SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Sunday, July 17, 2011

LDP Kelompok

Pada 16 Julai 2011 hari Sabtu SMK Infant Jesus Convent, SMK Klebang Besar dan SMK Kampung Gelam bergabung untuk mengadakan Latihan dalam perkhidmatan bertempat di dewan sekolah SMeK-G. Kehadiran pentadbir bersama hampir 200 guru amat menggalakkan.
Penceramnah jemputan adalah En Mohd Dawi Bin Ithnin Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Genting Highland yang juga Ketua Jabatan Kaunseling IAB.

Objektif latihan minggu ini adalah
  • memartabatkan profesion keguruan dengan mempraktikkan budaya kerja cemerlang
  • mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam amalan P&P
  • merapatkan hubungan rakan sejawat 

Ceramah yang disampaikan bertajuk
1. Budaya Kerja Cemerlang
2. Memartabat Profesion Keguruan Melalui Budaya Kerja Cemerlang

Program yang bermula jam 8 pagi itu tamat pada jam 130 ptg ....
Foto lain di pautan FB SMeK-G

Tuesday, July 12, 2011

Aktiviti Awal Julai

Pelbagai akviti mewarnai persekolahan akhir Jun dan awal bulan Julai.

Pada 28 Jun 2011 telah diadakan majlis pelancaran minggu koperasi. Majlis berlangsung dengan begitu meriah dan gempak. Persembahan gamelan gabungan guru dan pelajar begitu menarik sekali dipertontonkan di hadapan warga dewan. Minggu koperasi telah berlangsung selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti menarik.

Pada 2 Julai pula ialah larian Satu Murid Satu Sukan yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Larian dimulai dengan tayangan secara langsung melalui eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah. Para guru dan pelajar bersemangat mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti sukan telah di adakan pada hari tersebut.

4 Julai 2011 pula merupakan majlis penutupan minggu Sains dan matematik. Pelajar yang menyertai dan memenangi pertandingan menerima hadiah masing-masing. Minggu sains dan matematik ini dijalankan serentak bersama minggu koperasi.

manakala dari unit PSS pula, bulan Julai merupakan sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan majlis penyerahan tugas watikah Badan Pengawas sesi 2010/2011 kepada Badan Pengawas sesi 2011/2012.

Semoga dengan pelbagai aktiviti yan g dirancang oleh guru dan pihak sekolah dapat menarik dan mengalakkan pelajar aktif melibatkan diri dengan setiap aktiviti. Penglibatan pelajar ini sesungguhnya sangat memberi makna kepada sekolah sebagai tanda sayang pelajar terhadap sekolah.

Exco Pengawas 2011/2012


Thursday, June 23, 2011

Warna Warni sukan Tahunan..Satria Menang lagi..tahniah!

Petang ini, 23 Jun 2011 telah berlangsung sukan tahunan SMK Kampung Gelam dengan meriahnya..

Sukan tahunan kali kedua ini bertambah meriah dengan adanya acara balapan yang menyaksikan julung-julung kali padang sekolah digunakan..

Sukan tahunan kali ini membuktikan kekuatan rumah satria yang telah muncul juara untuk kali kedua berturut-turut..cabaran hebat untuk mengekalkan kedudukan ini untuk tahun hadapan..

manakala waja pula memenangi pertandingan gerbang bagi pertandingan rumah sukan..Wira juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi acara pembarisan..

Acara yang memukau warga sekolah adalah acara tarik tali yang menyaksikan final antara satria dan wira.. namun satria terpaksa mengalah kepada kekuatan ahli-ahli rumah wira...





akhir kalam...Majulah sukan Untuk SMEK-G....Tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi..

Sunday, June 19, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar

Bertempat di Hutan Rekreasi Sungai Udang, bermula pada 17 hingga 19 Jun 2011 telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK Kampung Gelam 2011. Program selama 3 hari yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Lembaga Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, SPBT, Koperasi dan PRS ini bermatlamat bagi mewujudkan barisan pemimpin pelajar yang dapat mengenal potensi diri dan tanggungjawab serta peranan masing-masing dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmonis demi mewujudkan budaya cemerlang dalam semua aspek. Peserta yang dihadiri seramai 80 orang pelajar ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas ICT, Pengawas BOSS, Koperasi dan PRS. Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan serta gambaran yang lebih jelas kepada para pemimpin pelajar tentang misi dan visi SMK Kampung Gelam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Nur Insani Konsultansi selaku fasilitator dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

"KEPIMPINAN MEMBENTUK SAHSIAH UNGGUL"





