SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Saturday, April 30, 2011

Karnival ePPDA PPDMT

Penyertaan  pelajar sekolah kita dalam pertandingan ePPDA peringkat PPD Melaka Tengah  di Melaka Mall pagi tadi telah memberikan keputusan yag boleh dibanggakan. Peserta sekolah bertanding dalam 4 kategori dan pencapaian mereka adalah seperti berikut

Johan melukis Menengah Atas
Naib Johan melukis Menengah redah
Ketiga Puisi
Ketiga persembahan Multimedia

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

LDP Lanscape

Pagi tadi semua guru mengahadiri kursus hiasan taman yang dikendalikan oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Guru dan pekerja juga berpeluang untuk mempraktikkan ilmu dalam bilik kuliah dengan menjalani praktikal menanam pokok hiasan sumbangan kolej komuniti di kawasan lapang blok pentadbiran..Terima kasih untuk sumbangan dan kerjasama guru menjayakan program hari ni...walaupun penat tapi semuanya seronok memberi sumbangan untuk sekolah.

Wednesday, April 27, 2011

Program Bergerak Hati ke Hati


Tuesday, April 26, 2011

Penutup Minggu e-PPDA

Johan melukis menengah atas
Pada hari Isnin semasa perhimpunan sekolah , penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan dalaman Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah telah di adakan .Pertandingan yang terlibat adalah penulisan , pembacaan puisi, menghias sudut Dadah dan  melukis.Hadiah disampaikan oleh Pengetua sekolah .
Johan Melukis Menengah Rendah

Friday, April 15, 2011

Penyampaian Cek Takaful Malaysia

Di Pejabat sekolah Pengetua menyampaikan cek kepada dua keluarga pelajar kita yang meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalanraya bagi pihak Syarikat Takaful Malaysia.



Tuesday, April 12, 2011

Sayembara Puisi dan Lagu

Peserta SMeK-G sedang membuat persembahan

Bertempat di Dewan Utama sekolah kita petang ini di adakan pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah . Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk dipilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri pada bulan Mei nanti.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG KG Gelam Tn Hj Hashim Kalil yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Keputusan pertandingan adalah

  1. SMK Tun Mutahir
  2. SMK Malim
  3. SMK Munsyi Abdullah

Tema pertandingan tahun ini adalah Satu Malaysia .Tahniah dan syabas kepada sekolah yang berjaya dan terima kasih untuk semua jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada warga SMeK-G.

Monday, April 11, 2011

Kursus Pemantapan Jati Diri Ting.5 dan Kursus Proses Teknik Buku

Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan kursus pemantapan jati diri untuk pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh pelajar kolej universiti islam Melaka. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menghadirkan diri untuk program berkenaan. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa hujung minggu bagi memastikan program ini berjalan lancar. 
Unit PSS turut mengadakan kursus proses teknik buku bagi memantapkan pengurusan perpustakaan sekolah. Terima kasih kepada pengawas perpustakaan yang menghadiri kursus. Semoga kursus ini banyak memberi manfaat dan info tambahan kepada pelajar.

Friday, April 8, 2011

SUKANTARA

Unit Sukan SMK. Kampung Gelam telah berjaya menganjurkan sukantara antara rumah sukan. Acara ini telah mengambil masa selama 2 hari. Acara pada tahun ini ialah 100 meter lari, lempar cakera, lontar peluru, lompat jauh. Para pelajar bersemangat kesukanan yang tinggi demi menyumbang mata kepada rumah masing-masing.

Pada hari rabu, pelajar ting.4 dan 5 menyertai acara larian 100meter dan lompat manakala pelajar ting.1,2 dan 3 pula acara lontar peluru dan lempar cakera.

pada hari khamis, pelajar ting 1,2 dan 3 pula membuat larian 100 meter dan lompat jauh. Manakala pelajar ting 4 dan 5 pula mereka melontar peluru dan lempar cakera.

Pada acara sukantara 2011 ini juga, merupakan kali pertama padang digunakan untuk acara balapan. Oleh itu, pelajar tahun 2011 merupakan perasmi acara padang di padang SMK. Kampung Gelam.

Pencapaian Q Net JPM


Sunday, April 3, 2011

Mighty MInds Challenge

Pada 2 April 2011 yang lepas, 3 orang pelajar tingkatan 2 Al-biruni telah mewakili sekolah untuk pertandingan RHB & The Star : mighty Minds challenge bertempat di Dataran Pahlawan. Pertandingan in terbahagi kepada 2 bahagian iaitu menengah rendah dan menengah atas. Sekolah kita hanya menghantar wakil menengah rendah.

 Mengenai keputusan pertandingan, walaupun sekolah kita tidak berjaya menempatkan diri dalam 15 pasukan terbaik, tetapi mereka berjaya berada dalam kelompok top 20. Hal ini menyebabkan wakil sekolah kita tidak dapat meneruskan pertandingan kerana hanya top 15 sahaja yang dipilih ke peringkat yang kedua. Namun usaha dan komitmen yang diberikan oleh wakil sekolah amat membanggakan.

tahniah kepada wakil sekolah kita, iaitu
1. Mohd Nabir
2. Siti Khairiyah
3. Nurliyana


Saturday, April 2, 2011

Pertukaran dan Kenaikan PAngkat


Pada hari Jumaat di adakan majlis perpisahan untuk PK Pentadbiran En Abdull Aziz bin Nahar yang bertukar ke Jabatan Pelajaran Melaka sebagai Ketua Unit Sekolah Menengah .Majlis bermula dengan bacaan yassin, ucapan ketua pelajar, pengerusi kelab staff , ucapan pengetua dan ucapan En Aziz. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kenangan dari kumpulan pelajar dan mengiringi En Aziz ke pintu pagar sekolah .

