surau Sekolah
06 Januari 2011-Majlis Penutupan Program Didikan Kasih Mesra Tingkatan 1 di Dewan Utama
07 Januari 2011-Majlis bacaan Yassin pada hari Jumaat di Surau Sekolah
Sunday, January 2, 2011
Saturday, January 1, 2011
Hari Pendaftaran Pelajar Baru T1 tahun 2011
Program di dewan adalah seperti berikut
- nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya
- bacaan doa oleh Ustaz Halim
- Ucapan YDP PIBG
- pengenalan sekolah melalui tayangan video
- ucapan pengetua
- pembacaan ikrar pelajar baru
- pendaftaran di kelas
- jamuan ibubapa dan pelajar
- pembelian buku dan kelengkapan sekolah di koperasi sekolah
Selamat datang kepada semua pelajar baru dan semoga kumpulan ini akan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang satu hari nanti.
Thursday, December 30, 2010
Mesyuarat Guru sesi 2011
Semua guru hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada pagi ini bermula jam 0830 pagi. Pengisian mesyurat hari ini adalah untuk menjelaskan peranan dan pembahagian tugas setiap bidang pengurusan sekolah, kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada cikgu Basri Bin Jamaluddin yang dikurnikan anak lelaki pada jam 3 pagi hari Khamis 30 Dis..Begitu juga tahniah kepada Pn Roslinda pembantu pengurusan murid yang juga dikurniakan anak lelaki pada 28 Dis .
Semasa baru memulakan mesyuarat guru pagi ini , satu lagi khabar gembira diterima iaitu Pn Samimi juga selamat melahirkan anak lelaki pada jam 8 pagi ini. Tahniah dan semoga Pn Samimi cepat sembuh kerana anugerah cahayamata kedua keluarganya .
Thursday, December 23, 2010
kEPUTUSAN PMR 2010
Keputusan PMR 2010 yang diumumkan hari ini merupakan kumpulan pelajar pertama sejak sekolah dibuka yang menduduki PMR .
Secara keseluruhan pencapaian 77 orang pelajar dan pencapaian subjek didapati melebihi jangkaan sekolah Peratusan lulus semua subjek dengan minimum gred D adalah 61% dengan GPS 3.08.Pelajar terbaik ialah Muhamad Na'im bin Mohd Yusof Jamal yang mendapat 6A2B.
Syabas dan tahniah untuk guru dan pelajar yang telah cuba sedaya upaya memberikan hasil terbaik setelah belajar di sekolah bermula di tingkatan 2 pada tahun 2009. Adalah diharapkan kumpulan kedua PMR sekolah ini pada tahun 2011 akan mengatasi keputusan ini untuk membuktikan pelajar SMeK-G setanding dan mampu membuat yang terbaik.
Tuesday, December 21, 2010
Keputusan PMR pada 23 Dis 2010
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
* Makluman kepada para pelajar SMeK-G, anda diminta berpakaian lengkap seragam sekolah semasa mengambil keputusan nanti. Harap maklum...
Penerimaan Alatan ICT Bagi 2 Makmal Komputer
Diharapkan dengan kewujudan 2 buah makmal ICT ini akan menjadi salah satu pemangkin ke arah melahirkan warga SMeK-G yang celik IT.
Monday, December 20, 2010
Pertukaran guru ke sekolah
En Basri Bin Jamaluddin dari SMK Simanggang , Sri Aman Sarawak melapor diri ke sekolah kita hari ini. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bagi opsyen ekonomi dan Pendidikan Jasmani . Selamat datang dan diharapkan cikgu akan terus menyumbang bakti untuk mendidik anak-anak di SMeK-G pula.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, December 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



