Friday, May 27, 2011

Penyerahan Komputer 1malaysia

Pada hari Jumaat terakhir semester ini sekolah mengelolakan program penyerahan komputer 1 Malaysia untuk Dewan Undangan Pantai Kundur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Adun sendiri bertempat di dewan sekolah. Sementara itu semua ibubapa dan pelajar yang hadir telah dijamu dengan makan tengah hari dan berpeluang untuk mengunjungi gerai Telekom dan Celcom di dewan serbaguna. Seramai 82 pelajar SMeK-G menerima bantuan ini bersama 320 pelajar dari SMK Seri Tanjung. 
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat komputer 1malaysia untuk DUN Pantai Kundur yang telah diserahkan dalam satu majlis pada hari ini di dewan SMK. Kampung Gelam. Semoga pemberian komputer 1Malaysia itu dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan produktif dalam diri pelajar. Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan lancar.

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru 2011










Sambutan Hari Guru dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" telah disambut dengan meriah sekali pada 16 Mei 2011 di Dewan Utama SMeK-G. Majlis dimulakan pada jam 8.00 pg dengan perarakkan masuk guru-guru ke Dewan Utama dan dimulakan dengan acara rasmi iaitu doa, bacaan perutusan, nyanyian lagu tema dan nyayian lagu Kami Guru Malaysia.









Seterusnya adalah acara sukaneka yang berlangsung selama 1 jam. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara persembahan di dalam dewan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar dari ting 2 Al-Biruni, seloka dari tingkatan 3 A-Biruni  dan 3 Al-Khawarizmi, silent drama, nyayian dan akhir sekali di tutup dengan meriahnya melalui persembahan gamelan yang memukau tumpuan audiens yang dimainkan oleh kumpulan Gema Ilusi pimpinan oleh Cikgu Norhisyam serta tarian 1Malaysia yang penuh warna-warni dari kumpulan Gemelai Tari. Semoga acara yang telah disusun oleh Kelab Staf dan Rekreasi SMeK-G dengan kerjasama Badan Pengawas ini dapat mengeratkan lagi kemesraan antara guru-guru dengan para pelajar.




Thursday, May 12, 2011

Perutusan TPM


Wednesday, May 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun

TINGKATAN 5

Selasa       10 Mei : Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2
Rabu         11 Mei : Matematik 1, Bahasa Inggeris 1,B. Inggeris 2
Khamis     12 Mei : Matematik 2, Pend Islam 1
Jumaat      13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1

Rabu        18 Mei : Fizik 2, Sains 2,Sains 1, Fizik 3, Pend Seni Visual 1
Khamis    19 Mei : Bio 1,Perd 1, Ekon 1,Bio 3,Bio 2,Perd 2, Ekon 2
Jumaat     20 Mei : Kimia 1,Kimia 3,Pend Seni Visual 2

Isnin        23 Mei : Add Mth 2,Akaun 2,ERT 2,Add Mth 1,Akaun1,ERT 1
Selasa     24 Mei :Kimia 2, Geografi 2, Fizik 1
Rabu       25 Mei : PSK , PJK
Khamis   26 Mei : Pen Islam 2,
Jumaat    27 Mei : Geografi 1

TINGKATAN 4
Khamis 12 Mei :BM 1,BM 2
Jumaat  13 Mei : Sejarah 2, Sejarah 1

Rabu      18 Mei  : BI 2, Math 1 , BI 1
Khamis  19 Mei : Bio 2,Geog 2,Bio 3, Geog 1, Bio 1,ERT 1, seni visual 1
Jumaat   20 Mei : Sains 1, Kimia 1, Fizik 1, ERT 2, Ekonomi 2

Isnin       23 Mei : Mth 2, Fizik 3, Pen Islam 2
Selasa    24 Mei : Pen Islam 1, akaun 1 , Perd 1, Fizik 2
Rabu      25 Mei :Kimia 2,Sains 2, Add Mth 1, Perd 2
Khamis   26 Mei :akaun 2,Kimia 2, Ekon 1, PSK , PJK
Jumaat    27 Mei: Add Mth 2, Seni Visual 2,

Hari Ibu

Saturday, April 30, 2011

Karnival ePPDA PPDMT

Penyertaan  pelajar sekolah kita dalam pertandingan ePPDA peringkat PPD Melaka Tengah  di Melaka Mall pagi tadi telah memberikan keputusan yag boleh dibanggakan. Peserta sekolah bertanding dalam 4 kategori dan pencapaian mereka adalah seperti berikut

Johan melukis Menengah Atas
Naib Johan melukis Menengah redah
Ketiga Puisi
Ketiga persembahan Multimedia

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

LDP Lanscape

Pagi tadi semua guru mengahadiri kursus hiasan taman yang dikendalikan oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Guru dan pekerja juga berpeluang untuk mempraktikkan ilmu dalam bilik kuliah dengan menjalani praktikal menanam pokok hiasan sumbangan kolej komuniti di kawasan lapang blok pentadbiran..Terima kasih untuk sumbangan dan kerjasama guru menjayakan program hari ni...walaupun penat tapi semuanya seronok memberi sumbangan untuk sekolah.