Bertempat di Klebang Beach Resort pada jam 3 petang kelab staff meraikan En Aziz dengan jamuan High Tea.Dimajlis yang sama Tn Pengetua mengumumkan kenaikan pangkat Tn Hj Samsudin Abdullah PK HEM sebagai PK Pentadbiran yang baru, juga PK Koku En Ramlan Hasan sebagai PK Hem yang baru bermula 1 April 2011 selepas mereka berdua menerima surat rasmi dari Pegarah Jabatan Pelajaran Melaka .
Tahniah dan syabas untuk semua  yang menjayakan kedua majlis pada hari ini.Semoga SMeK-G terus cemerlang .

Wednesday, March 30, 2011

Olahraga Kawasan Tanjung 2011



Wakil sekolah yang memenangi pingat Perak dan Gangsa dalam kejohanan olahraga kawasan Tanjung yag berlagsung dari 29 hingga 31 Mac 2011 di Stadium Hang Jebat.

Monday, March 28, 2011

Tahniah Kepada 2 Al-Biruni

Majlis pelancaran blog dan majalah keluaran khas daripada pelajar 2 Al-Biruni 2011 telah berlangsung dengan jayanya..

Blog dan majalah ini merupakan hasil kerja dan inisiatif pelajar sendiri. Mereka memulakan langkah dengan menerbitkan majalah keluaran januari tanpa pengetahuan guru. Ini bermaksud edisi januari mereka adalah seratus peratus hasil kreativiti dan karya pelajar. Bermula dari sini, guru-guru membantu memberi panduan. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Pn. Ungku Khairunisa, pertolongan guru adalah minima. yang selebihnya adalah usaha pelajar sendiri.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pelajar-pelajar ini. Semoga usaha-usaha mereka akan membuahkan hasil yang lebih cemerlang di akan datang.
Pada perhimpunan minggu ini juga disampaikan hadiah dan sijil-sijil penyertaan untuk pertandingan hafazan, kriket kebangsaan dan petanque Negeri Melaka.

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah SPM 2010

Kelulusan 100%  bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Science.

Wednesday, March 16, 2011

Program Pemantapan Akademik PMR & SPM 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Mata Pelajaran menganjurkan "Program Pemantapan Akademik PMR & SPM Tahun 2011" yang dijalankan sepanjang cuti suku penggal pertama persekolahan bermula dari 14hb - 17hb Mac 2011 (Isnin hingga Khamis).
Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menghadirkan diri dan tidak jemu mengikuti program yang dianjurkan. Juga penghargaan terima kasih kepada semua GKMP, Panitia-panitia Mata Pelajaran dan guru-guru akademik yang telah menjayakan program ini.

Thursday, March 10, 2011

Majlis pelantikan pengawas sekolah

Hari selasa (8 mac 2011): Majlis pelantikan pengawas sesi 2011/2012 SMK Kampung Gelam. Majlis penyerahan watikah pelantikan melibatkan pengawas sekolah, pengawas PSS, pengawas koperasi, pengawas ICT, pengawas SPBT dan PRS. Diharapkan dengan pelantikan ini para pelajar bersemangat untuk menunaikan amanh yang diberikan bagi membantu membangunkan sekolah ke arah yang lebih cemerlang.Tetamu kehurmat adalah Tn Hj Manan Bin Umar ,Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka

Wednesday, March 9, 2011

Aktiviti minggu ini..


Hari Rabu (9 mac 2011): Acara merentas desa antara rumah sukan. Acara berlangsung jam 2 hingga 430 petang. Para pelajar begitu bersemangat kesukanan yang tinggi bagi menyumbang markah kepada rumah sukan masing-masing. Keputusan menunjukkan rumah Satria sekali lagi merangkul juara keseluruhan bagi acara merentas desa bagi tahun kedua. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang bersemangat pada hari ini.
Mesyuarat pengelolaan sayembara pusi PPDMT

Wednesday, March 2, 2011

Brosur Sekolah


Monday, February 28, 2011

Kejayaan Perahu Layar


Tahniah kepada pelajar sekolah SMeK-G Ahmad Nur Qayyum Bin Ahmad Rizal yang berjaya memenangi Johan pertandingan perahu Layar MSSM Negeri Melaka  di Tanjung Bidara .Beliau juga memenangui tempat Pertama dan naib johan dalam pertandingan peringkat Negeri Johor dalam kategori Laser dan Optimist bawah 15 tahun. 

Friday, February 25, 2011

SMeK-G peroleh gangsa Kejohanan Kriket MSSM Melaka

Hari ini pasukan Kriket SMeK-G memperoleh tempat ke-3 dalam Kejohanan Kriket MSSM Peringkat Negeri Melaka 2011. Pertandingan ini telah dikelolakan sendiri oleh SMK Kampung Gelam yang telah bermula selama 5 hari iaitu dari 21 - 25hb Februari 2011.


Program perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Hj. Ab. Karim ADUN Kawasan Pantai Kundor. Pertandingan bagi bawah 12 tahun telah dimenangi oleh SK Lereh, diikuti Naib Johan SK Tg. Minyak dan Ke-3 SK Bandar Hilir. Manakala bagi kategori bawah 18 tahun pula dimenangi oleh SMK Malim, diikuti SMK Sains Muzaffar Syah dan SMK Kampung Gelam bagi tempat ke-3. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kriket MSSM Melaka pada kali ini.