Wednesday, April 27, 2011

Program Bergerak Hati ke Hati


Tuesday, April 26, 2011

Penutup Minggu e-PPDA

Johan melukis menengah atas
Pada hari Isnin semasa perhimpunan sekolah , penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan dalaman Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah telah di adakan .Pertandingan yang terlibat adalah penulisan , pembacaan puisi, menghias sudut Dadah dan  melukis.Hadiah disampaikan oleh Pengetua sekolah .
Johan Melukis Menengah Rendah

Friday, April 15, 2011

Penyampaian Cek Takaful Malaysia

Di Pejabat sekolah Pengetua menyampaikan cek kepada dua keluarga pelajar kita yang meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalanraya bagi pihak Syarikat Takaful Malaysia.



Tuesday, April 12, 2011

Sayembara Puisi dan Lagu

Peserta SMeK-G sedang membuat persembahan

Bertempat di Dewan Utama sekolah kita petang ini di adakan pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah . Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk dipilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri pada bulan Mei nanti.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG KG Gelam Tn Hj Hashim Kalil yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Keputusan pertandingan adalah

  1. SMK Tun Mutahir
  2. SMK Malim
  3. SMK Munsyi Abdullah

Tema pertandingan tahun ini adalah Satu Malaysia .Tahniah dan syabas kepada sekolah yang berjaya dan terima kasih untuk semua jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada warga SMeK-G.

Monday, April 11, 2011

Kursus Pemantapan Jati Diri Ting.5 dan Kursus Proses Teknik Buku

Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan kursus pemantapan jati diri untuk pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh pelajar kolej universiti islam Melaka. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menghadirkan diri untuk program berkenaan. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa hujung minggu bagi memastikan program ini berjalan lancar. 
Unit PSS turut mengadakan kursus proses teknik buku bagi memantapkan pengurusan perpustakaan sekolah. Terima kasih kepada pengawas perpustakaan yang menghadiri kursus. Semoga kursus ini banyak memberi manfaat dan info tambahan kepada pelajar.

Friday, April 8, 2011

SUKANTARA

Unit Sukan SMK. Kampung Gelam telah berjaya menganjurkan sukantara antara rumah sukan. Acara ini telah mengambil masa selama 2 hari. Acara pada tahun ini ialah 100 meter lari, lempar cakera, lontar peluru, lompat jauh. Para pelajar bersemangat kesukanan yang tinggi demi menyumbang mata kepada rumah masing-masing.

Pada hari rabu, pelajar ting.4 dan 5 menyertai acara larian 100meter dan lompat manakala pelajar ting.1,2 dan 3 pula acara lontar peluru dan lempar cakera.

pada hari khamis, pelajar ting 1,2 dan 3 pula membuat larian 100 meter dan lompat jauh. Manakala pelajar ting 4 dan 5 pula mereka melontar peluru dan lempar cakera.

Pada acara sukantara 2011 ini juga, merupakan kali pertama padang digunakan untuk acara balapan. Oleh itu, pelajar tahun 2011 merupakan perasmi acara padang di padang SMK. Kampung Gelam.

Pencapaian Q Net JPM


Sunday, April 3, 2011

Mighty MInds Challenge

Pada 2 April 2011 yang lepas, 3 orang pelajar tingkatan 2 Al-biruni telah mewakili sekolah untuk pertandingan RHB & The Star : mighty Minds challenge bertempat di Dataran Pahlawan. Pertandingan in terbahagi kepada 2 bahagian iaitu menengah rendah dan menengah atas. Sekolah kita hanya menghantar wakil menengah rendah.

 Mengenai keputusan pertandingan, walaupun sekolah kita tidak berjaya menempatkan diri dalam 15 pasukan terbaik, tetapi mereka berjaya berada dalam kelompok top 20. Hal ini menyebabkan wakil sekolah kita tidak dapat meneruskan pertandingan kerana hanya top 15 sahaja yang dipilih ke peringkat yang kedua. Namun usaha dan komitmen yang diberikan oleh wakil sekolah amat membanggakan.

tahniah kepada wakil sekolah kita, iaitu
1. Mohd Nabir
2. Siti Khairiyah
3. Nurliyana